Phd Fazley Adalah Palsu..?..ishh..biar betul..


Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom. “Betul… saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu. University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan. -mstar
sumber: klik sini
juga boleh Klik sini..

Advertisements

16 Responses to “Phd Fazley Adalah Palsu..?..ishh..biar betul..”

  1. plak dah.. haih fazleyy

  2. em..bukan salah beliau..sah salah pihak u….tak apa. boleh ambil phd lagi..

  3. sekurang-kurangnya dia berterus terangkan 🙂

  4. huhuboleh plak mcam tu yermcm2 lah zaman sekarang nitakpe kat Malaysia pun boleh amek PHD

  5. laa iye ke…kesihan la pulak…tapi bukan salah diakan…

  6. Lorr yeke..hmmm…kena tgok gak u mana yg diiktirafkan kalo nak sambung blaja..

  7. sgt profesional dalam menangani masalah..jurulatih bola patut mencontohi beliau hihi ^_^

  8. kesian die..huhuhuhuh

  9. salam.. aliesha kirana,ya.sangat kesian…bukan salah dia..tapi dia jadi mangsa keadaan.

  10. salam.. Adlina Husaini,moga dia sabar dan tabah atas ujian ini

  11. salam.. Ad Rifza,betul..:)

  12. salam.. ainnoraini,ya..tumpang simpati atas apa yg berlaku..

  13. salam…En iLham,berhati2 untuk siapa2 yg nak sambung Phd..

  14. salam..Wanita Mutalib,betul..berani berterus terang sikap yg terpuji

  15. salam.. Siti Ruhayu Ab Rahman,betul..bukn salah dia…tapi cuma salah dia sebb dia tak selidlik betul2 dulu status pengiktirafaan tu

  16. salam..Aqilah Nur,itulah yg berlaku..apapun moga dia sabar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: