>"sekamar rindu gila follower ke..? sangat pedas kata-kata ini….tetapi saya maafkan awak dunia akhirat..!

>


salam petang semua….. sebelum saya meneruskan entri ini terlebih dahulu saya memohon maaf jika entri ini menyinggung hati rakan-rakan semua. petang ini saya nak luahkan perasaan sikit berkaitan dengan komen seseorang yang singgah di blog saya..

“Sekamar Rindu ini Gila Follower ke? ..singgah blog orang sebut…” salam..singgah petang sambil follow blog awak…..***** 10000 ….( kononnya ada yang tak suka cara saya menyebut nombor-nombor yang berkenaan. Untuk makluman semua… Menyebut spt itu adalah cara saya yang saya amalkan sejak saya mengenal dunia blog lagi..kenapa sekarang ada insan yang tidak senang dengan komen saya yang beberapa ayat tu?… apa yang salahnya dengan nombor2 yang saya tulis tu…..itu hanyalah sekadar nombor…( bukan mencarut..atau menghina pemilik blog yang saya singgah..)

Buat pengetahuan anda semua…


Saya Blogwalking (BW) 300 blog dalam sehari…tulah hobi saya.. sambil-sambil baca blog orang lain tu..sebenarnya ada banyak benda yang saya pelajari..pelbagai kisah, yang menarik untuk dijadikan panduan oleh saya…selepas membaca entri di blog-blog sahabat saya akan follow blog dia orang. dan sebagai gaya saya..mcm tulah ayat-ayat saya…

  • Setiap blogger ada cara yang tersendiri.. sama ada dari segi cara peyampaian..dari segi gaya berintreksi sesama blogger yang lain..inilah cara saya…
  • Saya menjadi blogger bukanlah untuk mengejar apa2. glamour jauh sekali untuk mencari FOLLOWER yang ramai… ( KENAPA BLOG ORANG LAIN YANG FOLLOWER YANG JAUH LEBIH BANYAK MELEBIHI 10,000 TIDAK MENJADI ISU? MENGAPA SAYA DIHINA SEBEGINI RUPA?
  • Semua blog yang saya follow saya akan masukkan dalam sistem yang memudahkan saya untuk membuat apa2 rujukan selepas saya follow.. Sebagai contoh Blog A adalah follower ke 901..dia follow blog Sekamar Rindu pada 26hb Disember 2010.. semua ada rekod.. jadi nombor yang saya tulis itulah adalah rujukan saya..
  • Saya tidak pernah meyuruh pemilik blog yang saya follow.., follow blog saya….sepanjang saya menjadi blogger tak penah terkeluar satu pun ayat…yang menyuruh pemilik blog yang saya folow blog saya..nak folo ..tak pe..tak nak folo pun tak pe….yang dah follo nak unfollow pun tak apa..TAK ADA PAKSAAN..!
  • Sepanjang saya jadi blogger tak satu pun ada ayat-ayat yang kasar..sama ada dalam bentuk guruan dan yang lain-lain ( berdasarkan pengamatan saya secara sedar) jika ada saya terkasar bahasa, yang mungkin secara saya tidak perasan, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf…
  • Seperti yang saya nyatakan blogging adalah hobi saya..selepas penat lelah sepanjang hari mendidik manusia agar menjadi insan yang berguna..di sinilah tempat saya untuk melepaskan segala tekanan/penat lelah…tetapi sebagai manusia kadang2 kita semua ada perasaan..ada juga rasa kecewa apabila dikatakan mcm-mcm..
  • Sebelum ini, ada yang komen yang dengan menuduh blog saya ni sudah dijual kepada orang lain gara-gara cara penulisan saya dah berbeza katanya…wah..sampai mcm tu sekali ada yang perasaan…Buat pengetahuan semua..blog ini masih kekal pemiliknya.. tak dijual kepada sesiapa pun..dan satu lagi…untuk sekadar bertanya..berapa sen blog saya ni laku kalau dijual? saya tidak pernah terfikir ada yang komen mcm tu…
  • Akhir sekali saya..sekali lagi memohon maaf kepada setiap sahabat2 blogger saya..seandainya saya ada membuat sebarang kesalahan..sebagai seorang hamba Allah swt yang serba kekurangan..saya tak terlepas daripada membuat salah dan silap..
  • kepada yang menyatakan saya gila follower tu…saya maafkan awak dunia akhirat..
  • dulu saya dah padam blog gara-gara komen2 yang sebegini…saya harap perkara lalu tidak berulang..

terima kasih banyak..

46 Responses to “>"sekamar rindu gila follower ke..? sangat pedas kata-kata ini….tetapi saya maafkan awak dunia akhirat..!”

  1. >sabar je lah ok..biase la rmy yg dengki2 ni..

  2. >Manusia bermcm ragam. kerana sesuatu mudah membuat tuduhan.. Apa-apa pun harap sekamar rindu stay in cool.. Buat bodoh je kat depa2 ni.. tak membina langsung..

  3. >sbrla ye..mgkin dia xsenang ngan cara kamu..abaikanla komen2 yg xmemberangsangkan begitu..yg pntg kita ikhlas dlm berblogging, bw, n jgk ikhlas dlm follow teman2 bloggers lain..keep doing what u love to do..abaikan bnda yg xsepatotnya..ok?=)

  4. >sabar2….nie lah asam garam dunia blogger… masing2 ada cara tersendri.. jus be ur self.. jgn giveup okey

  5. >abaikan sj komen2 begini … jalan terus!!!

  6. >hish..ade gak yg mcm tu..wat x tau je la..even komen dye agak pedas kan..peduli kan dye sbb ramai lg blogger yg reti hormat blogger..haa,paham x ayat neh?hehe..

  7. >sedihnya.. knpa hdup ni ada je yg nk dengki tk nk kta hdup hppy?? em,sabar yep

  8. >as salam…abaikan sajer org2 yg suke mcari mslh utk hal sekecil itu…'yg pntg…ape yg dibuat bkn satu keslhn…=)

  9. >kalau mulut orang,bukannya kita boleh tutup,kan?inikan pula tangan,takkan nak hentikan dari menaipbiarlah apa orang kata asalkan pemilik blog ni happyanyway,sy suka blogwalking sini sebab entries yg menarik πŸ™‚

  10. >wah.. isu baru bab folo molo yang nih… hehehe…mungkin orang tu baru lagi dalam dunia blog ni.. mungkin dia fikir dengan followers anda lebik 2k tapi masih lagi buat begitu… mungkin orang fikir anda seorang yang gila follower.. maaf.. sekadar pendapat.. :)kepada anda… jangan berasa kecik hati πŸ™‚

  11. >SR,,dunia ni ada ramai yang berpangkat PhD.Jadi SCC harap SR tak delete blog ni gara-gara komen pedas tu.dia jeles la tu.p/s: law SR da xde, SCC dah xdpt la nk tgk citer2 pelik ! huhuhu

  12. >salam alaik akh,hehe..ade jgk ek org jual beli blog..mcm2..dengki x abis2.. manusia2..die penat nanti die stop la tu..sabar byk2 k.sejak sy kenal SR (since AL blog lg) sy mmg x de masalah. Anda adalah seorg sahabat blogger yg baik ^_^p/s : biarkan kita dgn cara kita selagi x susahkan org n tak langgar syara'..

  13. >Takpe.. Awk jgn ambil hati dengan orang macam tu. Orang jenis yang macam tu ialah orang yang mendengki dengan kesenangan orang. Harapkan awk bersabar dan dapat teruskan berblog macam biasa. =)

  14. >sabar jela . .pape p0n , sekamar rindu tetap best πŸ™‚

  15. >Buat x tau sudah lah bro..Jangan kecil hati sangat..Semuanya adalah adat dalam setiap apa yang kita lkukan..Ada org yang akan bg sokongan dan ada pula yang mngkritik..Tapi saya nk ucapkan syabas kalo dah ada yang komen tentang gaya penulisan yang berbeza..Dr segi positifnya beliau yang bg komen mcm 2 adalah pembaca setia awk..Jd awk kena berbangga sbb ada pembaca setia..Pembaca setia lah yang kita mahu cari..Kuatkan hati dan jangan mengalah k bro?..

  16. >abaikan je la orang itu.dia jeles kot sebenarnya

  17. >sabarla…tuhan sdg uji kesabaran awak…stay cool ok..keep blogwalking…yang negative2 ni…campak dalam bakul sampah je.. =)

  18. >takper lah.. suka hati orang nak tulis aper… bukan senang nak puaskan hati semua orang… jadi teruskan minat/hobi awak sebagai seorang blogger.. semoga terus success…

  19. >ada yang tak senang dengan blog sekamar rindu! sabar je la yerr…die tak kemana!anda teruskan berblogging k..ignore mereka2 yang tak senang dengan kedudukan awak..

  20. >sabar . biase la tu kalau da d kenali ramai . jgn tension2 . keep it up ! teringin nk punyai bnyk follower mcm awk πŸ™‚

  21. >haih…tak paham dengan sesetengah orang ni..sekamar rindu, sabaq la nowh.. adat manusia ni memang macam ni..

  22. >Salam dik,bukan semua orang faham & dapat terima cara adik agaknya. padahal akak tengok tak pernah la pulak adik berkasar bahasa atau memaksa. sabarlah ya.

  23. >huh?? org tuh ckp abng sekamar rindu giler?? eseymen.. ta patut la~…emm bg dayah ta da ape2 pon.. no tuh.. mybe insan tuh pikir da jauh kot heee :PP

  24. >tak perlu padam blog… sy suke singgah sini πŸ™‚

  25. >SR,adatlah dalm reramai tu, ada yang tidak suka dengan kita… biarkan lah dia, dia mungkin cemburu sebab tidak berupaya melakukan seperti yang SR lakukan..ibu, sokong cara SR, rasanya belum jumpa lagi blogger yg sanggup membuat semua list blog yg diikuti/disinggahinya…. good job tandanya SR menghargai blog yang SR ikutiibu juga banyak follow blog lain tapi x tersenaraikan di blog list ibu… jgn ambil hati, anggap itu teguran yg membina

  26. >sbr ae kak.. biase lah kak.. manusia..

  27. >salam SR… harap bersabar.. saya tau SR bukan gila follower.. jgn di pedulik komen2 sebegitu.. agaknya individu tu jeles dengan penulisan SR…

  28. >tu dia…biasalah dalam hidup..dunia politik lagi pening ..

  29. >Salam dari kakak,yang rendah itu bukan untuk dipijakyang tinggi bukan untuk didongaklembutkan hati terima segalajangan berundur kerananyaberdiri bukan angkuhtunduk bukan bodohbertafakur dan redhaAllah melihat semuanya….

  30. >lah… sape yang cakap camtuh?? mesti anon2 kan… ishk2…

  31. >Sabar Jer lah..Freedom of speech kan…hehehehe

  32. >To Sekamar rindu,Terkejut saya baca entry ni..tapi tak pe..harap awak jangan peduli sangat apa orang lain nak kata/tulis..Yang penting awak bahagia dengan cara awak.. teruskan menulis dan teruskan hobi blogwalking tu..Ok..

  33. >sabar je ok. hati manusia mmg tak akan pernah dapat dipuaskan.

  34. >sabar lerh yer..pasti ada sbb knp urnk 2 mcm 2…sabr e2 kan pnting…have a nice day

  35. >salam..biarkan jer la apa org nak kata awak..yg penting niat kiter tuhan tau…just take it easy..anggap jer sebagai pembakar semangat untuk lebih berblog…

  36. >biasa laa..sometimes ade org yg salah anggap cara kita..don wori yg pnting kita tau siapa diri kita πŸ™‚

  37. >alahai dik oii..biarla apa org nak ckp..nama pun blog kan..blog kita..so suka hati kita la nak ckp or citer apa pun.. dorang tak puas hati biarla…komen2 camtuh takyah di publish.. bila ada hati kotor kita takyahlayan.. nati hati kita kotor sama…

  38. >pedulikan ape orang nak kata.. asalkan kita happy beblogging.. niat itu yang paling utama… πŸ™‚

  39. >kejam betul sape yg komen tu..kalau saya pun terasa hati..aishh :(sekamar rindu..sy nak tanya boleh? SR follow blog org len ade limit tak, saya pny blog boleh follow 300 blog je..kenapa ye??

  40. >bukan senang nak puaskan hati semua orang…la tahzan ya akhi… πŸ˜‰

  41. >sabar la yea cekgu, jangan di layan sangat kerenah manusia nih, biasalah tuh bile kite baru nak naik mesti ade yang iri hati kan. Saye harap SR rindu akan terus berblog seperti biase, suke bace entri2 di sini :))

  42. >x semua oranng dengan setiap perbuatan kita, so hadapilah ia dengan hati y terbuka. semoga makin gagah untuk berblogging =)

  43. >sabar yer sr.kat dunia ni mmg susah nak puaskan hati semuaorg..sbb semuaorg berbeza-beza.

  44. >Sekamar rindu…Tabahkan hati,biarlah org nak kate ape pun…janji awak tau nawaitu awak…saya rase terharu tau…sbb atas kerajian BW.. awak antara org terawal yg follow blog sy yang sebarapa tu…:)..TQ

  45. >ermm biasa la..mmg ade pon org macam tu…xsng tgok org ramai follower kot..biarkan je org macam tu..xyah layan…:)

  46. Assalammualikum saudara sekamar rindu…saya follower 'baru' baca entri ini sebentar tadi…hehehe, maaf mencelah di sini…di sini, saya sekadar ingin mnyatakan agar saudara tabah dan sabar di atas segala ujian dan dugaan hidup ini…bagi pendapat saya, pedulikan apa orang nak kata tentang kita…terkadang hidup ini sememangnya memerlukan 'pengkritik'…anggaplah pengkritik itu untuk membina…kerna sememangnya si pengkritik itu tahu kita boleh buat LAGI TERBAIK daripada itu dan disebab itu kritikan itu 'diutarakan'….terkadang kecemburuan si pengkritik jua mjadi punca di atas keluarbiasaan BLOG SEKAMAR RINDU…..walau apa pun saya mendoakan agar saudara sentiasa maju jaya hendakNya di atas apa jua bidang…selamat maju jaya sekali lagi..!!!dan untuk makluman, saya suka follow blog saudara dan baru berjinak-jinak ke dunia 'blog sekamar rindu'…begitu banyak info di sini…terima kasih atas segalanya..!!

Leave a comment