Archive for August, 2010

selamat hari kemerdekaan kali ke 53……Allah swt selamatkanlah Malaysia…

Posted in merdeka.. on August 30, 2010 by sekamarrindu2009



sejarah pernah menyalakan api dari tanah ini,
Sumpah keramat pada niat merdeka dan harkat bangsa
empat abad, bangsa ku dijajah, kita hanya mengangkat parang maju ke muka
Inggeris, Belanda, Jepun dengan senjata ampuh kita binasa..

negeri banjir airmata rakyat sengsara
Inggeris, Belanda, Jepun memang petaka..
habis harta benda negara di angkut kita bangsa dertia
rakyat sengsara ubi kayu jadi makanan setia..

Kini 53 tahun merdeka..
adakah fikiran kita telah merdeka?
adakah jasad kita sudah merdeka?
adakah kita betul-betul sudah bebas?
kadang-kadang aku tertanya-tanya.

siapa kini berdiri di muka mengangkat tinggi tongkat Sang Musa?

p/s:…ku belum lagi merdeka lagi..
Advertisements

lukislah langit malam…

Posted in lukisan malam.. on August 29, 2010 by sekamarrindu2009


sayang..
bukalah jendela dan lukislah langit malam..
lihat di sana ada bintang jatuh..
sebuah garis lurus membelah kelam..
sebongkah harapan yang menyala..
biarkanlah menerangi ruang angkasa yang paling luas..
tempat kita meninggalkan jejak cinta..
yang tidak pernah terhapus cuaca..

sayang..
bukalah jendela dan lukislah langit malam..
lihat di sana bulan bergayutan di daun ketapang..
muzik sunyi bersahutan di balik batuan..
senyumanmu menyentuh dedaunan..
membuatkan ku hanyut dalam ombak rerumputan..
rindu padamu sepanjang zaman..
p/s:….moga rindu tidak lagi beku..

Liku-Liku Merdeka yang mungkin telah dilupakan…

Posted in sejarah merdeka on August 29, 2010 by sekamarrindu2009

Rombongan Tunku ke Pengisytiharan Kemerdekaan

Tunku dan rombongan menuju ke Padang Bandar Hilir Melaka untuk Pengisytiharaan Merdeka

Tunku menandatangani perjanjian merdeka bersama Sir Alan Lennox Byod pada 08hb Feb.1956
Kereta yang dinaiki oleh Tunku semasa menuju ke Padang Bandar Hilir
kereta rasmi Tunku sebagai Perdana Menteri
rombongan ke London

Sebaik-baik saja Malayan Union tumbang pada tahun 1946, kesedaran politik orang-oramg Melayu mula tumbuh. Keinsafan betapa Raja-Raja Melayu diperbudak-budakkan oleh Sir Horald Mac Michael dalam mencapai cita-cita penjajah melenyapkan ketuanan Melayu di Tanah Melayu telah membakar semangat yang padu sehingga kesepakatan diwujudkan dan sejarah tercipta apabila parti politik pertama ditubuhkan pada 1hb Mei 1946, di Istana Besar Johor Bharu.
Bermula dari saat itu UMNO, Parti Melayu terulung itu terus mengorak langkah memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang dijajah silih berganti, lebih 4 kurun oleh 4 bangsa. Keinginan hendak memerintah sendiri bagaikan subur menanti waktu untuk berkembang. Orang Melayu bersatu dalam wadah perjuangan mengembalikan maruah bangsa dan negara.
Munculnya putera Raja Kedah, Tunku Abd.Rahman Putera Al-Haj ibni Sultan Abd.Hamid Halim Shah, memimpin UMNO setelah Dato’ Onn Jaffar, pengasas dan Yang Di-pertua pertamanya mengundurkan diri, bagaikan memberi satu rahmat.
Berkat sokongan padu daripada rakyat jelata, Parti Perikatan ( Gabungan UMNO, MCA dan MIC) menyapu bersih semua kerusi parlimen dalam pilihan raya pada tahun 1955. Berikutan kejayaan itu, Tunku Abd.Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan membentuk kerajaan. Tunku juga telah diberi mandat untuk meneruskan perjuangan menuntut kermerdekaan di London secara perlembangaan.
Pada 24hb-26hb Disember 1955, lima bulan selepas menjadi Ketua Menteri, Tunku Abd.Rahman telah mengadakan satu mesyuarat perwakilan UMNO di mana kata putus telah dicapai dari Pemuda UMNO yang menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957, sebagai tarikh kemerdekaan.
Mulai detik itu, mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan oleh kerajaan pimpinan Tunku Abd.Rahman dengan pihak Inggeris dan menjelang Ihb Januri 1956,, Tunku bersama rombongannya telah bertolak ke London bagi menyampaikan hasrat rakyat agar Inggeris memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957, tanpa sebarang tolak ansur.
Rombongan kemerdekaan itu bertolak dari Singapura dengan sebuah kapal laut dan berlabuh di Karachi, Pakistan, sebelum meneruskan perjalanan dengan menggunakan kapal terbang ke London.
Rombongan seramai 8 orang, selain Tunku terdiri daripada Dato’ Abd.Razak Hussin, Kolonel H.S.Lee dan Dr. Ismail bin Dato’ Abd.Rahman, mewakili parti perikatan dan Tanah Melayu.
Sementara Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Hj.Abd.Wahb, En.Abd.Aziz bin Abd.Majid, Dato’ Muhammmad Seth bin Muhammad Said dan Datuk Nik Muhammad Kamil bin Muhammad mewakili pihak Raja-Raja Melayu.
Rombongan kemerdekaan tiba di London pada 14hb Januari 1956 dan mengadakan rundingan dengan pihak Inggeris sealam 18 hari, bermula ( 18hb Januari 1956 hingga 06hb Febuari 1956) dengan mencapai kejayaan apabila pihak Inggeris bersetuju memberi kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957.
Perjanjian Kemerdekaan telah ditandatangani di antara Tunku Abd.Rahman dengan, Setiausaha Tanah Jajahan British, Sir Alan Lennox Byod di Lancaster House pada 08hb Febuari 1956.
Rombongan Tunku pualng ke Tanahair pada 20hb Feb. 1956 dan diberi sambutan sebagai pahlawan beroleh kemenangan di medan perang oleh lebih 60, 000 rakyat berbilang bangsa yang berbaris sepanjang kiri dan kanan dri Batu Berendam hingga ke Bandar Hilir.
FAKTA TENTANG BANDAR HILIR ( 20HB FEB.1956)
  • Rombongan Tunku Abd.Rahman tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada pukul 9.00 pagi dan diarah dengan barisan pemuda bermotor menuju ke Bandar Hilir.
  • Tunku menaiki sebuah kereta berwarna hitam, tidak berbumbung, bernombor plet : M 4442. Kereta ini dipinjam oleh Encik Gaffar Baba daripada seorang tauke cina di Melaka.
  • Sewaktu menghampiri padang Bandar Hilir Melaka, Tunku telah turun dari kereta dan berjalan kaki menuju ke pentas sambil bersalaman dengan orang ramai kiri dan kanan jalan. Lauangan “merdeka” bergema pada pagi yang redup dan tenang itu.
  • Tunku naik ke pentas khas di penjuru padang Bandar Hilir pada jam 11.00 pagi dan terus membacakan pengisytiharan tarikh merdeka untuk Tanah Melayu, sepanjang 9 para yang sudah ditaip pada sehelai kertas.
  • Lauangan dan pekikkan merdeka bergema berselang seli ketika Tunku sedang berucap
  • Majlis Pengisytiharaan tamat kira-kira jam 12.00 tengah hari.

bila kita dihina,….

Posted in hina malaysia on August 28, 2010 by sekamarrindu2009

kedutaan Malaysia di Jakarta yg dilempar najis

Fiery Protest: Indonesians burning a Malaysian flag during an anti-Malaysia protest

saat menulis entri ni di luar sana hujan renyai-renyai, ini kali pertama hujan pagi di sini, rasa mcm berada di kg pun ada, teringat kampung la pulak..ishh..mcm nilah bila jauh dengan kg halaman, pasti hati digamit rasa rindu kat kg halaman, lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan mcm ni…
hari ni dah3 hari aku demam..huhuhu..tekak pun nak menelan nasi pun rasa sakit..sahur tadi makan sikit saja.
beberapa hari lagi negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53, kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yg sangat memalukan, bendera negara ( Jalur Gemilang) kita dibakar, dan dipijak, diludah. Kedutaan kita di Indonesia dilemparkan dengan najis..negara kita dihina dan dikutuk oleh segelintir rakyat Indonesia. Ini bukanlah kali pertama, malah sudah melebihi 12 kali tunjuk perasaan oleh segelintir (Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia atau Bendera) dalam tempoh 4 tahun.
dalam berita Kompas pada hari ini, Presiden Bambang Yudhoyono telah secara rasmi menghantar surat kepada PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencari jalan yang terbaik penyelesaian ke dua-dua pihak.

sekejap cuma

Posted in sekejap on August 28, 2010 by sekamarrindu2009
inikah yg kau sebut cinta..
tentang segala
cerita senja
yg hanya sekejap
kau cipta…!

ku rasa…

Posted in ku rasa.. on August 28, 2010 by sekamarrindu2009

mesti bersabar…
sabar katamu…

jika tiba-tiba ku ungkap satu rindu..
satu rindu yg entah bila kutemu..

mesti menunggu sebentar katamu..
ah..mengapa ku rasa
waktu mempermainkan
rinduku..
p/s..selamat bersahur semua….

sebuah rindu..

Posted in rindu.. on August 27, 2010 by sekamarrindu2009


sewaktu dulu…
pada binar matamu..
pernah kulukis cinta dan sebentuk rindu..
namun
hingga kau melangkah pergi..
tak pernah ku dapat mimpi atau janji..
tantang makna degup jantung ini…

p/s: rindu kenangan lalu