Archive for November, 2010

sayang….hidangkan ku secangkir kopi panas..

Posted in cinta dan kopi panas.. on November 30, 2010 by sekamarrindu2009

bila malam kopi panas selalu ku minum, itulah minuman rutin aku (selain milo kosong kaw), bila dihidangkan sempurna di atas meja tempatku membaca atau menulis, atau mungkin saat ku menonton pasukan premier EPL atau mungkin bila selalu bersembang-sembang dengan kamu.Itulah minuman yang selalu ada…
selalunya sambil menaip entri di blog, sesekali jemari aku akan menyentuh perlahan cawan itu dan merasai keperitan panasnya. Jika panas, ia akan menyelinap ke dalam diri, menerpa selera di lubuk jiwa. Sebelum lidah bertarung mengurai kepanasan air kopi itu, diri aku telah pun menikmatinya dengan segar membangkitkan segala rasa, itulah bila malam, di saat aku ingin menaip entri di blog.
teringat masa di bangku sekolah dulu..sebelum study pastikan kopi panas satu teko ada berhampiran dengan meja study aku.. baru ada semua tu, baru boleh study..baru boleh masuk apa yang dibaca…
Tapi sejak beberapa hari ini, kopi panas yang selalu ku minum pun, sudah menjadi tak sempurna lagi.. selepas setiap malam-malam ku, sering bergulir dalam sepi..hati rasa bimbang, jiwa rasa tak gembira.. itulah yang aku rasa…sampai hati..!

.………hujan petang ini…adalah rindu yang menitipkan sejuta sendu..pada titik-titik yang jatuh menyentuh mukaku…..

Advertisements

Lakukan seks ‘bersaksi’ mayat

Posted in Uncategorized on November 30, 2010 by sekamarrindu2009

Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya Fazlina Ahmad diiringi anggota polis selepas perbicraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SHAH ALAM ā€“ Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.

Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.

Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.

Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.

ā€œSaya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,ā€ katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

sumber : kosmo 30hb November 2010

……

bayu laut…..

Posted in angin laut on November 30, 2010 by sekamarrindu2009
bayu laut bertiupan ke pendalaman..
memahat pasir gurun menempa sabit..
berdarahlah jemari..berdarahlah hati..

….

dah besar pun masih nak menyusu…ishhh

Posted in Uncategorized on November 29, 2010 by sekamarrindu2009


eeeee..tak malu betul…sudah besar panjang pun masih nak menyusu lagi!…dah la tu..bagilah kat adik pulak..!
sumber: klik sini

……

baru balik kursus ….

Posted in kursus on November 29, 2010 by sekamarrindu2009

alhamdulillah…abis kursus hari ni….esok ada lagi, sehari lagi…adui…dalam masa cuti2 pun kena kursus laa juga ni…hari ni kursus subjek Pendidikan Kesihatan Tahun1, yang akan dilaksanakan pada tahun 2011 nanti…byk perubahan sukatan yang berlaku…
cabaran banyak…sesuai dgn situasi semasa……….terima kasih kepada sahabat2 yg singgah sini. sini…

penatnya..

kematian…..

Posted in ........ on November 29, 2010 by sekamarrindu2009

pernah satu malam
ku tanya tuhan tentang kematian..
–tuhan apa indahnya kematian?
dan demikian lama ku mendapat jawapan dari tuhan..
–kau sudah merasakan kematian kini-

– terseksa…menunju titik yg paling sepi

umpama senja…

Posted in umpama senja on November 29, 2010 by sekamarrindu2009

bercinta denganmu umpama senja..
lenyap sekejap berganti kelam..

bercinta denganmu umpama senja..
sebatas rindu sebatas bayang…

1.08am