petua menghilangkan "Love Bite" ( untuk yang dah kahwin saja..)
pernah kawan saya bertanyakan pada saya…bagaimana mahu menghilangkan kesan love bite di leher? ( untuk pasangan yg dah kahwin saja..).. Bagi isteri, pasti takde la masalah sangat kerana isteri pakai tudung semasa keluar pergi berkerja, namun pada sang suami, takkan la nak pakai tudung pulak..kan?? mesti nampak punya kesan gigitan di leher….ishh..
bila nampak love bite..pasti suami akan diusik oleh kawan-kawan…pernah berlaku di sekolah saya.. kawan-kawan pasti mengusik ( kecuali saya..hehe)
” wah…ganas betul kau ni….” pasti merah padam muka si suami tu kann…betul tak..tersipu-sipu malu.. cikgu yang perempuan juga tersipu2 malu jugak…
yalah..abis di keliling leher 360 darjah kesan gigit.. “ganas betul bini kau Mat..
“aah…bini aku memang ganas.. bukan je leher abis tubuh aku dia nak gigit..”
kata-kata mcm gitu membuatkan bilik guru riuh rendah… Di sini diberikan petua-petua bagaimana nak hilangkan kesan “love bite” tu.
- Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.
- Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.
- Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.
- Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.
- Kalau semua cara di atas tak berhasil…beli je Koyup atau handyplas..tampal je kat leher tu banyak.banyak..hehe..
** petua ini hanya untuk yg dah kwin sja….yang belum kwin tu janganlah nak menggatal..
p/s:…..masih sakit peha ni….kena pi berurut la agaknya..

June 30, 2010 at 2:07 am
baru nak try haha
June 30, 2010 at 5:12 am
sepanjang saya kahwin inilah kali pertama saya membaca petua ini.janganlah ganas macam serigala….
June 30, 2010 at 8:41 am
wah kelasss tips cikgu
June 30, 2010 at 9:49 am
kih3..jenuh le bertepek2 plaster kt leher. tp sal bwg putih tu mmg pemes..ramai org ckp..
June 30, 2010 at 10:46 am
salam cikgu… lama tak singgah sini… menarik sungguh topik ni… boleh saya praktikkan…saya penah buat gune bawang putih… memang berhasil.. ahahahahhahah…
June 30, 2010 at 9:00 pm
hahahaha, kaedah yg last yg paling berkesan. Beli jer handyplas dan tampal. heheh