Tazkirah Malam : Bicara Tentang Hati

Assalamualikum..kepada sahabat-sahabat saya semua semoga malam ini berada di dalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya..Insyallah…
Apakah makna hati? .. Tazkirah saya malam ini berkaitan tentang hati.

Hati ialah kejadian Allah SWT yang sangat menakjubkan. Ia mempunyai beberapa nama dalam ajaran Islam. Di antaranya ada juga yang menyebut roh. Ada juga yang menyebut jiwa. Walau apa nama sekalipun, di dalam jasad kasar manusia ini, hati ialah kejadian yang sangat unik dan sangat luar biasa.

Hati atau roh, terlebih dahulu dijadikan sebelum manusia itu sendiri. Ia bukanlah berbentuk jisim seperti jasad kasar kita ini. Ia bukanlah bersifat jasmaniah tetapi bersifat rohaniah, sesuatu yang tidak boleh dipegang atau dilihat. Hati dan roh demikianlah disebut hati nurani. Ia bertempat di dalam hati jasmani. Ada pun hati jasmani adalah seketul daging di dalam diri kita. Jasad kita adalah berfungsi sebagai sangkar kepada hati nurani atau roh. Kedudukan hati nurani sama seperti seekor burung yang berada di dalam sangkar. Burung merupakan hati nurani dan sangkar ialah jasad lahir kita.

Sahabat-sahabat saya yang dirahmati Allah SWT,

Hati nurani atau roh tidak mati apabila matinya jasad lahir manusia. Ia berpindah ke alam barzakh langsung ke alam akhirat. Yang akan merasa senang atau susah, bahagia atau derita di alam akhirat ialah hati nurani atau roh. Jasad manusia boleh musnah dan hancur dimakan ulat serta cacing tetapi hati nurani atau roh kekal abadi selama-lamanya sepertimana kekal abadinya syurga dan neraka, iaitu ada permulaannya tetapi tiada akhirnya.

Firman Allah SWT bermaksud:

” Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa ( roh) mereka ( seraya berfirman:) ” Bukankah Aku ini Tuhan Mu?” Mereka (roh) menjawab; Benar! ( Engkau Tuhan Kami), Aku menjadi saksi. ( Al- A’raaf: 72)

Cuma, apabila roh dimasukkan ke dalam rangka manusia, ia mula berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Rohlah bersifat sensitif terhadap apa yang berlaku di alam sekelilingnya sama ada dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan dirasai oleh hati. Rohlah yang merasai susah atau senang, bahagia atau derita, rohlah yang menentukan sifat manusia sama ada positif atau engetif, baik atau jahat,mulia atau keji, terhormat atau terhina..

Dan yang lebih penting dari sgala-galanya ialah roh atau hatilah yang menjadi wadah untuk menerima perintah atau larangan Allah SWT. Seandainya hati bersifat baik seperti asal kejadiannya, maka iala akan menerima semua perintah Allah SWT dan semua perintah yang dilarang wajib dijauhi. Maka, akan lahirlah kebaikan pada hati, tetapi seandainya jika hati bersifat jahat kerana terlupa akan asal usul kejadiannya, maka perintah Allah SWT akan dilanggarinya. Maka akan lahirkan kejahatan pada hati sseorang itu. Jadi, hatilah yang menjadi wadah sama ada seseorang itu jahat atau baik. Hati juga yang menjadi perebuatan antara malaikat dan syaitan. Seandainya hati selalu mengingati Allah SWT, maka malaikatlah yang mengisi hati kita. Manakala hati yang demikian adalah hati yang merasa bersyukur di atas semua nikmat Allah SWT, rasa bersabar dengan segala akan ujian dan dugaaan Allah SWT, rasa bertawakal kepada Allah, rasa merendah diri sebagai hamba Allah, selalu memberi kemaafan kepada orang, berkorban kerana Allah SWT.

Tetapi seandainya hati lalai dengan Allah SWT, maka syaitanlah yang menduduki hati. Manakala hati yang sedemikian akan dipenuhi dengan pelbagai kejahatan seperti tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT, merasa diri begitu hebat, tidak takut melakukan pelbagai perkara-perkara yang mungkar seperi zina, minum arak, bermain judi hasad dengki, dendam kesumat, pemarah gila dunia dan sebagainya..

Beginilah keadaan hati nurani manusia, sama ada kita sedar atau tidak. Boleh lah kita menyuluh hati kita sendiri, ke manakah arah tujuannya. Apakah hati kita ini mengarah kepada kebaikan atau mengarah kepada kejahatan. Begitulah Agama Islam yang mengutamakan penddiikan hati melebihi dari yang lain-lain. Islam mengajak kita menyuluh hati kita, mengenalinya dan mengubati penyakit-penyakitnya. Natijah daripada itu maka, akan lahirlah kebahagiaan hakiki, keselamatan dan kedamaian yang sebenarnya, baik di dunia ataupun di akhirat. Seandainya kita dapat merasai di dunia, itulah yang kita akan rasainya di akhirat. Firman Allah SWT :

Maksudnya:

(Iaitu) hari ini, (bila mana) harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna kecuali orang-orang yaang mengahdap Allah SWT dengan hati yang bersih. ( As Syuara: 88-89)

Semua yang baik semuanya datang daripada Allah SWT dan mana-mana yang lemah datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.. Semoga kita dirahmati Allah SWT selalu hendaknya

Wasalam..

Nota:

Terima kasih kepada Encik Hamidun dan rakan-rakannya yang membantu saya menukarkan tayar kereta saya yang meletup semasa saya sedang memandu di Seremban petang ini. Mungkin beliau kesian melihat saya seorang diri, menukarkannya dalam keadaan yang tiba-tiba hujan dengan lebat..Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan mereka kepada saya..
About these ads

One Response to “Tazkirah Malam : Bicara Tentang Hati”

  1. Ini pertamax yah…
    Sueeejuukkk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: