Archive for February, 2010

kisah di kelantan….bahagian 1

Posted in kelantan on February 28, 2010 by sekamarrindu2009

pemandangan di dalam stadium

maskot kijang masuk ke dalam padang
perasmian oleh YMM Tengku Bendahara Kelantan

Perlawanan Kelantan lwn Padang FC

Upacara Perasmian dijalankan oleh YMM TBK

kad jemputan saya

menunggu perasmian

apabila saya ambil keputusan untuk balik ke kelantan, pada malam Jumaat yang lalu, saya tidak tahu apakah keputusan tersebut merupakan keputusan yg baik atau sebaliknya….mata dah mengantuk ni..mcm mana nak balik..maka, saya terpaksa lelapkan mata kejap, dan telah bangun pada pukul 3.00 pagi ( 11.00 mlm- 3.00 pagi). Selepas solat tahjjud dan dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT, saya pun bertolak keluar dari rumah menuju ke Lebuh-raya Utara Selatan, dalam keheningan pagi yg damai lagi hening tersebut kereta yang saya pandu melunjur laju membelah pagi yang hujan gerimis tersebut..

belum sampai 30 minit,memandu. baru sahaja memasuki plaza tol seremban, tiba-tiba mata jadi mengantuk yang teramat, mata bagikan dijahit-jahit, pedih.. nak stop kereta dalam keadaan hujan renyai di tengah-tengah lebuh raya ini, merupakan satu keputusan yg sangat bahaya. Mengantuk..rasanya dah puas tido..walaupun sebenarnya tak pun….namun sempat saya sampai di Hentian Rehat Seremban, untuk rehat..sekali lagi..meskipun baru bangun tido dan baru saja mandi.

Masuk ke dalam Stesen Minyak Petronas (yng buka 24jam), cuba membeli air milo panas, dan satu paket gula-gula untuk bekalan semasa memandu.. apa lagi, sekali saya lelapkan mata, dalm kereta. pukul 4.20 pagi, tersedar dari tido dan dengan langkah yang mamai, pergi ke tandas untuk basuh muka, dan minum air yang dibeli sebelum ini.

selepas merasa yakin untuk memandu, 4.30 pagi saya terus memandu meninggalkan Stesen Minyak Petronas di Hentian Seremban, arah utara menju ke Kuala Lumpur., dengan kenderaan yang lenggang, pendek kata, arah ke Kuala Lumpur tiada banyak kete, terus memandu. Dengan kelajuan 120km/s kadang-kadang sampai ke 150km/s,untuk sampai ke Plaza Tol Sungai Besi, tidaklah mengambil masa yang lama.

Selepas melepasi plaza tol dengan ‘touch n go’- kereta saya meluncur ke laluan Cheras -Kuantan, dalam perjalanan ke situ untuk ke Tol Gombak-Karak, perjalanan sangat lancar, tiada banyak kenderaan. Sampai di Petronas Lebuh Raya-Karak Bentong, jam 5.15 pagi saya berhenti solat subuh, dan sekali lagi rehat. Udara yang menyapa muka terasa dingin lagi mendamaikan lantas di minda membawa ke kampung halaman.

Bermula dari situ, saya drive ke Kelantan, melalui Bentong, Raub dan menuju Kuala Lipis, melalui Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan seterusnya sampai ke Kota Bharu. Pukul 10.00 pagi, setelah hampir 8 jam bertolak dalam suasana yang mendebarkan juga.

Sampai di rumah, yang pasti, sungguh mengejutkan ayahanda saya. kerana kepulangan ini tidak dimaklumkan dari awal. Sebaik saja,berjumpa, saya bersalam dan memeluk ayahanda sepuas-puasnya. terasa kebahagiaan terasa dijiwa selepas sekian lama saya tidak pulang. terlerai rasa rindu dijiwa. terasa sungguh bahagia sekali.

Sabtu: 27hb Feb 2010.

1.30 petang, saya mendapat beberapa jemputan termasuk ke Jemputan Ke Jamuan Laksa di SMK Zainab, Jalan Telipot,Kota Bharu, yang dianjurkan oleh PIBG sekolah berkenaan. Kehadiran saya di sambut mesra oleh guru-guru sekolah berkenaan.

selepas itu, pulang ke rumah dan sebaik saja pulang ke rumah, ayahanda memaklumkan yang ada satu lagi jemputan VIP ke Stadium Sultan Muhammad ke IV, semena “Majlis Pelancaran Tahun Bola Sepak Kelantan, dan Perlawanan Pasukan Kelantan vs Padang FC, Sumatera Barat”

Mengikut perancangan awal, Majlis tersebut dirasmikan oleh Pemangku Raja YMM Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, baginda telah menitahkan adindanya, YMM Tengku Muhammad Faiz Petra, ke upacara tersebut.

sebelum perlawanan dimulakan saya sempat berbual-bual dengan kapten pasukan kelantan Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahyuddin dan beberapa pemain yang lain lagi..pada malam tersebut, Kelantan telah menewaskan pasukan Padang FC, Sumatera Barat, dengan 2-0.

balik ke kelantan….

Posted in kelantan on February 25, 2010 by sekamarrindu2009

tiba-tiba saja malam ini aku rasa nak balik kampung…aku jarang drive malam-malam ni.. risau mengantuk saja.. adakah selepas subuh pagi esok?…masih dalam delima……perancangan yg tidak dijangka ini, akan difikirkan dulu…

sabtu aku ada program elit, sebagai fisi untuk bagi ceramah kepada budak-budak tahun 6 upsr, dalam subjek sains; ..terpaksalah ku perlu meminta bantuan seorang kawan baik saya untuk mengganti tempat saya. nanti..

pulang ke kampung dalam suasana hati yang bercampur baur, penuh persoalan kadang2 memungkinkan membuatkan aku “mengeleng-gelengkan kepala” tak tahu apalah kesudahannya.. tak faham…tak mengerti….


kejap lagi nak pi bank kejap, keluar duit sikit.. …….isi minyak bergerak…..

makan malam…..

Posted in makan malam.. on February 24, 2010 by sekamarrindu2009

malam ni, lepas solat maghrib tadi saya sempat keluar kejap….”jalan-jalan cari makan..”..yalah..hari lum makan pun lagi…pagi tadi kat sekolah makan kuih saja….so pergilah kat pasar malam, di sekitar seremban ni….belilah apa yg patut…

nasi kerabu 1 – harganya RM 3.00

air mangga 2 – RM 2.00

kepok lekor RM 2.00

ayam bakar 2 RM 4.00

jumlahnya RM 11.00….hehee… wp tak sama nasi kerabu sini dengan nasi kerabu di kelate, tapi kira bolehlaaaa….dapat la makan…alhamdulillah…..nasi kerabu tu..siap dengan solok lada lagi tu..ikan bakar, ayam bakar…RM 3.00 dah ok tu kan..tak kisahlah..janji dapat rasa…. Selain nasi ayam, nasi kerabu pun suka jugak..di kelete tu..nasi kerabu ni, dipanggil nasi kerabu ite..walaupun..sebenarnya warna nasi tu…biru…

makan nasi ayam…….

Posted in nasi ayam.. on February 23, 2010 by sekamarrindu2009

balik sekolah, singgah kedai…hajat nak makan kat kedai saja…tengah hari tadi, namun apabila di fikirkan kurang selesa makan di saat tengah hari mcm ni, so bungkus sajalah….mcm biasa lah….menunya : nasi ayam dan milo ais….( ari ni beli milo ais saja..selalunya milo kosong kaw..) tak pe..kira milo jugak kan….

waktu sedang taip entri ni, nasi ayam tu belum dimakan lagi…tunggulah..kejap lagi makanlah..bila dah betul2 lapar nanti saya makanlah….

nasi ayam seremban best tau..hehehe

saya ada anak….

Posted in kucing.. on February 21, 2010 by sekamarrindu2009

dabu dengan anak-anaknya..

terserelah kasih sayang….

kasih ibu pada anak-anaknya..

15hb Feb yang lalu…saya secara tak sengaja telah melanggar kucing kesayangan saya..namanya “Awang” . Kucing jantan ni teramat manja, sangat terasa kehilangannya..namun ari ini, jam 5 petang tadi, saya telah mendapat ‘anak baru’ apabila ‘Dabu’ kucing betina saya, telah melahirkan 2 ekor anak….(tak tahu lagi anak tu jantan ke betina lagi..hehe)..

sebagai seorang yg sangat menyayangi haiwan, lebih-lebih lagi kucing, haiwan yang paling disukai Rasulullah, kehadiran dua ekor anak kucing itu, pengubat luka kerana kehilangan “Awang”.
kucing yang mati tersebut, saya bagi makan ikan kembung rebus dalam seminggu 3 kali..dan selebihnya makanan yang biasa lah..friskies….

selamat ulangtahun 1 : adik Mohd Haziq..

Posted in selamat ulangtahun haziqqq.. on February 21, 2010 by sekamarrindu2009

adik Mohd Haziq..

sedap kek ni…tapi x sempat nak makan..

petang semalam anak jiran sebelah rumah sambut hari jadi. so.. nak tak nak..dah orang panggil saya pergilah jugak…selamat hari ulangtahun kepada Mohd Haziq yang 1…moga membesar dengan sihat yaa…pakcik tak sempat nak bagi hadiah ape2..cuma bagi duit je..RM 50..( sibuk dengan tugas penting…urusan negara..hehe)

saya pergi pun orang dah ramai….tidak mengapalah..janji pergikan…hehhee..kerana pergi majlis ni lah..terganggu saya petang semalam…terganggu apa?? adalah…

berikanlah salam..

Posted in berikanlah salam. on February 21, 2010 by sekamarrindu2009

berikanlah salam
sebelum mengetuk pintu..
hatiku umpama rumah..
tempat jiwamu meletakkan keikhlasan..

di sini bukan tempat bermimpi
atau tempat mengumpul janji..

berikanlah salam..
sebelum merekah fajar.
saat syair lagu ini terbang,,
menjadi doa yang kaupanjantkan..

berikanlah salam..
moga cinta kita mekar
wanginya semerbak seluruh semesta
abadi hingga ke hujung nyawa..