>cerita bomoh siam dan santau…..

>

Aku kadang-kadang sedih dan pelik dengan masyarakat kita sekarang, sedih dengan insan-insan yang suka melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum agama kerana sanggup membomohkan orang lain demi melunaskan dendam yang terbuku di dalam hati. Perbuatan santau adalah perbuatan yang syirik yang paling dikeji oleh semua golongan masyarakat dan sangat bertentangan dengan mana-mana agama dalam dunia ini.
Apa maksud santau? Santau ialah jenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun mangsa. Secara umumnya santau dilakukan dengan dua cara, iaiatu, secara fizikal dan melalui angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan dan minuman. Makanan seseorang itu diletakkan miang buluh, kaca, bisa besi, bahan seperti kuku, rambut dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Orang yang termakan bahan santau ini akan muntah darah, pitam, dan boleh membawa maut.
Terdapat juga santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau miang buluh diletakkan, dan mangsa akan menderita menggaru..deritanya tuhan saja yang tahu. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau tadi memasuki saluran darah, akhirnya mangsa akan meninggal dunia. Itulah siksanya orang yang menerima santau ini.
Begitu juga dengan menggunakan bomoh siam untuk menganinya orang lain. Kesannya sangat buruk hingga membawa ke mati. Ramai dah saya melihat dengan mata kepala saya sendiri akan kesan-kesannya.
antara kesan-kesannya bergantung kepada niat dan tujuan pembuatnya.
  • orang yang terkena bomoh siam tidak akan boleh melelapkan mata..maksudnya istilah tidur tidak ada bagi yang terkena penangan bomoh siam ini.
  • orang yang kita sayang, akan bertukar menjadi benci dalam sekelip mata..perkahwianan yang dibina boleh bercerai berai dalam sekelip mata. ( seandainya orang yang buat itu niatnya untuk memisahkan suami dan isteri.)

  • boleh pitam dan koma, berbulan-bulan, hingga membawa maut.
  • boleh menjadi hilang akal, meracau-racau, sehingga membawa maut.
  • orang yang terkena bomoh siam ini pasti menderita, muntah darah,
  • bagi perempuan yang terkena bomoh siam pula pasti akan akan lupa segalanya, pada suami, anak-anak, dan akan tinggalkan semua itu, bagi menuruti seseorang yang membuatnya.
  • bagi mereka yang mahu pencuri memulangkan barang yang dicuri, selalunya orang akan menggunakan khdimat bomoh siam ini. Dalam masa yang singkat, saja barang yang dicuri pasti dipulangkan.
Selalunya orang yang akan membuat bomoh siam ini, mereka memerlukan perkara-perkara berikutl
  • pakaian dalam, seperti seluar dalam, baju dalam dan lain-lain ( untuk kes-kes yang mahu memisahkan hubungan suami isteri)
  • gambar penuh seseorang ( berhati-hati memberi gambar pada seseorang yg tak dikenali)
  • peluh seseorang ( terutamanya pada baju-baju)
  • air liur (seorang gadis yang marah dengan menyatakan..” aku benci kau..sampai mati..sambil meludah.., air ludah gadis ini boleh diambil untuk mengenakan gadis ini semula…so berhati-hati, )
Dalam Harian Metro hari ini dipaparkan 5 anggota polis derita di santau:- bolehlah baca

KUALA LUMPUR: Risiko sebagai anggota polis bukan sekadar ancaman maut melalui senjata moden, tetapi turut diserang melalui cara mistik oleh penjenayah yang menyimpan dendam kesumat apabila kegiatan mereka ditumpaskan.

Itu terpaksa ditempuhi seorang anggota polis hanya mahu dikenali sebagai Hafis dan empat rakan sekerjanya yang kini menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.

Menurut Hafis, 23, akibat perbuatan itu seorang daripada rakannya paling teruk menderita apabila ditujukan santau katak puru hingga menyebabkan perutnya membesar seperti wanita mengandung dan keras seolah-olah diisi pasir dan batu.

“Saya dan tiga rakan lain mengalami nasib sama, namun cara santau yang digunakan berbeza. Kata bomoh, kami berempat ditujukan santau angin yang menyebabkan kami sakit perut.

“Orang yang menghantar santau itu menggunakan objek seperti paku, jarum, rambut dan tulang babi hutan sebagai ramuan racun yang dimasukkan ke dalam makanan kami.

“Kami dinasihatkan supaya tidak makan di restoran kegemaran kerana racun santau itu ditujukan terus ke situ. Bukan sekadar melalui makanan, malah racun santau juga akan ‘melekat’ pada badan kami setiap kali kami datang ke

Hafis berkata, mereka berlima menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional selepas doktor gagal mengesan punca mereka sakit perut dan kerap demam.

Menurutnya, kejadian itu mula mereka sedari awal bulan lalu apabila seorang rakan terbabit memberitahu dia menerima SMS amaran berbunyi ‘siaplah korang, salah satu jarum akan kena pada kau dan kawan-kawan kau yang lain…tunggu je lah hari mati korang’

“SMS itu dihantar seorang daripada suspek sindiket mencuri motosikal yang saya dan rakan-rakan tumpaskan Mei lalu dan dia kini masih dalam proses pengadilan.

“Namun, saya tak ambil berat sangat mengenai SMS itu kerana hal ugut-mengugut dan amaran sudah lumrah dalam kerjaya kami,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hafis, telahannya meleset apabila selang seminggu kemudian, dia menerima khabar seorang rakannya yang terbabit dalam usaha melumpuhkan sindiket mencuri motosikal itu sakit teruk akibat penyakit misteri.

“Bomoh mengatakan penyakit itu ada kaitan dengan seekor katak puru yang diletakkan dalam kawasan rumahnya dan haiwan itu digunakan sebagai ‘alat’ untuk memastikan ilmu hitam yang ditujukan kepada mangsa lebih berkesan.

“Lebih menakutkan, bomoh berkenaan memberitahu jika katak itu tidak ditemui, kawan saya itu sukar dipulihkan dan akan menemui ajal perlahan-lahan,” katanya.

Hafis berkata, bimbang keadaan rakannya itu, mereka mencari katak dimaksudkan sepanjang malam sehingga ia ditemui di bawah tangga rumah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Dia mendakwa, mereka bernasib baik kerana katak puru itu ditemui awal kerana keadaannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan menandakan rakannya mungkin menemui ajal pada bila-bila masa.

Sebelum itu, Hafis berkata, anak rakannya pernah bercerita mengenai beberapa kejadian pelik berlaku di rumahnya seperti mendengar seseorang mengorek tanah dan menanam sesuatu di luar rumah.

“Selepas rakan pertama itu menderita sakit perut, saya dan tiga rakan lain pula mengalami masalah sama. Kami pergi ke hospital, tapi doktor tidak dapat mengesan punca penyakit kami.

“Kami terpaksa merujuk pengamal perubatan alternatif dan kami dimaklumkan perut kami sakit disebabkan perbuatan khianat,” katanya. Hafis berkata, walaupun lebih sebulan kejadian itu berlaku, dia dan rakan-rakan belum sembuh sepenuhnya kerana bisa akibat cucukan daripada barangan kotor yang dihantar itu belum dikeluarkan sepenuhnya.

15 Responses to “>cerita bomoh siam dan santau…..”

  1. >ya Allah sampai macam tuh sekali. Ishh mudahan dijauhkan dari semua nih. nauzubillah.

  2. >orang yg buat tu dah takut dosayang dia ingat hanyalah dendam dan kepuasan duniawi

  3. >semoga orang yang santau tu akan dapat azab yang lg teruk dari Allah suatu hari nnt.

  4. >kesian diowg..harap si penyantau dapat balasan!

  5. >Lelaki Ini,ya sangat kesian kat yang terkena santau tu..

  6. >Myaby,memang akan ada pembalasan yg setimpal..

  7. >Ati Masrif.memang puan, yg buat ni tak takut akan dosa yang sangat azab oleh Allah swt nanti..

  8. >MAPPIAU,moga2 kita dijauhi semua itu..:)

  9. >salamsemoga dr jauhkan dr santau niemacam-macam cara orang guna nak balas dendam..

  10. >ya Allah, jahatnya manusia..sudah buat salah, xmahu tanggung kesalahan tp disantaunya polis2 tu semua..semoga org jahat tu diberi balasan setimpal ngan kejahatannya..

  11. >dunia akhir zaman..semoga kita dijauhi dari banda2 syirik mcm ni kan..bahaya..kenapa la ada org sanggup wat mcm nie..

  12. >napa dorang tak g santau je orang yahudi tu kalu hebat sangat

  13. >cerita dalam harian metro ni mmg pelik2 je. entah betul entah tak. semua nak sensasi je. hehe

  14. dimana saya bole dapat bomoh yang bole santau orang.

  15. Assalamualaikum…saya megalami penafasan yang busuk..mungkin kah saya terkena santau dan susah nak tidor malam..tolong bantu saya.

Leave a reply to sekamar rindu Cancel reply