Archive for June, 2010

budak tahun 3 buat tato tiru David Beckham…ishhh..

Posted in tato.. on June 30, 2010 by sekamarrindu2009


pengaruh bola sepak..

sempat ambik gambar..

gambaran tato


sebenarnya malam ini, tak mahu online, apatah nak update..tapi teringat satu peristiwa di sekolah pagi tadi, aku dapat tangkap seorang pelajar tahun 3 yang ada ala-ala tato di tangan kanannya..ishh.

bila ditanya, kenapa buat tato..pelajar ini dengan selamba saja menjawab :

“cikgu…pemain-pemain bola sepak tu ada tato jugak..”

“siapa pulak yang bertato..?”

” tu..Rooney pun ada tato…. tu Cristiano Ronaldo, dan David Beckham pun ada..ada tato…” kata budak tu..

aku tersentak..terkejut…budak tahun 3, boleh mengeluarkan jawapan mcm tu.. inilah gara-gara World Cup, kesannya bukan saja pada orang dewasa..tetapi pada budak-budak pun turut sama terkena tempiasnya..

” dia orang tak apa lah…..sebab semua tu bukan beragama Islam, mcm mana nak rata air sembahyang ni kalau ada tato..?”

sebagai bukti saya sempat snap beberapa gambar..walaupun budak ni hanya melukis dengan maker..bukan tato yg sebenar, namun perkembangan ini, memberi gambaran yg amat membimbangkan….inilah pengaruh bola sepak yang negetif yang perlu diperbetulkan..
p/s: masih sakit…..huhuhuhu..

petua menghilangkan "Love Bite" ( untuk yang dah kahwin saja..)

Posted in love bite..hehhee on June 30, 2010 by sekamarrindu2009


pernah kawan saya bertanyakan pada saya…bagaimana mahu menghilangkan kesan love bite di leher? ( untuk pasangan yg dah kahwin saja..).. Bagi isteri, pasti takde la masalah sangat kerana isteri pakai tudung semasa keluar pergi berkerja, namun pada sang suami, takkan la nak pakai tudung pulak..kan?? mesti nampak punya kesan gigitan di leher….ishh..

bila nampak love bite..pasti suami akan diusik oleh kawan-kawan…pernah berlaku di sekolah saya.. kawan-kawan pasti mengusik ( kecuali saya..hehe)

” wah…ganas betul kau ni….” pasti merah padam muka si suami tu kann…betul tak..tersipu-sipu malu.. cikgu yang perempuan juga tersipu2 malu jugak…

yalah..abis di keliling leher 360 darjah kesan gigit.. “ganas betul bini kau Mat..

“aah…bini aku memang ganas.. bukan je leher abis tubuh aku dia nak gigit..”

kata-kata mcm gitu membuatkan bilik guru riuh rendah… Di sini diberikan petua-petua bagaimana nak hilangkan kesan “love bite” tu.

  • Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.
  • Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.
  • Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.
  • Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.
  • Kalau semua cara di atas tak berhasil…beli je Koyup atau handyplas..tampal je kat leher tu banyak.banyak..hehe..
** petua ini hanya untuk yg dah kwin sja….yang belum kwin tu janganlah nak menggatal..
p/s:…..masih sakit peha ni….kena pi berurut la agaknya..

malam ini, Jepun bakal mencipta Sejarah..menewaskan Paraguay…

Posted in bolehkah jepun menang... on June 29, 2010 by sekamarrindu2009

Keisuke Honda penyerang Jepun..

Shinji Okazaki yg menjaringkan gol menentang Denmark baru-baru ni

Pengurus Jepun Tekeshi Okada

barisan pemain Jepun


Siapa tidak kenal akan Jepun. Selain daripada sebuah negara paling kaya di dunia, Jepun juga terkenal dengan berdisiplin rakyatnya yang paling tinggi dan unggul. Unggul ertinya terbaik dan ternama. Bagaimana keunggulan itu boleh dicapai?Keunggulan adalah lahir daripada kekuatan rakyat negara itu dengan kekuatan ekonomi dan industri mereka. Sebab itulah negara Jepun yang langsung tidak mempunyai hasil semulajadi (seperti minyak, arang batu, bijih timah spt negara kita) menjadi satu bangsa yg berjaya serta unggul di dunia kerana tabiat rajin berusaha dan salah satu bangsa yang tekun bekerja, wp negara mereka musnah dan hancur akibat kekalahan Perang Dunia Kedua, Tetapi aset mereka yg terpenting dalah rakyat negara itu sendiri.

Negara Jepun yang mempunyai keluasan 377, 801 km persegi dan populasinya menjangkau 124,040,000 orang. Panjang negara ini lebih kurng 3000km dari utara sampai ke selatan manakala lebar negara ini pula 300km dari timur ke barat.

Malam ini satu-satu wakil Asia akan turun melawan pasukan Paraguay di Piala Dunia, selepas kekalahan pasukan Korea Utara dan Korea Selatan, Jepun adalah satu-satunya wakil Asia yang diharapkan akan melepasi dan berjaya memasuki Suku Akhir. Paraguay yang menjadi Juara Kumpulan F akan bertemu Naib Juara Kumpulan E, Jepun. Manakala pada jam 2.00 pagi esoknya, juara kumpulan H Sepanyol akan bertemu dengan Naib Juara Kumpulan G, Portugal.

Pada peringkat kumpulan, Jepun telah berjaya menewaskan Denmark 3-1, menewasakan Cameroon 1-0, dan kalah kepada Belanda 0-1. satu perkembangan yang sangat menarik. Jepun pasti mempamerkan startegi menyerang yang akan diketuai oleh penyerang berbisa Jepun, iaitu Keisuke Honda, bergandingan dengan Atsuto Uchida, dan Yoto Nagatomo, Shinij Okazaki yang akan bermati-matian cuba merobek gawang Paraguay.

Satu pertanyaan…bilakah mahu lihat pasukan bola sepak Malaysia di Piala Dunia.. ( cadangan: mohon Piala Dunia dilangsungkan di Malaysia, pasti pasukan tuan rumah masuk automatik.. tu saja cara…selain tu memang tidak ada..!

p/s:…..moga dirimu dirahmati Allah swt selalu…amin…{ tengok bola ya mlm ni..mcm semalam.}

Latihan Komando..sanggupkah kita..?

Posted in tak sanggup...hehe on June 29, 2010 by sekamarrindu2009

proses sembelih kera

aktiviti melapah kera
siap sedia untuk dipanggang..
menikamati hidangan yg lazat…..
salah satu cabang dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah Unit Komando. Unit yang paling digeruni dan paling diperlukan dalam sesebuah negara. Dalam unit Komando, tiada ada nilai perikemanusiaan sedikit pun..falsafahnya hanya satu; iaitu membunuh, menghapuskan segala musuh negara atau sesiapa saja yang menggugat keharmonian dalam negara.

Latihan-latihan komando sangat ganas dan tidak semua orang biasa sanggup menghadapinya.

  1. Latihan lasak berlari sejauh melebihi 60 km.
  2. Latihan mengharungi api berhalangan
  3. Latihan Tempur tanpa senjata
  4. Latihan dalam air (tangan dan kaki diikat, dan dihumbankan di dalam air/laut- pandailah selamatkan diri.
  5. Latihan menggunakan payung terjun ( selalunya latihan ini ramai yg mati..)
  6. Latihan Ikhtiar hidup di dalam hutan ( hanya dibekalkn 3 batang mancis, tali, pisau..pandai2lah mencari makan dalam hutan..terpaksa makan apa yang ada, katak, kera, ular dll)
  7. Latihan Ketahanan mental, ( didera, dipukul, direndam dalam air, melalui rintangan api,dan lain2)
  8. Latihan berlari dalam aspek aktiviti ( contoh, askar mahu pergi ke kantin di dalam kem, ke mana saja..semuanya mesti berlari..
  9. Latihan direndam di dalam ais beberapa hari..
  10. Latihan direndam di dalam air panas..
  11. Latihan menembak perlu lulus 100%. ( boleh menembak musuh dengan tepat meskipun di tengah-tengah orang ramai..)
dan banyak lagi…semua aktiviti di atas mesti lulus dengan jaya sebelum ditauliahkan sebagai anggota komando..


sanggupkah kita..?
p/s:….selamat petang..apa khabar hari ini..

kamu adalah kekuatanku…

Posted in kekuatanku on June 29, 2010 by sekamarrindu2009

bila memandang
perahu harap..
yg berlayar
di laut realiti..
hati jadi cekal
daku memang tabah dan cekal..

pada tepianya
aku berdiri..
memandang jauh..
dengan rasa hati
kecil sekali..

besarnya gelombang
bergulung-gulung
seperti menguji..

hidup di batas usia
lewati onak dan duri
kuharungi jua berbekal
segenggam harapan..

tersentak dari lamunan..
daku masih berada di tepian..
kaki-kaki terluka semalam
jadi kekuatan..

dan kamu
adalah kekuatanku..!
p/s:

Wangi hujan manis…

tercium seluas udara..

semanis warna embun

yang menitis di hujung daun..membwa namamu..

sinar cinta…

Posted in sinar cinta on June 29, 2010 by sekamarrindu2009
daku temukan cinta..
saat gelap malam tanpa cahaya..
demikian lama ku simpan rindu.
kisah antara kamu dan daku..



p/s:………..moga lenalah mata…..

rindu menjelma doa

Posted in rindu dan doa on June 29, 2010 by sekamarrindu2009

sayang…..
rinduku menjelma doa
setiap abg mengadapNya..
dan harapan mu menjelma sayap..
sudi terbangkan rasa..
sepenuh jiwa..

buat cinta kita…