>[ gambar ] baby yang ada 12 Jari Tangan, 14 Jari Kaki

>

Yangon, MYANMAR – Ketika hampir melahirkan Lee Yati Min, ibu gadis itu tahu anaknya mempunyai sedikit ‘kelebihan’.

“Saya bertanya kepada jururawat apakah anak saya dilahirkan lengkap dengan tangan dan kaki,” kata ibunya. “Mereka menjawab bahkan bayi saya mempunyai lebih dari yang dia perlukan.”

Lahir dengan 12 jari tangan dan 14 jari kaki, Le mungkin manusia yang mempunyai kemampuan “digit sempurna” pernah lahir di dunia. Sekarang, keluarga gadis berusia 16 bulan yang miskin itu mencari Guinness World Record untuk membuktikannya.

Seorang jiran membantu ibunya menuntut rekod yang sekarang ini dipegang oleh seorang kanak-kanak dari India, yang mempunyai 12 jari tangan dan 13 jari kaki.

Polydactylism – kelahiran dengan jari tangan atau jari kaki tambahan – cukup biasa, tetapi jarang seseorang itu memiliki jari lebihan pada kedua-dua tangan dan kakinya, seperti Le.

Le tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah kayu kecil di pinggir bekas ibukota negara Asia Tenggara, Yangon, di mana ia berjalan dengan tujuh jari kaki pada setiap sebelah kaki.

Phyo Min Min Soe, 26 tahun, berkata hari Selasa ini dia hendak melihat Le mendapatkan rekod dunia, tapi walaupun tanpa itu (rekod dunia), puterinya ini telah memiliki kehidupan yang bahagia, dan bahkan dengan ‘kelebihan’ semulajadi itu.

“Dia kelihatan mempunyai satu cengkaman yang lebih kukuh pada setiap benda — jadi dia tidak menjatuhkan banyak benda,” katanya, sambil Le bermain-main dengan telefon bimbit.

Menurut laman Guinness World Records, rekod untuk jari tangan dan jari kaki yang paling banyak dipeghang oleh dua orang di India, yang mempunyai 12 jari tangan dan 13 jari kaki masing-masing.


ps: Allah Maha Besar…

About these ads

12 Responses to “>[ gambar ] baby yang ada 12 Jari Tangan, 14 Jari Kaki”

  1. >subhanallah…ayu ada kawan…yang terlebih 1 jari di sepasang tangan dan kaki..genius dia skrang

  2. >subhanallah…ayu ada kawan…yang terlebih 1 jari di sepasang tangan dan kaki..genius dia skrang

  3. >semoga dengan kelebihan tersebut..memberikan manfaat untuk dia

  4. >semoga dengan kelebihan tersebut..memberikan manfaat untuk dia

  5. >takut susah nak cari saiz kasut sal jari2 kaki banyak sangat… sy kaki yang nmpk kembang cikit pun susah cri kasut bersarung…

  6. >takut susah nak cari saiz kasut sal jari2 kaki banyak sangat… sy kaki yang nmpk kembang cikit pun susah cri kasut bersarung…

  7. >subhanaALLAH… tgk kebesaran ALLAH.. akak ada sepupu..masa mak dia ngandungkan dia..mak dia terlanggar penyu melintas.. bila dia dilahirkan ..jari kaki dia ada mcam kaki penyu..terlebih sket..

  8. >subhanaALLAH… tgk kebesaran ALLAH.. akak ada sepupu..masa mak dia ngandungkan dia..mak dia terlanggar penyu melintas.. bila dia dilahirkan ..jari kaki dia ada mcam kaki penyu..terlebih sket..

  9. >subhanallah…moga dgn kelebihan tu dpt beri manfaat yg baik buatnya…

  10. >subhanallah…moga dgn kelebihan tu dpt beri manfaat yg baik buatnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: