>[ gambar ] gadis mengeluarkan air mata darah…

>

Twinkle Diwedi

Inilah gadis yang telah menggemparkan para doktor kerana beliau dengan spontan ‘berdarah’ daripada liang-liang romanya sehingga 50 kali sehari.

Twinkle Dwivedi, 14 tahun mengalami gangguan aneh apabila dia kehilangan darah melalui kulitnya tanpa dipotong atau digores.

Dr George Buchanan, seorang ahli hematologi dari British telah mengembara ke India untuk mengkaji kes yang mengejutkan.

Remaja daripada Lucknar, Uttar Pradesh, telah menderita ‘pendarahan’ sehingga 50 kali sehari ini sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata: “Saya mengeluarkan darah daripada mata saya, tangan saya, kepala saya, dan dari merata tempat. Daripada telinga saya dan juga hidung.

“Ia tidak menyakitkan tetapi ia membuat saya keletihan dan kadang-kadang saya juga sakit kepala.”

Dr Buchanan, seorang pakar darah pediatrik Amerika, melawat keluarga Twinkle di Jaslok Hospital,Mumbai di mana dia memantau pendarahannya.

Katanya: “Saya tidak pernah melihat satu kes seseorang yang mengalami pendarahan spontan daripada kulit kepala mereka atau tapak tangan mereka. Atau membaca mengenai penyakit ini dalam sejarah perubatan.

“Tetapi saya tidak melihat sebarang luka-luka atau lebam pada anggota badannya.”

Dr Buchanan dan pasukannya menjalankan satu siri ujian termasuk memotong kulit Twinkle untuk mengira kadar masa bagaimana cepatnya pendarahan dapat dihentikan.

Ujian-ujian menunjukkan dia mungkin mengalami gangguan pembekuan darah, ini bermakna platelet darahnya tidak bertaut dengan betul. Bagaimanapun ia tidak mencukupi bagi menerangkan masalah pendarahan spontan.

Dr Buchanan juga menyiasat samada Twinkle atau ibunya yang menjadi penyebab berlakunya pendarahan.

Twinkle, seorang Hindu, berkata: “Saya bukan sengaja mahukan ini. Mengapa saya mahu membuat diri saya berdarah?

“Saya tidak mahu jadi begini. Saya mahu bersekolah dan mempunyai satu kehidupan yang normal.”

Gadis malang ini telah meninggalkan sekurang-kurangnya dua tahun persekolahan selepas dua sekolah melarangnya daripada bersekolah disebabkan oleh masalah pendarahannya itu.

About these ads

7 Responses to “>[ gambar ] gadis mengeluarkan air mata darah…”

  1. >niyh bawu btol2 mngis smpy kuar air mata drh..

  2. >uiyohhh . baru aaa padan denan peribahase :PP

  3. >masyaAllah..ni lah kata orang..biar keluar air mata darah sekalipun…

  4. >kecian kt dia xpergi sekolah dah…

  5. >ada juga ye ?kesian dia .

  6. >kesian budak nih.. alahaii mmg la sakit pala sebab darah dah kuar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: