Archive for September, 2009

Erti Sebuah Maaf

Posted in maaf on September 23, 2009 by sekamarrindu2009

“MAAF” : Satu perkataan yang begitu ringkas tetapi dapat menyatukan kembali jiwa-jiwa yang kecewa, marah dan sedih. Ada sesetengah situasi memerlukan salah seorang daripada kamu meminta maaf untuk menunjukkan yang kamu sudah menerima segalanya..tetapi tidak semua dapat mengucapkan maaf dengan begitu sahaja kerana mungkin kesalahan-kesalahan yang pernah lakukan itu sangat mengiris hati dan jiwa seseorang itu..

Pakar Psikologi Dr.Dolly Hollander dari University of North Texes yang sempat saya baca dalam jurnalnya beberapa hari yang lalu banyak menjelaskan hal ni. Beliau menyatakan bahawa meminta maaf adalah salah satu bentuk terapi yang dapat memulihkan rosaknya hubungan antara manusia, tetapi kenapa kita kadang-kadang terlalu sukar, bingung dan panik untuk melontarkan perkataan maaf yang tulus dan ikhlas? Mengapa banyak pasangan memilih untuk berpisah atau bertengkar, padahal permasalahan yang dihadapi dapat lenyap dengan hanya memohon maaf.

Sebenarnya dalam memohon maaf pada saya beberapa teknik perlu diambil kira, antaranya:

  1. Pemilihan Waktu Yang Tepat untuk suatu masalah yang sangat besar, hadapai orangnya, tatapi matanya dan berkanlah penjelasan yang diperlukan. Jika masalah ini terjadi do tempat kerja, segera meminta maaf sebelum boss atau rakan sekerja yang lain menyedari hal ini. Dengan pasangan pula, hindari daripada meminta maaf semasa pasangan masih dalam keadaan marah, kerana besar kemungkinan permohonan maaf anda tidak diterima.
  2. Beri Penjelasan Setelah mengaku kesalahan anda, beri penjelasan pada pasangan anda. Yakinkan yang anda tidak bermaksud untuk menyakiti hatinya. Kemudian minta maaf, ini akan menunjukan keseriusan anda.
  3. Sedari Kesalahan Rela mengaku kesalahan dan mahu bertanggungjawab. Mulalah dengan ucapan tulus dan meminta maaf. Ini akan membuatkan pasangan anda mahu menerima dan memaafkan anda
  4. Tawarkan Balasan Agar lebih sempurna, tawarkan balasan atau apa yang boleh anda lakukan untuk menggantikan kesilapan anda itu. Mungkin juga anda boleh memberikan hadiah atau bunga tanda terima kasih si dia sudah memaafkan anda.
Kamar rindu

Isteri buat laporan polis tak tahan seks ganas suami

Posted in suami ganas on September 22, 2009 by sekamarrindu2009

Bila baca paper pagi, terbace tajuk berita ( spt yg di atas tu.) alahai….tak abis abis ada je kisah penderaan terhadap wanita, kalau tak seks ganas, cabul, rogol, dan mcm-mcm lagi.. kisah-kisah mcm ni tak sepatutnya berlaku..seorang isteri bukannya untuk diseksa,didera, layanlah dengan baik… alahai..dunia..dunia.. korang bacalah sendiri, malas nak cete banyak… Klik SINI

BESUT 21 Sept. – Akibat tidak tahan dengan perlakuan suaminya yang cuba mencederakan bahagian sulitnya, seorang isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini hari ini berhubung kejadian yang dialami.

Wanita berumur 28 tahun yang juga isteri muda lelaki berkenaan dalam aduannya mendakwa, dia bosan dengan perlakuan seks ganas suaminya termasuk bertindak mendatangkan kesakitan kepada alat sulitnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Roslan Hasan ketika mengesahkan kejadian itu memberitahu, mangsa yang mempunyai seorang anak itu mengadu bahawa sebelum ini suaminya pernah cuba memasukkan jari kakinya ke dalam alat sulitnya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi ini, tindakan keterlaluan suaminya itu mencetuskan pertengkaran dan pergaduhan antara mereka sebelum mangsa membuat laporan polis tiga jam kemudian.

Tambah beliau, pasangan yang tinggal di kawasan perumahan Tanjung Demong, Pengkalan Nyireh itu yang berkahwin sejak lima tahun lepas pernah bercerai kira-kira empat bulan lalu tetapi telah rujuk semula.

Tambah beliau, pasangan yang tinggal di kawasan perumahan Tanjung Demong, Pengkalan Nyireh itu yang berkahwin sejak lima tahun lepas pernah bercerai kira-kira empat bulan lalu tetapi telah rujuk semula.

“Polis telah mengambil kenyataan daripada pengadu tetapi belum menahan si suami berumur 30-an itu memandangkan tiada kecederaan fizikal dikesan pada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Roslan, pihaknya juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Agama Daerah untuk memastikan pasangan terbabit dipanggil untuk disoal siasat selanjutnya.

Tambahnya, polis akan bekerjasama dengan Pejabat Agama berkenaan bagi menyelesaikan kes tersebut kerana ia merupakan masalah rumah tangga yang perlu diselesaikan dengan baik.
– tuhan dah jadikan “benda tu..” yg cukup sempurna.. nak guna ibu jari kaki apa hal..??
kamar rindu

award untuk semua…silalah ambil.

Posted in award on September 21, 2009 by sekamarrindu2009

Hari ni, dapat award yang pertama dari blogger yang jauh, iaitu dari Arab Saudi. dari Nuranuraniku Blog. Terima kasih…

Sebagai orang baru, saya juga ingin memberi award kepada semua teman-teman semua. silalah ambil sebagai tanda persahabatan dari saya…Jangan segan-segan pula ok..
Kamar rindu

Aliff Aziz Tak Pasti Siapa Perempuan Yang Dicium

Posted in rosak akhlak on September 20, 2009 by sekamarrindu2009

memalukan….!

rendahnya akhlak artis malaysia ni..

i pun tak tau sape yg i cium..orang nak cium…i layan je la..
Susah jugak jadi artis nie rupanya. Dah ramai sangat peminat sampai boleh tak ingat siapa yang kita cium. Itulah komen Aliff Aziz pasal gambar panas bercium dia. Adakah Aliff Aziz mempunyai short term memory problem? Atau memang hobi dia mencium mana-mana perempuan yang dia kenal
Ini yang bertambah semangat kami nak menjadi seorang artis nie. Anda tak perlu kenal awek atau pakwe mana anda nak cium. Main bantai cium jer. Layannnnn jer. Biasalah kalau dah jadi artis. Femes sangat sampai peminat-peminat dan awek-awek beratur nak bercium dan berpeluk ngan kita. Buat macam Touch N go jer…
kamar rindu

entri pertama…….selamat datang ke dunia maya..

Posted in entri 1 on September 20, 2009 by sekamarrindu2009

Hai…….semua…masih terkial-kial ni..maklumlah kali pertama wat blog.. baru tahu apa itu blog. syukur pada Allah swt kerana dengan Izin-Nya dapat juga saya menyiapkan blog ni. kepada teman-teman, salam persaudaraan saya hulurkan di dunia tanpa sempadan ini..

Sebagai entri yang pertama, ini lah saja yang mampu saya tuliskan…
Kamar rindu