Archive for July, 2010

cinta di rintik hujan

Posted in hujan.... on July 5, 2010 by sekamarrindu2009

sayang..
biarku menjadi terumbu karang..
yg berkhidmat pada alun gelombang..
bersama dengan arusmu
yg luas dan curam..

sayang..
biarku menjadi rintik hujan..
menurunkan hujan cinta
membawa rindu dan kenangan..
moga kita bahagia..


p/s:…..hujan….selalu buatku bimbang...

surat misteri

Posted in surat on July 5, 2010 by sekamarrindu2009
masih ku ingat selembar
surat cinta telah kulayang
buatmu

hingga kini
masih misteri.


p/s…misteri

pendaftaran pelajar baru di Universiti Malaya hari ini

Posted in um on July 4, 2010 by sekamarrindu2009

Kolej Ungku Abd Aziz Universiti Malaya

tiba-tiba lak dua orang mat salleh ni muncul di depan ishh
pendaftaran pelajar baru
ke asrama
pemandangan di dalam Kolej Ungku Abd.Aziz
cuaca yg cerah tiba2 menjadi mendung
gambaran di khemah pendaftaran
yg ramai tukang hantar daripada pelajar
hari ni, 04hb Julai 2010, pendaftaran pelajar2 baru di Universiti Malaya, saya sempat hadir untuk menghantar seorang saudara saya yg mendaftar hari ini… perjalanan ke Universiti Malaya, pada mulanya lancar,namun 1km sebelum memasuki pintu gerbang yang menjadi mercu tanda UM, sesak teruk…sabarlah hati..

sebelumnya 03hb Julai 2010, saya ada urusan di KL yg memerlukan kehadiran saya, bagi menguruskan beberapa perkara..yg sangat penting..jadi minggu ni, merupakan minggu yg sibuk…maafkan …kerana membuatkan mu sepi…

selesai di UM pergi lagi menguruskan kerja2 yg lum beres.. dan apabila selesai, saya pun kembali ke sbn, dalam suasana hujan yang lebat….

p/s:……ingat kamu selalu.

melukis bahagia di batas senja

Posted in cinta di batas senja on July 3, 2010 by sekamarrindu2009

sampai pada batas kepercayaan yang kita yakini
kita telah saling menitipkan rasa sayang
bersama membelai rasa rindu yang memuncak
berbagi jemari sepanjang hari yang kita fahami

syukur pentas ini mempertemukan kita

ku hanya rasa itu di dalam dada
sebagai pelaut ku terbiasa di hempas badai kadang karam
di matamulah gemulai bunga sudi menemani, begitu suci..

lautan seperti katamu adalah jambatan menuai rindu

lalu kita saling melukis tanda rasa bahagia di batas senja
warna jingga itu kisah kita yang menyala tanda cinta kita
Menyayangmu adalah harapan untuk bersama selama-lamanya..

p/s: hidup ini sungguh indah..


Belanda 2, Brazil 1. Juara Dunia 10 kali tewas kepada Belanda

Posted in belanda menang on July 3, 2010 by sekamarrindu2009

meraikan gol kemenangan

Arjen Robben melompat tinggi bersama Mark van Bormmel (kiri) dan Dirk Kuyt (kanan)

Luis Fabiano dan Robinho merancang startegi permainan

Giovanni Van Bronckhorst memegang kepala Kaka ( nada marah..)

penyokong Brazil menitiskan air mata
gaya Wesley Sneijder selepas menjaringkan gol


malam ini sejarah tercipta lagi, apabila pasukan Belanda telah berjaya menewasakan Brazil; bekas juara dunia World Cup apabila kalah 2-1 dengan Belanda untuk layak ke Separuh Akhir Piala Dunia.Perlawanan yang berlangsung di Nelson Mandela Bay Stadium ini begitu mendebarkan, yang memaparkan kemahiran kelas dunia dapat dilihat kedua-dua pasukan saling menyerang ke gawang gol masing-masing. Brazil yang telah menjadi juara sebanyak 10 kali sebelum ini terpaksa akur akan kehebatan Belanda, dan menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka.

Brazil yang menyerang dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 7 permainan, namun hantaran Kaka kepada Robinho telah outside terlebih dahulu. Ternyata wp gol ini tidak dikira oleh pengadil dari Jepun, namun semangat juang pemain Brazil telah berkobar-kobar menyerang ke kubu Belanda selepas itu.

Namun pada minit ke 10, permainan, Robinho yang mendapat hantaran “low pass” hantaran Felipe Melo berjaya mengelirukan pertahanan Belanda, dan dengan kepakaran serta skill yang tinggi Robinho berjaya menjaringkan gol buat Brazil. Semangat gol pertama, membuatkan Brazil menyerang bertubi-tubi, dan pada minit yang ke 32, penyerang berbisa Kaka, berjaya merembat ke gawang gol Belanda, wp pibtu gol luas ternganga, namun penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg berjaya menepis bola di sebelah kiri gawang Belanda.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan Brazil 1-, dan Belanda 0.

Separuh masa kedua bermula garang dan Belanda telah menukar corak penyerang dengan menyusun strategi yang berbeza dengan separuh masa pertama. Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk, telah menukarkan posisi Dirk Kuyt menyerang di sebelah kiri, dan bertukar posisi dengan Wesley Sneijder di sebelah kanan, untuk membuka ruang bagi menjaringkan gol. Numun kekentalan pertahanan Brazil menafikan gol Belanda.

Gol penyamaan Belanda, terhasil dalam minit ke 53, separuh masa kedua, apabila bola hantaran lambung Wesley Sneijder tertanduk di kepala pemain Brazil, Felipe Melo ( juga saya rasa kesilapan penjaga gol Brazil yg gagal menumbuk bola keluar) dan mencecah jaring.

Pemainan semakin rancak dan menarik. Kekasaran demi kekasaran telah berlaku, Tekanan begitu dirasakan oleh semua pemainpemain Brazil, terutama Robinho yang saya lihat sering bertengkar dengan pengadil dari Jepun tu.

Gol keramat Belanda, terhasil di minit ke 68 permainan, apabila hasil sepakan sudut Belanda, oleh Arjen Robben ditanduk cantik ke belakang oleh Dirk Kuyt, sebelum Wesley Sneijder ( yg free header) telah mudah menanduk ke kiri gawang Brazil.

Pada minit ke 72, pemain Brazil, Felipe Melo telah dilayangkan kad merah apabila mengasari Arjen Robben, dengan bermain 10 orang, corak permainan Brazil sudah bertukar menjadi kelam kabut, semua hantaran tidak menepati sasaran. Tekanan semakin terasa dan akhirnya Brazil terpaksa akur dengan kehebatan Belanda..

Wesley Sneijder telah diumumkan sebagai ” man of the match” yang setakat ini telah menjaringkan 3 gol. Belanda akan bertemu sama ada Ghana atau Uruguay pada 06hb Julai 2010 ini..

p/s:…sekali sekala kalah apa salahnya…

p/s:…moga dirahmati Allah swt selalu..

cinta di tahjjud sunyi..

Posted in tahjjud sunyi.. on July 2, 2010 by sekamarrindu2009


dalam tanah jauhari ini..
kita saling berbagi mimpi..

dalam tanah jauhari ini..
kita saling berpuisi
dalam tahjjud sunyi ..

dalam tanah jauhari ini..
cinta membawa bahagia..
buat kita..


p/s: ….selamat malam….moga happy selalu…{ bola ohh bolaaa.. hehe)

bila orang lain guna ayat "jantung bulanku"

Posted in jb on July 2, 2010 by sekamarrindu2009

jantungnya ada pada kamu..

nama jantung bulan, adalah nama khas untuk dia saja. Di dalam dunia ini, saya percaya hanya saya saja yang menggunakannya, tidak yang lain nya.. tapi bila orang lain guna nama yang sama..kadang-kadang aku jadi pelik..tak apalah..nak buat mcm mana..

mengapa panggil jantung bulan?..ramai yg tanya aku.. bulan tu ada jantung ke? kalau ada tunjukkan kat mana letaknya jantung tu? ada yg tanya aku pasal ini..

kenapa tak letak nama jantung bintang? why guna bulan?.. ada ramai yg tanya..hehehe..aku gelak je..nak jawab pun kadang2 serba salah…tapi kenalah jwab jugaklah…minta2 pas ni x de orang dok tanya lagi..

jantung bulan….satu bahasa perlambangan, bahasa metafora yang mempunyai maksud yang sangat dalam. memang sukar nak dihuraikan dengan kata-kata yang biasa..hanya aku dan dia saja yang tahu..

seperti yg kita tahu..kalau disebut “jantung” dalam badan manusia; merupakan salah satu organ yang paling penting dalam tubuh manusia dan kegagalan jantung selalunya menyebabkan kematian..apabila diserang penyakit jantung dan sebagainya..

berbalik kepada jantung bulan; bahasa metafora yang sangat membawa maksud satu perasaan yang sangat mendalam pada seseorang, cinta nya cuma pada seseorang itulah.. dia ibarat jantung pada saya..sangat penting dalam hidup saya. Jantung (dalam bahasa inggeris membawa maksud: heart ( asal dari perkataan latin).. dan mengapa bulan?.. bulan di sini juga merupakan bahasa metafora juga. Pertanyaan: Mengapakah Allah swt mencipatakan bulan? Semua ciptaan Allah swt tidaklah sia-sia, sama ada bintang, matahari dan bulan.

Bulan atau Moon satu-satunya objek di langit yang mengelilingi bumi, bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, cahaya cantiknya akibat pantulan cahaya matahari. Cahayanya yang cantik apabila bulan purnama memberi keindahan seluruh makhuk di bumi ini, bukan saja kepada manusia, malah yang lain-lainnya. Kita boleh bayangkan seandainya bulan tidak ..tak berseri lagi bumi.. samalah dengan saya pun..

Bulan, bintang dan matahari adalah ciptaan Allah swt..penuh dengan rahsia yang kini ramai manusia yang belum mampu lagi menerokainya. Ianya lambang betapa besarnya kekuasaan Allah swt..melihat dan memandang bulan, bermakna secara umumnya kita akan merasai bertapa besarnya kekuasaan Allah swt pada kita. Ianya juga membawa maksud, saya juga betapa syukurnya saya dengan takdirNya, dengan kekuasaaNya, saya dapat berjumpa denganmu..ianya merupakan anugerah pada saya yang tiada bandingannya..



p/s:………terima kasih maa