[ gambar [ Petani Reka Robot Yang Canggih

KOMPAS.com — Wu Yulu, seorang petani berusia 49 tahun dari luar kota Beijing, menjadi perbincangan yang hangat di negaranya kerana robot rumahan buatannya.

Ketika ini robot ciptaan Wu, yang disebut sebagai anaknya, mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat antarabangsa. Robot yang dibuat daripada barang buangan seperti dawai dan sekrup. Wu telah menciptakan lebih dari 47 robot yang dapat menuangkan teh, memberi api kepada perokok, dan mengecat rumah.

Wu yang hanya lulus sekolah rendah boleh dianggap hebat di media massa China atas kreativiti dan penemuannya. media massa asing juga tertarik mewawancarainya sebelum dia muncul di Shanghai World Expo yang telah berlangsung dari Mei hingga Oktober 2011 yang lalu.

”Saya sedikit terkenal sekarang. Padahal, saya telah melakukan ini lebih dari 20 tahun. Di ekspo nanti saya dapat menerima pengakuan lebih luas lagi. Saya akan mewakili para petani dan saya senang sekali,” katanya.

Wu mengakui, untuk membiayai hobinya mengutak-atik robot memang memerlukan perbelanjaan besar. Dia sampai bercerai dengan istrinya kerana menghabiskan wang terlalu banyak untuk hobinya itu. Robot buatannya telah dipamerkan di Jepun, Korea, dan Hongkong.

p/s:: saya rasa di Malaysia pun ada yg hebat spt lelaki China ni….

14 Responses to “[ gambar [ Petani Reka Robot Yang Canggih”

  1. assalamualaikum SR…pandai die mencipta semua robot tu dgn kepandaiannya die mungkin akan terkenal di dunia…:)

  2. "menuntut ilmu biarlah sampai ke nege China"….sungguhlah dorang di sana terdiri dari orang2 yang bijak pandai suatu masa dulu hingga kini.

  3. org luar je cipta bnde2 cm gini.. m'sia adew?

  4. Assalamualaikum wbt..DiMalaysia mungkin ada juga yang macam Wu Yulu yang diiktiraf selepas 20 tahun. Itupun setelah Wu moncol di shanghai world expo.. Hebat..

  5. kalo laa kaklimah otak bergeliga mcm dye ^_^

  6. tak sangka seorang petani dan berkelulusan rendah, mampu menjadi kreatif seperti ini

  7. Merry Christmas~~~ have a nice day ~ =DRegards,http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

  8. fuyooooo…hehhehe, hebat tuhhh…

  9. Assalamualaikum.Beliau hanyalah seorang petani namun memiliki kemampuan dan kemahiran yang menakjubkan. Kelebihan masing-masing. Itulah yang menunjukkan setiap kita ini sebenarnya punya potensi.Salam ukhuwwah.

  10. ini lah petani yang betul2 nk bertani..class gitu, hihi

  11. ~~hehe..cayala wu…thumb up tinggi2x…rsa mcm nak order robot dgn wu la….hihi

  12. hehehe tinggi tu ilmu die!

Leave a reply to Roslina Nana Cancel reply