>Sekadar Pertanyaan: Bagaimana nak pujuk kalau suami merajuk..??

>

Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan memang ada perasaan merajuk. Merajuk biasanya terjadi apabila seseorang memendamkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap orang yang rapat atau baik dengannya. Reaksi muka dan tindakan akan ditunjukkan seiring. Apakah tanda-tanda awal seseorang lelaki merajuk? Anda selidiki tanda-tanda di bawah dan jika salah satunya ada pada si dia, maknanya si dia sedang merajuk dengan anda.

Antara tanda-tanda lelaki merajuk ialah:

1) Diam seribu bahasa

Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.

2) Buat tidak tahu

Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.

3) Menolak untuk keluar atau makan bersama

Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.

4) Bermuka masam Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yangs sedang merajuk.

5) Baca surat khabar

Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.

6) Menonton TV

Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.

7) Keluar rumah tanpa memberitahu Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.

8) Matikan telefon bimbit

Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang. Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.

9) Tidur di bawah katil

Ada sesetengah lelaki apabila merajuk pasti tidak mahu tidur sekatil dengan isteri. Biasanya, apabila dilanda perasaan marah atau merajuk, si suami akan berpindah ke bawah katil dengan hanya membawa sebiji bantal tanpa selimut pun..adakah suami anda begitu..?? hmmm…renung renungkan lah..

mcm mana nak pujuk kalau suami merajuk…??????

32 Responses to “>Sekadar Pertanyaan: Bagaimana nak pujuk kalau suami merajuk..??”

  1. >minta maaf jela…laki mudah cair dgn kata2 maaf wanita…apatah lg itu org yg dsayangi..

  2. >salam SR!wah. topik hangat ni.. lau z laa kan.. pujuk dgn care sentuhan.. mksdnye, pegang tgn die, pndg mata die & say sorry to him dgn lembut.. Biar ungkapan maaf itu smpai di jiwanya & memaafkan dgn penuh keikhlasan.. ataupn, buat surprise utk die.. masak mknan kegemaran die & lakonkan kembali sperti lepas bru kawin.. sume org ade carenye tmsuk z sendiri.. hehehe😉

  3. >walaupun saya belum kawin.. saya setuju dengan kata-kata Qistina..

  4. >1st: kena la mintak maaf dan mengaku kesalahan diri.. yang penting buat muka bersalah.. mesti cair punya…2nd: nak pujuk suami.. kena la pujuk perutnya dulu.. masak makanan kegemarannya.. mesti cair punya3rd : goda kembali suami anda.. pakai la cantik2.. lagi bagus pakai baju yg suami tak pernah lihat… make up cantik2 dan ehem2.. 18sx.. mesti cair punyahehe😀

  5. >sain surat kebenaran kawin lagi satu ..mesti dah tak merajuk … boleh gitu?lelaki cepat cair dengan perempuan … biasanye lelaki merajuk tak lama …. last last dia yang pujuk diri sendiri

  6. >org lelaki kalau merajuk..suka dipujuk-pujuk & dimanja-manja:)

  7. >senang saja mau pujuk… kata org2 tua, bagi yh=g kat atas dan kat bwh tu cukup2..mesti ok punya..malah tersenyum simpul lah dia..petua yg selalu diamalkan..ok tak cadangan tuuuuuuu.?

  8. >hahahhaa..comelnya law tgk laki mrajuk,,mcm budak2 ^^hehe..tidur bawah katil??hahamati2 SCC ingtkan tido kt BAWAH katil yg bhabuk tuh..knpe tak ckp tido kt lantai jek??hihi

  9. >pujuk aja abis citer

  10. >pujuk aja abis citer

  11. >kiutnyerrr lah klu lelaki merajuk,yg pasti suami la,.hehe,..erm,cre nk pjuk?,.CN xde pnglman lg,.boley kot try ckp baik2,bg hrpan sket,.erm,xpon tggu die rede lah snng cite,.haha,.CN xreti nk pjuk,.huhu

  12. >laki majuk?? saya xkan pujuk…wakaka…:P

  13. >kalau laki majuk, ajak dia g makan je ok x? hehe

  14. >minta maaf dan peluk jer..heee lelaki mana lah nk marah bini lelama..

  15. >puanbee,oo mcm tu ek…minta maaf dan peluk ek..?..baru tahu..hehe

  16. >Cikbelog,ajak makan? kalau dia masih majuk juga mcm mana??

  17. >Cik Ika Toppo,nanti awak majuk suami wat hati kering la nampaknya….hehe

  18. >HATYCIKNUURUL,kiut yaaa…..hehe..yg pasti kena tunggu dia cool dulu kan?

  19. >tanpa nama,bagus..pujuk satu cdgan yg baik.

  20. >icomot-comel,hehe..tido bwah katil wat gapo..nyamuk banyak tuu…hihihi

  21. >Tanpa Nama,bagi kat atas dan kat bawah apa nya.? kurang jelas laa..hahahahaha

  22. >wida,mcm tu ka…??..tak tahu la pulak..:)

  23. >eyna azmi,kalau buat mcm ni..gerenti suami senyum sampai ke telinga…boleh sangat laaa..hahas

  24. >Azroy Bin Kassim,1st: kena la mintak maaf dan mengaku kesalahan diri.. yang penting buat muka bersalah.. mesti cair punya…2nd: nak pujuk suami.. kena la pujuk perutnya dulu.. masak makanan kegemarannya.. mesti cair punya3rd : goda kembali suami anda.. pakai la cantik2.. lagi bagus pakai baju yg suami tak pernah lihat… make up cantik2 dan ehem2.. 18sx.. mesti cair punyap/s..best komen awak ni..:))) pujuk perut dulu…mcm ada tertiggal je ..:)

  25. >adan,adan..bila dah kwin nanti tahu laa..

  26. >cujie,wah….betul2 akan cair ni…kalau dah pandang mata .

  27. >Qistina Sumaiyabetul.yg penting..minta maaf..:)

  28. >tgk mood kot.. kalau si lelaki merajuk sebab kesalahan kita..maybe akak akan pujuk..tapi kalau dia saje suka2 nak merajuk..lantak pi la..buang masa jek..

  29. >stakat nih kalau suami saya merajuk saya hanya minta maaf bila sebelum tidur. itu lebih baik kerana marah suami mmg tak lama mcm perempuan. mereka senang dipujuk…

  30. >rugi laaa kalau lelaki merajuk. ha..ha.. gua angkat kening je! he..he.. melawan tu.

  31. >bila suami sya merajuk dia pilih utk tidur d tmpt lain…selagi kehendaknya tak d ikut (walau sudah saya terangkan perkara logik knapa saya menolak) perkara ini boleh berlaku berbulan2 lamanya malah bertahun…sehingga saya rasa tertekan dan hilang perasaan terhdpnya. mental & batin amat terganggu..😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: