Archive for May, 2010

sayang…abang ingin menulis puisi

Posted in buat jantung bulan abang on May 31, 2010 by sekamarrindu2009

jantung bulan apa khabar malam ini?

sayang…..
abang ingin menulis puisi untukmu di lembaran awan…
biar angin meniupnya ke pinggir senja..
mengubahnya menjadi hujan..
dan abang bayangkan sayang di sana, menanti..
seuntai pelangi yang abang untai..

sayang..
abang ingin menulis puisi untukmu di gelombang laut..
biar arus menolaknya di celah teluk
mengubahnya menjadi ombak bertaut..
dan abang bayangkan sayang di sana menanti.
riak rindu yang abang rangkai..

sayang…
abang ingin menulis puisi untukmu di dalam keheningan..
biar malam melarutkan lenamu..
mengubahnya menjadi impian..
abang bayangkan sayang di sana..kita berbagi rindu..
mendengar bisikan cinta yang abang bisikan…
p/s: mendaki menemui jantung bulan…
Advertisements

Lemas Di Pantai Pengkalan Balak

Posted in alfatihah.. on May 31, 2010 by sekamarrindu2009

saat memilukan.. sabarlah menempuh takdir Allah swt

Kegembiraan bertukar menjadi tragedi yang paling memilukan Abu Muthalib Abu Bakar, 42 dan Mohd Norizal, 34, tenggelam dipukul ombak kuat sebelum lemas di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka, semalam. Pantai Pengkalan Balak, merupakan satu pantai yang cantik di Melaka, dan selalu menjadi tumpuan pelancung di serata negeri pantai barat, selain Port Dickson, di Negeri Sembilan.

Mangsa, Abu Muthablib, yang berasal dari Taman Gunung Emas Tampin, Negeri Sembilan, meninggalkan seorang balu, Salina Osman, 40-an dan empat orang anak, manakala Mohd Norizal yang menetap di Taman Clonlee(2) Tampin meninggalkan seorang isteri, Sabariah Osman, dan dua anak.

Membaca berita ini, lantas ingatan saya teringat apabila saya membawa budak pengakap dan perkhemahan RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan) pada tahun lepas di pantai ini.

Semoga roh kedua-dua awrah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh….Al-Fatihah.
p/s: pantai ini banyak tinggalkan kenangan manis dan pahit buat saya..

abang ke tanah suci..

Posted in tgaziz on May 30, 2010 by sekamarrindu2009

mlm ni call ayah di kota bharu, alhamdulillah ayah sihat..dah 3 hari tak dengar suara ayah. ayah bagitahu agar aku call abg, sebab beberapa hari lagi abg akan pergi umrah, call lah abg pesan ayah..

saya call abag…sempat berbual2 ngn abg malam ni..wah agak lama ku tak call abg saya., berbicara dengannya hati gembira…tak lupa ku berpesan pada abg saya agar tak lupa mendoakan saya semasa berada di Tanah Suci nanti. doakan kebahagiaan, kesejahteraan serta kejayaan saya.

kepada abang saya, saya mendoakan agar segala urusannya berjalan lancar, selamat berangkat ke tanah suci..

p/s; wp tak selalu abang singgah blog saya..saya tahu…sekali sekala tu..ada ternampak juga abag di sini…

lukisan hati buatmu..

Posted in lukisan hati. on May 30, 2010 by sekamarrindu2009


aku renung hari-hari

datang dan pergi..
berwajah ku saksi..
semalam sejuk
kelmarin panas..
kini hujan..
p/s: lega dapat bertemumu hari ini……

kisah di plaza tol dan kisah berjumpa seorang gadis yang pelik…

Posted in kisah peribadi.. on May 30, 2010 by sekamarrindu2009

Standford Hotel -No.449, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia

Berjumpa dengan gadis yang pelik??…ishh..apa kebendanya tajuk entri aku malam ini…kisah ini berlaku semasa aku pergi Taklimat Pegurusan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum 2 tahun lepas, di, Standford Hotel, yang terletak di Jalan Tuanku Abd.Rahman, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bekursus selama 3 hari, best juga, bukan saja dapat berjumpa dengan semua kawan-kawan sejawatan tetapi yg lebih penting minda dapatlah releks sikit…

Pihak jabatan pelajaran, ada menyediakan bas untuk membawa semua guru ke tempat kursus, namun, seperti biasalah, aku membuat keputusan untuk memandu kereta saja bersama 3 rakan aku. Biasalah..kalau tak bawa kereta, nanti masalah pula untuk keluar ronda-ronda kota raya Kuala Lumpur…
seperti yang dirancangkan, Cikgu Mohd Azalin meminta untuk memandu kereta aku, aku bersetuju memandangkan, jalan ke Standford Hotel, aku masih belum mahir sangat..

sebaik saja sampai di Plaza Tol Seremban, Cikgu Mohd.Azalin, biasalah menggunakan kad “touch n go” walaupun aku menghulurkan kad ‘touch n go” kepunyaan aku… Perjalanan diteruskan, seperti biasa, perjalanan lebih kurang 1 jam, akhirnya sampailah di Plaza Tol Sungai Besi.

Tiba saja di tempat Plaza tol, di Sungai Besi, dengan selamba kawan saya tadi, mengeluarkan kad kad touch n go nya tadi.. namun dengan tiba-tiba pekerja tol berkata ..kata-katanya sangat jelas..:
“Encik….minta maaf ya… ini laluan untuk pembayaran tunai.. touch n go laluan di sebelah sana..” kata-kata pekerja tol tu sangat mengejutkan aku dan rakan-rakan yg lain..

” Tadi, encik masuk ke tol, guna touch n go…jadi nak keluar pun perlu harus guna touch n go..” katanya dengan lembut..

” Ahhhhh…sudah keje… kereta begitu banyak dah bersusun di belakang kerete aku..menunggu untuk keluar membayar tol..” kata aku yg agak cemas.
” Hampir sepuluh minit kami tersangkut di Plaza Tol, bukan kerana jem, tetapi terpaksa keluar dari kereta untuk meminta kereta yg berada di belakang aku undur ke belakang.agar kete yang kami naiki itu boleh bergerak ke lalaun touch n go..
“Malunya aku..aduh…kenapa la kau salah masuk lorong Lin…aduhh..memalukan betul..”

Masa berlalu..kereta, lori di belakang kereta ku… dan banyak lagi yg kereta yang datang..biasalah plaza tol..mesti banyak keretanya..lebih2 lagi masa tu orang baru bailik kerja..

” Puan, minta maaf ya..minta tolong puan undur ke belakang..sebab kawan saya, tersalah masuk lorong pembayaran tol..” kata aku yg memangnya dah malu betull..
” Oooiiii…kamu ni orang mana? tak pernah datang KL ker???” mamat yang berada di kereta kedua melaung..aku dengan jelas dengar..”

” minta maaf…kawan saya tersilap masuk lorong…encik boleh tolong undur kereta..” aku sekali lagi bergerak ke kereta yang di belakang..”Hampir 15 minit jugalah…baru selesai, semua orang yg ada di Plaza Tol Sungai Besi memandang kami…semacam saja…
Bila melepasi Plaza Tol Sg.Besi, saya dan dua rakan guru tu, apa lagi..kutuk abis2 la..kes ini sangat memalukan aku.. tetapi Cikgu Mohd.Azlin, tergelak saja..sebab dia tahu, dia yang salah.. Tepat jam 6.00 petang, akhirnya kami sampai di tempat yang dituju..

Hari pertama berkursus, pada malam itu, seperti biasalah taklimat ringkas berkaitan dengan jadual yang akan kami perlu ikuti sepanjang 3 hari di hotel ini. Pegawai-pegawai dari jabatan pelajaran yg sporting sangat mengembirakan kami…berkursus janganlah tension-tension..relekslah…
Masa berlalu tiga hari berkursus terasa sekejap saja…sebelum bersiap-siap untuk pulang, check out aku didatangi oelh seorang gadis dalam likungan 20-an yang comel..tetapi pelik..:
“Assalamualikum….saudara..” kata gadis yang aku menoleh ke arahnya.

” Walaikummuslam… ya, kenapa?”

“boleh tolong saya…” katanya ringkas..

“tolong apa?” aku jwab ringkas saja..

” harap saudara boleh tolong saya…” katanya lagi
” InsyaAllah..kalau saya boleh tolong..saya tolong, .tolong apanya..?” ku mengulangi kata-kata sambil memberi mmeberi kunci bilik pada kawan ku untuk check out.
” tolong marah saya….” katanya..

“marah..?? kenapa pulak saya nak marah awak..? saya tak kenal pun awak..lagi satu, awak tak ada salah pun dengan saya., mana boleh marah..!” kata aku menjelaskan.

” apa masalah yang sebenarnya ini…”

” saudara …tolonglah marah saya, nak tampar saya pun saya rela..” kata nya dengan sungguh-sungguh.

” macam ni…..apa kata awak betenang..cakap perlahan-perlahan sikit..apa perkara yg sebenarnya yang berlaku ini.?” kata aku.

Pelik juga la..tiba-tiba minta suruh marah….

“tolong marah saya….kawan saya kata, saya keras hati..tak ada perasaaan..” katanya sambil cuba menunjukkan kepada seorang orang kawannya yang berada di tepi lobi hotel..

“tolong marah saya..sekarang.., tolonglah. saya nak tunjukkan pada dia yang saya tak keras hati..dan boleh menangis” kata gadis itu lagi.. Aku jadi serba salah…ish…. Dalam hati aku..gadis ni betul ke tak betul ni…
” awak…, macam ni… ini masalah awak dengan kawan awak tu..cuba selesaikan dengan cara baik..dan lagi satu..dalam Islam kita tak boleh nak marah orang, tak tentu hala.. maafkan saya.., saya tak boleh tolong awak.. selain daripada tu..InsyaAllah..mungkin boleh saya tolong..”

” awak…, selesaikanlah dengan cara baik…semua orang ada masalah…, memaksa saya marah awak tanpa sebab adalah tidak baik dan satu penghinaan pada pada maruah awak..diri awak..pergilah jumpa kawan awak tu..selesaikanlah dengan cara baik..” kata aku perlahan.


Kawan-kawan aku, dari jauh memerhati aku dengan wajah yang senyum-senyum, aku tahu apa yang dalam fikiran kau tu Lin, Zamil…dia orang ingat aku nak tackle gadis tu..perkara yg sebenarnya dia orang tak tahu..

Saya meminta diri, untuk beredar kerana sudah lambat, Sempat memandang wajah gadis tu, sepintas selalu..beberapa manik jernih membasahi pipinya. Aku terus melangkah tanpa menoleh lagi menuju ke tempat letak kereta…dengan seribu persoalan…mcm2 bermain difikiran.. entahlah…..
p/s: jaga diri baik-baik….semoga ceria dan happy di sana….

pergi ke johol….

Posted in ke johol on May 29, 2010 by sekamarrindu2009

kad jemputan kwin yg comel

simpang menuju ke rumahnya..
makan tengah hari….tq..

hari ni saya ke Johol, dekat Kuala Pilah, saja melawat sahabat saya. Dia baru saja melangsungkan perkahwinannya pada awal April 2010 yang lalu, namun kenduri kahwin akan diadakan pada 06hb Jun 2010 nanti sebelah pengantin perempuan di Johol dan 12hb Jun 2010 di sebelah pengantin lelaki di Kelantan.

kawan saya ini, Zul seorang jurutera yang baru saja balik dari China, atas urusan kerja jadi sangat jarang bertemu, mungkin kalau saya turun ke Kl, dan ada kesempatan saja akan pergi bertemunya..saja bejumpa kawan lama..

sempat dijamu masakan popular orang nogeri, best.. sekali lagi selamat pengantin baru buat sahabat saya, Zul dan isterinya Tini, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat amin....
p/s:…….apa khabar?

Subkhidin Mohd.Salleh: Pengadil Pertama Layak Ke Piala Dunia, Afrika 2010..Tahniah.!!!

Posted in bangga on May 28, 2010 by sekamarrindu2009

Muhyiddin Yassin menyampaikan replika Piala Dunia kepada Subkhiddin Mohd. Salleh yang akan menjadi pengadil di pusingan akhir Piala Dunia 2010 dekat Afrika Selatan semasa mengunjungi Putrajaya.

Subkhidin bin Mohd.Salleh

Pierluigi Collina- Pengadil Terbaik Dunia

Sebelum ini nama Subkhidin bin Mohd.Salleh, 44 tahun seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Vokasional, Nibong Tebal, di Pulau Pinang tidak siapa pun yang kenal, namun pemilihannya untuk menjadi Pengadil Piala Dunia, di Afrika Selatan, pada 11hb Jun 2010 nanti, bukan saja telah mengharumkan nama negara, malah memberikan satu kebanggaan kepada warga pendidik di negara kita.. Subkhidin, yang berasal dari Butterworth, mula menjadi pengadil Bola Sepak sejak tahun 1990 dan diiktiraf ke Peringkat Antarabangsa oleh FIFA pada Tahun 2000.

Kita pasti akan rasa teruja melihat perlawanan Bola Sepak, Piala Dunia, satu-satu permainan yang paling popular dan berprestij di muka bumi ini diadili oleh anak Malaysia yang bernama Subkhidin, lebih-lebih lagi melibatkan perlawanan penting seperti Pasukan Brazil, Argentina, England dan lain-lain pasukan. Sebelum ini ada dua pengadil dari Malaysia telah diberi kepercayaan oleh FIFA untuk mengadili Piala Dunia, ( sebagai penjaga garisan), iaitu Allahyarham Kapten Bersara Halim Abd.Hamid, pada Piala Dunia 1998 di Perancis, diikuti oleh Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 di Jepun, tetapi hanya pembantu pengadil saja, berbeza denagn Subkhidin yang bertanggungjawab penuh di padang untuk mengadili perlawanan penting. Satu kebanggan yang sangat luar biasa saya rasa, malah seluruh peminat bola sepak tanah air turut merasa bangga.

Sebagai seorang guru, Subkhidin telah dijemput ke Putrajaya oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yasin di pejabatnya bagi menzahirkan rasa bangga atas pemilihan beliau ke Afika Selatan, mengadili Piala Dunia.

Subkhidin juga berjaya melepasi pelbagai ujian bagi membolehkannya dipilih menjadi pengadil bersejarah dan pastinya akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Ujian-ujian yang beliau lulus dengan cemerlang ialah:

  • Lari pecut 40m sebanyak 6 kali di bawah 6.20 saat.
  • Larian 10 pusingan sejauh 150m dan berjalan 50m sebanyak 20 kali
Dalam larian pecut 40m yang dilakukannya sebanyak 6 kali beliau mencatatkan kesemua keputusannya di bawah 6.00 saat. hebat..memang sangat hebat.

Bagi peminat-peminat bola sepak, pastinya belum lupa akan “jelingan manja”, bekas Pengadil Terbaik Dunia, Pierluigi Collina sewaktu mengadili satu-satu perlawannan. Sama dengan Subhkidin yang saya anggap seorang pengadiL yang murah dengan senyuman, tetapi sangat tegas dalam membuat keputusan. Semoga Allah SWT memberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik padanya..
p/s: terima kasih….