Archive for March, 2011

>Pengalaman paling pahit..tersilap rumah kenduri kahwin…

Posted in Pengalaman paling pahit..tersilap rumah kenduri kahwin. on March 31, 2011 by sekamarrindu2009

>

tersalah pergi makan kenduri adalah pengalaman yg paling tak dapat saya lupakan hingga ke hari ini….malu bukan kepalang…pendek kata merah la muka menahan malu..
kisahnya bermula..apabila seorang rakan guru mempelawa saya hadir ke tempat kenduri kawan lamaya di Tampin, Negeri Sembilan setahun lebih yang lalu..
saya kesian kerana jarak Seremban ke Tampin, melebihi 26km, eloklah saya temaninya..
nak jadikan cerita…..
dalam perjalanan ke Tampin, beliau menyatakan dengan yakin, tahu lokasinya…saya ikut saja..sebab ini bukannya kwan saya..
40 minit memandu, maka sampailah di sebuah taman perumahan di Tampin,..
” betul ke sini ni….” tanya ku…
” ala..cuba tengok2 kan papan tanda di sekitar jalan ni..kot-kot ada..” kata kawan saya..
10 minit mencari maka terjumpalah.. tempat yang dituju.. apa lagi..kebetulan orang yang datang masih belum ramai…perut pun tengah lapar…
terus masuk ke khemah, dan mengambil makanan…..dan makan..
” best betul laa lauk..kan….” tiba-tiba kawan bersuara..
saya hanya diam, saja…. malas nak layan…orang dok tengah makan, kwn saya tu lak dok tanya mcm-macam..
Lepas makan, adalah pelayan datang membawa cenderahati buat saya dan kawan saya…..mcm biasa.mcm tempat2 lain juga…
tiba-tiba saya bertanya..”
” Ziz, mana kawan kao nya??” tanya aku..
” entahlah…aku pun tak nampak, yang peliknya…mana kawan-kawan yang lain ni?? takkan tak sampai2 lagi..” kataku.
sebenarnya beberapa kawan lain tu dah bertolak awal sikit daripada saya…
“untuk kepastian saya call kawan saya…”
” kau kat mana ni..? lambat nya sampai..” kataku..
” kat mana apa nyaa… makan kenduri laaa..” jelas kawan saya tu..
” tak nampak pun.., mana?”
“Alamakkkkk…dah tersilap rumah laa.. [ pada masa tu, ada 2 kenduri ada di tempat yang berhampiran…”
Tiba-tiba datang pakcik ke meja tempat saya dan kawan makan..
” encik berdua ni, di pihak pengantin lelaki ke..?”
“….pakcik…sebenarnya saya tersilap makan kenduri, nak pergi kenduri rumah kawan saya, cikgu Azizul,” jelas kawan saya tu..
” ooo..cikgu Azizul?…depan lagi rumahnya….. tak apa2.. makan-makan..tak ada masalah….
kulihat pakcik tu mcm senyum2…..aduuuh….malunyyyaaaaaa..!
selepas meminta maaf, dan menghulurkan wang, saya apa lagi terus blahh laaaaaa…nak tunggu apa lagi…
adusssssss…memang memalukan..!!!!…bila ingat peristiwa ini..saya pasti tersenyum …
p/s: Moral..: Mcm nilah yang berlaku apabila lokasi kenduri ada 2 tempat -pada hari, tarikh, masa yang sama….dan yang datang pulak…time tengah lapar….”

akibat peristiwa ini…..saya sejujrnya sangat rasa malu…! nasib baik hadiah belum bagi lagi..kalau tak tak tahu laaaaaa…:))

Advertisements

>jatuh cinta pada senyuman wanita ini..

Posted in jatuh cinta pada gadis ini.... on March 31, 2011 by sekamarrindu2009

>

Lihatlah ..wanita ini dengan keadaannya seperti itu masih tetap tersenyum……benarkan senyuman petanda.. bahagia??….. hidup ini walau sesukar mana pun…..walaupun sepahit mana pun…tetap diteruskan….
Seperti musim yang terus meruntuhkan hujan tanpa bosan
Cinta yang ternoda selalu renta mengirimkan airmata
Kesetiaan tergulung ngeri kerana awan memenuhi hari
Lautan sunyi para nelayan memutus mimpi, camar sendiri

Seperti musim yang terus menangis dengan wajah sepi
Harapan bersama telah hanyut terbawa arus mungkin pupus
Hendak menggapai, galah di perahu tak cukup panjang untuk diraih
Lautan sepi, batu-batu menjadi mati mengingkar janji, sunyi

Seperti musim yang terus melahirkan kelabu tanpa ragu
Mac yang resah membuat kita saling terpaku ..
Arah haluan terasa suram sama gelapnya berlayar malam
Penanda arah terlanjur padam lantaran hati remuk-redam
Kau menuju karang aku terhantam taufan, sama juga karam

Berharap siang awan gelap tak bosan menghadang, nasib malang
Lelaki ikan atau perempuan karam sampai kapan melarung sayang
Mencuri perawan sama saja mendulang awan, bayang-bayang
Janji-janji menjadi basi menanti mati sebentar lagi, bisa pari
Aku melangkah ke titik yang paling sepi hari ini…

>Alhamdulillah…..dah lulus temuduga DG41

Posted in Alhamdulillah.....dah lulus temuduga DG41 on March 30, 2011 by sekamarrindu2009

>

Alhamdulillah…syukur semalam dah dapat keputusan temuduga saya…….” telah diperakukan untuk jawatan tetap” Entri temuduga di SINI
siksanya…untuk lulus temuduga ini…….terima kasih pada abang dan ayahanda saya yang tak putus-putus mendoakan saya…
p/s:…sempat update blog wp 2.,30 nanti ada majlis besar di sekolah saya…..

>Aktiviti Hari Ini: Mesyuarat Agung PIBG Sekolah..

Posted in Aktiviti Hari Ini: Mesyuarat Agung PIBG Sekolah. on March 30, 2011 by sekamarrindu2009

>

Hari ini jam 3.00ptg akan diadakan Mesyuarat Agung PIBG kat sekolah, sebagai setiausaha PIBG, saya dah siapkan semua kerja 1 bulan lebih awal..( walaupun sibuk online dan update blog tetap update) agak sibuk hari ini…. ada kerja yg dah selesai..tapi saya akan pastikan semua perjalanan Mesyuarat hari ni berjalan lancar.
  1. Surat Jemputan YB dah selesai
  2. Surat jemputan ibu bapa/penjaga- ( mengumpul usul)
  3. Surat PPD- selesai
  4. Buku Program dah selesai.
  5. Surat semua AJK PIBG, notis mesyuarat
  6. Penyelia jamuan untuk VVIP dan ibu bapa, ( jamuan VVIP lemang, rendang ayam kampung 10 ekor, roti jala. kuih muih,
  7. PA sistem- sudah selesai
  8. Menyediakan butiran2 lengkap mengenai Koko untuk ucapan GB
  9. Memberi taklimat kepada pengawal keselamatan, bagi melancarkan traffic ( ramai ibu bapa penjaga akan hadir)
  10. Berjumpa dengan Ustaz, ( doa permbuka majlis)– menginagtkan kembali
  11. Berjumpa dengan AJK Cenderahati – (untuk diberikan kpd YB dan PPD)
  12. Menyelia Dewan, backdrop, hiasan bunga, pentasdll
  13. Melihat persembahan, membetulkan apa yang patut- untuk persembahan pelajar, koir “Lagu Insyaallah” dan “Dancing Queen”.. sebulan untuk saya melatih ni.
  14. Bertemu dengan Pencatit Mesyuarat-( bagi buku pencatit Mesyuarat, bagi taklimat sikit..)
Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan saya hari ni….semoga perjalanan mesyuarat hari ni berjalan lancar…….saya gembira sebab kerja dan tanggungjawab yg diamanahkan sudah selesai…cuma satu..
p/s:…sebujur rindu ikhlas menunggu…aku padamu sepenuh kalbu……pernah ku katakan padamu, bahawa aku ingin, menyelam di laut biru untuk mengambil mutiara yang akan ku simpan di hatiku.. pernah ku katakan padamu…akan ku melawan badai, segalanya untukmu.. rumah kita sepi….

>Gadis bertudung cari kerja untuk mencuri

Posted in Gadis bertudung cari kerja untuk mencuri on March 30, 2011 by sekamarrindu2009

>

SHAH ALAM – Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.

Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini.

p/s: tudung hanya hiasan saja..
sumber: Kosmo 30hb Mac 2011

>jantung bulanku

Posted in jantung bulanku on March 29, 2011 by sekamarrindu2009

>

kutikam perlahan-perlahan
jantung bulan
yang ku sayang

>Ini surat penghabisan kutulis dari laut

Posted in Ini surat penghabisan kutulis dari laut on March 29, 2011 by sekamarrindu2009

>

Ini surat penghabisan kutulis dari laut

Penanda luka dari tubuh terlapuk waktu

Musim menikam, rindu meradang, aku pulang