Archive for January, 2010

panatia oh panatia..

Posted in panatia on January 31, 2010 by sekamarrindu2009


baru saja menyiapkan minit mesyuarat panatia sains, esok kena hantar, sepatutnya bukan aku yang menyiapkan minit mesyuarat ini, sebab aku Pengerusi Panaitia, keje ni S/U yang kena buat, namun atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan, terpakasalah aku buat jugak..

terima kasih..

Posted in terima kasih. on January 30, 2010 by sekamarrindu2009

minggu lepas, aku bersama Yang Dipertua PIBG, guru-guru yang lain dijemput ke Majlis Kesyukuran salah seorang pekerja di sekolah ku. Terima kasih pada Puan Hajah yang sudi ajak saya…dah lama saya tak makan masakan kampung ni..berselera saya makan, sampai dua kali tambah…(hehee)…ya lahh..asyik dok make nasi bungkus je..sekali sekala makan masakan kampung…best..

Puan, kalau ada lagi,jangan lupe jemput saya lagi….

aku rindu..

Posted in aku rindu on January 29, 2010 by sekamarrindu2009



Aku rindu, suasana itu.

Saat hujan merintik satu demi satu dan angin menghiasinya dengan lembut. Langit muram kala itu. Angin dingin dan kabut yang tipis, memelukku dalam nuansa yang erat. Gunung diam membisu, laut berombak-ombak berkejaran ke tepian di hempas angin…...

majlis tahlil buat ibu

Posted in Uncategorized on January 28, 2010 by sekamarrindu2009

antara tetamu yg hadir

makanan popular kelantan
alhamdulillah..selesai sudah majlis
makcik saya yg sibuk di dapur
antara menu untuk tetamu

awal bulan hari tu, ku sempat buat kenduri awrah dan majlis tahlil buat ibu..ku berdoa agar roh ibu ditempatkan bersama-sama orang yang soleh…amin..majlis ini disempurnakan di rumah saudara ku di Kuala Lumpur, iaitu di Cheras.

semuanya berjalan lancar alhamdulillah..tetamu yang hadir melebihi 80 orang..syukur..
terima kasih kepada yg bertungkus lumus menyiapkan majlis ini..


melawat kedah..

Posted in lawat kedah on January 25, 2010 by sekamarrindu2009




pertenghan tahun lepas aku sempat melwat Alor Star..tak ada yg menarik pun…gambar ni..
sekadar nak update blog saja.. Tulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Kedah…setakat tu saja…Perlis belum sampai lagi..

malam ini..

Posted in malam ini on January 22, 2010 by sekamarrindu2009

malam ini
aku memanah bulan yang merenung tajam ke arahku..
denagn busur ragu..

yang kupanah
adalah celaru..


mungkin pindah…

Posted in pindah on January 21, 2010 by sekamarrindu2009

sempat singgah pasar malam untuk membeli beberapa keperluan

kerana terlalu letih ari ni, lepas solat isyak malm tadi, aku tertido di ruang tamu..sedar2 jam di dinding dah pukul 12.30 pagi..lepas membelek dairi rasmi, nyata esok ada lagi keje yang perlu dibereskan, mesyuarat lagi. dalam minggu ni banyak betul mesyuarat. Dah naik muak.
sebelum balik rumah lepas abis keje petang ni, aku dipanggil ke pejabat bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, katanya ada pegawai dari jabatan ingin berjumpa..kemungkinan besar ada beberapa rakan aku akan berpindah tempat keje selepas ini..
aku kah yang pindah? tak tahulah.kita tunggu dan lihat saja apa keputusannya….