Archive for May, 2011

>Rakaman CCTV, seorang lelaki cuba merogol seorang gadis di Russia..

Posted in Uncategorized on May 21, 2011 by sekamarrindu2009

>

Skala kejahatan pembunuhan dan pemerkosaan meningkat di Rusia [ nisbah 1 minit berlaku 500 kes rogol) Untuk memantau pihak berkuasa memasang kamera cctv di tempat yang selalu berlakunya kejahatan rogol. Berikut ini video cctv yang asli yang dirakam aksi jahat seorang lelaki yang cuba memperkosa mangsanya. Video ini boleh menjadi pengalaman bagi kita untuk mencegah kejahatan tersebut…

Di Malaysia pun kes rogol banyak berlaku….harap pihak berkuasa memperbanyakkan alat cctv ni agar dapat memudahkan pihak polis menangkap penjenayah ni….



apa kita nak buat kalau kita dapat tangkap lelaki ni agaknya..??

>gara-gara bawa lari anak gadis orang kahwin di Thailand, lelaki ini teruk dipukul.

Posted in Geram kahwin lari on May 21, 2011 by sekamarrindu2009

>

SAKIT…Mohd Azhar mengalami cedera di mata, tangan dan anggota badan akibat dibelasah awal pagi, kelmarin.

SUNGAI PETANI: “Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,” kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Mohd Azhar yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.

Mohd Azhar yang juga seorang peniaga berkata, dalam kejadian itu sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar di sini, sebelum memecah masuk pagar dan pintu rumah.

Ketika itu, Mohd Azahar dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.

Dia kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda.

sumber: Harian Metro 21hb Mei 2011

Memang rasa terkilan dan sukar nak digambarkan seandainya perkara ini terjadi.. mengapa perlu membawa anak gadis orang kahwin ke Tahiland..?..dalam hal ini sepatutnya tidak berlaku kalau tidak mengambil tindakan terburu-buru..
perkahwinan adalah soal besar yang tidak boleh diambil mudah, dengan kata lain maruah keluarga sama ada lelaki dan perempuan perlu difikirkan juga…
semoga menjadi pengajaran kepada kita semua….

>terima kasih anak murid ku…

Posted in terima kasih anak murid ku... on May 19, 2011 by sekamarrindu2009

>

bila hari guru….aku sangat terharu dapat banyak juga hadiah…termasuk surat-surat, kad ( yang dia orang buat dengan begitu cantik sekali..tak minta, tapi pelajar yang nak bagi…nak buat mcm mana..
kadang-kadang…bila pelajar-pelajar dari ke pra hingga ke tahun 6,
rata-rata semua bagi hadiah…..bila cikgu-cikgu lain mendapat kurang hadiah dan saya “terlebih”.. tu yg terasa segan juga…
biasalah….yang paling banyak pen merah..dan bunga-bunga.. boleh buat stok selama bertahun-tahun…
kad, telefon bimbit pun ada yg bagi…aduh….
aku cuba “lari’ untuk tak nak terima hadiah-hadiah tu…..tapi pelajar2 satu sekolah mencari-cari..
abis macam mana??
apapun terima kasih….pada pelajar-pelajar saya…..saya hanya guru biasa.. sabar mengajar tulis baca..demi memajukan anak bangsa…
p/s…minta2 pelajar saya tak perasan blog saya ni…:))

>kembali online…..selepas seminggu berehat

Posted in kembali online.....selepas seminggu berehat on May 19, 2011 by sekamarrindu2009

>

seminggu tak update blog..hari ni saya kembli online,
terlalu banyak yg berlaku dalam seminggu ni…
terima kasih pada sahabat-sahabat yg masih singgah dan di sini.. masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU, pada semua guru …di Malaysia..

>[ gambar ] budak yang mati lemas di Ulu Bendul yang diambil sebelum peristiwa tersebut…alfatihah buat arwah..

Posted in 3 orang budak mati lemas di Ulu Bendul on May 9, 2011 by sekamarrindu2009

>

Abdul Azam mengangkat jenazah anak saudaranya dengan bantuan daripada orang ramai.


SEBAK…Wan Azleela tidak dapat menahan sedih ketika melihat jenazah dua anaknya


TINGGAL KENANGAN…gambar Nursyaza Alisa (kanan), Norshaza Azera (kiri) dan Nur Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian.

para penyelamat sedang mencari mangsa yang masih hilang

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yg memikul…saya sangat simpati kepada Puan Wan Azleea Wan Abdullah, yang kehilangan 3 orang anaknya akibat fenomena ‘kepala air ‘ di Ulu Bendul beberapa hari yang lalu.. ( 2 orang dah dijumpai, manakala Nurshaza Shakinah Said, 2 tahun masih lagi belum dijumpai sehingga sekarang.
KUALA PILAH: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.
Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.
Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.
Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.
Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.
“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.
“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.
Wan Azleela berkata, air matanya sudah kering menangisi pemergian tiga anaknya itu termasuk Nurshaza Alisa, 5, Nurshaza Azira, 4.
“Sejak anak-anak hilang, saya menyertai gerakan mencari tidak kira siang atau malam tanpa mempedulikan kesejukan air sungai.
“Namun, saya tahu mereka gembira dan riang di sana. “Apabila bersendirian, saya sentiasa melihat Shakinah tersenyum ke arah saya.
“Saya berdoa mereka dirahmati Allah. Saya juga berharap mereka mendoakan saya tabah menjalani hidup ini di dunia tanpa kehadiran mereka di sisi,” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata, seorang kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah ditugaskan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa supaya dapat menerima hakikat kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, pihaknya kini membahagikan kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) kepada dua kumpulan membabitkan kawasan sungai yang dalam dan tempat berkelah.


SR mengucapkan takziah kepada Puan Wan Azleela..harap beliau bersabar atas dugaan Allah SWT yang maha hebat ini….

>gerimis membasahi hati

Posted in gerimis membasahi hati on May 9, 2011 by sekamarrindu2009

>

petang ini gerimis turun lagi..
membasahi mata..
membasahi hati..

>cuti hari ni….

Posted in cuti hari ni.... on May 9, 2011 by sekamarrindu2009

>

bangun pagi ni…..selepas solat subuh
terasa kepala mcm berpusing dan pening saja…aduh..
so…..hari ni terpaksa cuti kerja……

>Al-Quran, kain ela tidak hangus dalam kebakaran yang meragut nyawa seorang ibu demi selamatkan 3 orang anaknya

Posted in kasih sayang ibu bawa ke syurga on May 8, 2011 by sekamarrindu2009

>

RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI – Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

“Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,” cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.

Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

p/s:….ibu sanggup berkorban nyawa demi anak….

>Kita tak pernah bertemu

Posted in Kita tak pernah bertemu on May 8, 2011 by sekamarrindu2009

>

Kita tak pernah bertemu kecuali dalam mimpi
tapi rindu ini hangatnya membakar seperti api…

>pelangi cinta

Posted in pelangi cinta on May 7, 2011 by sekamarrindu2009

>

ku melihatmu
antara tujuh warna pelangi
sungguh indah
izinku larik
tiap satu lapisan warnamu
biar menjadi pelangi cinta di hatiku

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.