Bagaimana mahu menjadi seorang menantu yang baik..

Cerita : Mertua VS Menantu..

Salam petang semua…….
Jika anda seorang menantu yang baik, tentunya banyak hati yang perlu dijaga, mahu tidak mahu, rela tidak rela, kadang-kadang anda menjadi mangsa penderaan ( ye ker..?) akibat tindakan ipar duai atau menatu-menantu yang lain Hubungan antara ipar duai ini ibaratnya seperti kek lapis, ada masam manisnya. Ada lapisan yang manis dan di atasnya ada lapisan yang masam pula. Silih berganti, sebenarnya hidup ini tak selalunya indah, itulah kehidupan, itulah realiti.
Berikut saya berikan tips-tips untuk menyelamatkan dari anda daripada penderaan emosi oleh ipar duai yang bermasalah..
  • Kenali sensitiviti mereka dan jangan sekali-kali menyentuh perkara itu ketika bergaul.
Seseorang mempunyai privasi yang sifatnya amat peribadi dan sensitif untuk dikongsi dengan orang lain, sebagai alhi keluarga yang telah diterima baik, anda mesti banyak belajar dan mengkaji setiap hati budi manusia di sekeliling anda dan suami. Hindarkan daripada menyentuh sebarang kekurangan dan kelemahan orang-orang yang bergaul dengan anda seperti asal usul keluarga ipar, latar belakang pendidikan yang tidak tinggi, gaji dan harta benda yang amat sensitif untuk dikongsikan maklumannya. Rahsia rumahtangga perlu dijaga dengan baik kecuali isu-isu yang remeh dan tidak mengundang bahaya jika diceritakan..
  • Jangan berlagak hebat dan suka menunjuk-nunjuk..
Kalau mahu bersemabang, pilihlah gaya bahasa yang baik. Jangan dok asyik meuji diri sendiri, suami dan anak-anak sementara orang lain cukup bersabar menjadi pendengar yang setia. Fikirkanlah dulu sebelum bercakap. untuk memastikan tidak akan timbul sebarang kekeruhan yang tidak diingini dengan ipar duai. Biasanya kita suka kepada orang yang suka banyak bertanya tentang diri kita. Sehingga membuatkan kita terlupa pula untuk mendengar cerita tentang orang lain kerana terlalu seronok pada diri sendiri. Tabiat suka menunjuk-nunjuk ini akan membuka suasana yang saling berlawanan, adu kekuatan, kekayaan, kecantikan, dan kedudukan. Apabila sifat-sifat bermegah-megah, sombong dan takbur menjadi amalan dalam keluarga, pasti boleh menghancurkan persaudaraan, menimbulkan dengki dan dendam.
  • Sabar dengan ujian-ujian dalam pergaulan
Nabi SAW menyatakan dalam hadis, yang maksdunya: Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Setiap individu memerlukan kehadiran orang lain untuk mencapai matlamat kebahagiaan. Kehadiran ipar-duai diharapkan menjadi penyeri kebahagiaan rumahtangga. Untuk itu anda perlu bijak dalam mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Semuanya bergantung kepada kepintaran anda duduk di tengah-tengah mereka.
p/s: indahnya………tadi…tq so much..
About these ads

4 Responses to “Bagaimana mahu menjadi seorang menantu yang baik..”

  1. susah sebenarnya nak jadi manusia yang dsenangi ramai…hanya yang termampu…jadilah diri sendiri dan cube perbaiki diri agar mereka selesa berkawan dengan kita

  2. tingat kat mak mertua lak, dah lama x berjumpa huhuu

  3. salam….kak maiyah,ada masa yg terluang..pi lah jumpa dia.

  4. ❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤,betul…apa yg cik aida yg katakan tu..tq singgah komen di blog saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: