Pengalaman Pahit: Bercinta Dengan Isteri Orang


Hidup ini sebenarnya adalah satu proses perjalanan yang panjang bagi menghadapi setiap masalah yang mendatang. Manusia memang dicipta untuk diuji. Itulah ketentuan Ilahi untuk makhluk ini. Semua ada pada diri kita adalah ujian. Harta benda,anak, suami, kerjaya, ilmu dan pangkat, kecantikan serta pujian, musaibah dan kehancuran. Semua yang datang dan pergi sebagai satu pakej lengkap untuk menguatkan keperibadian kita.

Diri aku tidak terkecuali diuji. Segala ujian yang datang mengajar aku bersikap matang dan berani menerima takdir sebagai satu pengajaran. Sesungguhnya dalam setiap ujian dan dugaan yang Allah SWT bagi itu ada terselit rahmat Allah SWT kerana ia membuahkan inspirasi baru untuk mengambil langakh seterusnya yang lebih baik daripada semalam.

Ujian yang paling pahit adalah apabila bercinta dengan seorang wanita yang bergelar isteri orang. Aku tidak percaya semua ini berlaku, dan memang berlaku. Banyak tenaga, masa dan wang ringgit aku korbankan semata-mata untuk mendapatlkan cinta. Sangat rasa berdosa, kerana demi Allah SWT yang menjadikan langit serta bumi, kalau aku mengetahui dia adalah isteri orang, tak mungkin aku menjalinkan hubungan dengan dia. Kemuncaknya, hubungan ku dengan dia akhirnya dapat dihidu oleh suaminya, dan suaminya datang berjumpa dengan aku, bercakap empat mata.

” saya, suami kepada Puan R ” sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Aku terkejut, pucat lesi.

” Isteri saya, dah banyak berubah. telefonnya 24jam berada dalam poketnya. setiap malam saya tahu awak menghubungi isteri saya, berjam-jam lamanya.” kata-katanya menggegar seluruh jantung aku..mata terasa berpinar..berputar-putar.

“bagi menyakinkan awak, ambil lihat satu album..semua ada gambar isteri, gambar dua orang anak saya, yang berumur 3 tahun dan 1 tahun.” kata suami Puan R, sayu.

” saya minta maaf, sebab gagal menjadi suami yang baik. sehingga perkara ini terjadi. saya tahu, isteri saya memang betul-betul cintakan awak. Awak boleh ambil dia…” katanya sambil mata berkaca, manik-manik jernih mengalir di pipinya.

” saya dengan rasa ihklas hati, izinkan awak bercakap dengan isteri saya..” suami Pn.R terus mengambil hp dan mendailnya. Saya berkeras untuk tidak mahu bercakap, apa-apa lagi. Untuk apa bercakap?.. Suami Pn.R, terus merayu, berkali, kali, katanya ini adalah hajat isterinya..mahu bercakap buat kali yang terakhir kali dengan aku.
Perbualan: aku dengan Pn.R;

Puan R : ” abang…………..!!! maaaaafkan saya….ampunkan saya.. ( meraung menagis..)..
saya kena pukul teruk….abag..!…!.. Abang..saya tak dapat hidup tanpa abag…
saya sanggup hadapi apa saja…..abang….! abang..!”

dia terhenti seketika….suara tangisannya semakin kuat..

“Abang…..jangan bagi kat dia segala pemberian saya kat abg tu….

Aku : …………..tanpa kata…………. ( tak cakap apa-apa). sambil mematikan hp dan
memberikan pada dia.
Kemuncak konflik, akhirnya apa yang dapat aku tahu, pasangan suami isteri ini telah pun berpisah. Ini lah ujian yang Allah swt bagi pada aku. Aku memang tidak tahu dia adalah isteri orang. Peristiwa ini sangat memberikan kesan dalam hidup aku untuk lebih berhati-hati dalam bercinta..

12 Responses to “Pengalaman Pahit: Bercinta Dengan Isteri Orang”

  1. sadis gak cite awk ni ye sekamar…xpela..pengalaman ni buat awk berhati2 lg kn tuk next time..😉

  2. mintak jauhlah jdi isteri curang sbegitu rupa..

  3. coretan – coretan cinta itu waktu sedang bercinta ke?

  4. buat saya teringat psl pngalamn sy juga

  5. kisah yg lumayan pelik ya. tp dari kisah dan tulisan ini saya tahu ternyata sahabatku ini seorang pria…saya pikir pemilik blog ini wanita ^^

  6. jadikan pengajaran..bercinta memang enak..nah ! dah tau seksanya kan !!…patut ilham mencurah-curah

  7. salam… yusuf mujahidin ™,terima kasih singgah dengan senyuman di sini..

  8. salam… ikan emas,terima kasih.,

  9. Kekadang kita tidak sedari cinta itu hadir tidak kira isteri orang atau suami orang. Keadaan yang membuatkan seseorang beralih arah. Siapa mahu hidup derita dan sengsara…siapa mahu masuk neraka? semua kita nak jadi orang yang baik. Sebaik manapun kita, kalau ditakdirkan ada keadaan yang memaksa..begitulah jadinya. Aku juga memerlukan sesorang menyayangi ku ..aku pasrah dengan apa yang terjadi…..

  10. king hercules Says:

    sya juga mengalami nasib seperti awk…

  11. siapa aku Says:

    Saya xtau saya bercinta dengan isteri orang. Masha allah. Sy smpi da bwk jmp keluarga saya . da bekenalan. Akhirnye pecah juak tembelang perempuan tu bile laki dia telefon saya. Ya allah perit nye rasa. Nasib laa laki dia mau bawak berbincang. Sememang nye saya xtau dia isteri orang. Berdosa kah saya mencintai isteri org. Smpi skrg sya xboleh lupekan die.. Ya allah perit nye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: