>Ricky reda kekasih tiada dara

>

MENYAKSIKAN senario pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terutama membabitkan remaja membuatkan aktor popular, Ricky Harun, 23, meluah rasa syukurnya kerana dia masih dilindungi daripada gejala sosial.

“Lihat saja sekarang para pelajar perempuan berpakaian menjolok mata. Mereka bergaul tanpa batasan dengan lelaki. Situasi ini membimbangkan. Jika tidak dibendung, ia boleh melarat,” jelasnya yang lahir pada 12 Januari 1987.

Enggan berselindung, pelakon utama filem Kawin Kontrak itu mengaku ada rakannya mengamalkan gaya hidup bebas termasuk remaja beragama Islam.

Malah, tanpa segan silu mereka memperlihatkan budaya tidak bermoral di depan orang lain.

“Namun, saya tidak pernah terikut dengan stail hidup mereka yang kebaratan. Meskipun berkelakuan nakal sebelum ini, saya sebaliknya masih berpegang pada prinsip menjauhi perkara dilarang Tuhan,” luah Ricky yang membawa nama lengkap Ricky Chilnady Pratama Harun.

Pada waktu sama, anak sulung daripada dua beradik itu tidak berdepan masalah jika teman wanitanya kelak tidak punya dara lagi.

Jika itu ditakdirkan jodohnya, Ricky menerima keadaan tersebut dengan perasaan terbuka.

“Harus bagaimana lagi kalau saya mengalami situasi ini. Mahu atau tidak, saya kena terima si dia seadanya disebabkan sudah terlalu sayang dan mencintainya.

“Soal kekasih masih perawan atau sebaliknya, saya enggan membuat penilaian terhadap wanita ini,” ucapnya santai.

sumber : kosmo hari ini
p/s: terasa mcm nak demam saja hari ni…
Advertisements

6 Responses to “>Ricky reda kekasih tiada dara”

  1. >salam.. remaja sekarang semakin buruk lakunak salahkan siapa??sendiri mau ingat ler pada Tuhannak mati bila2 jerkalau tak sempat bertaubat..jawab ler sendiri..

  2. >mkan ubat k..cegah sbelum parah..^^,

  3. >siapa dia ni? pelakon indon ke?

  4. >risau2 lani baik jaga anak2 elok2

  5. >salam..makan ubat dear 🙂

  6. >Salam sekamar rinduAnak anak perlu dididik agama islam dari kecil lagi. Perlu selalu ingatkan mereka keburukan pergaulan bebas juga perlu kawal mereka serta lihat dengan siapa mereka berkawan. Juga kena ingatkan mereka sentiasa hati – hati dengan tipu daya manusia dalam masyarakat.Mountain climber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: