>Setiap hari anak doakan ayah cepat mati…[ geleng2 kan kepala ]

>

PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu.

Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.

Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.

Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.

Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.

“Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.

“Biarlah kami dengan dunia masing-masing sebab ayah sudah mewasiatkan kepada saudara mara tidak membenarkan saya menyentuh atau melihat mayatnya jika dia meninggal dunia kelak,” katanya kepada Metro Ahad.

Dia berkata, punca perselisihan faham disebabkan sikap panas baran ayah sejak muda hingga kini.

Sejak kecil, dia sering dipukul dan dimaki hamun meskipun kesalahan dilakukan hanya kecil.

“Saya tidak rapat dengan ayah kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu. Mana mungkin saya mengadu masalah bersama ayah yang baran tidak kira masa.

“Jika anak tunggal lain, pastinya mereka disayangi dan ditatang bagai minyak penuh, malangnya situasi itu tidak pernah terjadi kepada saya.

“Saya masih ingat sewaktu kecil, arwah datuk dan nenek (sebelah ayah) pernah bergaduh hingga menggunakan senapang selain mengeluarkan perkataan tidak sopan, dan sikap itu mengalir dalam tubuh ayah,” kata ibu kepada empat cahaya mata lelaki itu.

Menurut Sara, sikap ayah yang tidak boleh menerima pendapat orang lain dan merasakan diri selalu betul sungguh berbeza dengan sikap arwah ibu yang sentiasa sabar dan tenang.

“Tiada anak yang tidak sehaluan dengan bapa kandung tanpa sebab. Kadangkala kita terlepas pandang perkara remeh hingga tidak sedar kita membuatkan orang lain kecewa.

“Pernah saya diugut ayah jika buku laporan peperiksaan ada dakwat merah, dia menyuruh saya makan habuk buku selain dirotan hingga meninggalkan birat di punggung,” katanya kesal dengan sikap bapanya.

sumber: harian metro: 13hb Mac 2011

31 Responses to “>Setiap hari anak doakan ayah cepat mati…[ geleng2 kan kepala ]”

  1. >nak salahkan sapa pun tak tahu….

  2. >urm…sampai macam tu skalitapi bapa nyer pun …ntah la…susah nak cakap sebab x berada kat situasi tu Dia kata saya cantik TAPI saya…"Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker"

  3. >susah keadaan ni. tapi kalau tak silap, kita kena sentiasa mendoakan yang baik dan berlaku baik pada ibu bapa melainkan mereka kafir & memerangi Islam. mungkin Sara ni da lama memendam sampai takde apa melainkan benci dalam dirinya.

  4. >tak tahu nak salahkan siapa ..tapi sebagai anak … sejahat mana pun ayah @ ibu ..kita kena mendoakan yang terbaik untuk mereka …

  5. >dunia..dunia..tanpa bapa kita tak lahir di dunia…maybe pompuan ni dari kecil pandai cari makan sendiri..dari dia kecil bapa dia tak kerja untuk beri makan ka?

  6. >baca gak metr0 td…geleng kepala jugak..

  7. >salam..kesian ank tu..tp papepn die xleh bertindak sedemikian..buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..mintalah semoga ayahnya sedar akan kesilapan lalu dan berubah..

  8. >bapak pun salah gak .,.,,anak dah bapak kite adui susah la ek

  9. >seteruk mana pun ayah..dia lah yg mbolehkan kita merasai dunia..

  10. >geleng kepala jua bila baca paper tadi..huhu

  11. >susah kalau kita sendiri berada kat situasi anak dia.doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

  12. >tak reti nak cakap apa kalau dah keadaan macam nie..

  13. >kita taktau apa ada dalam hati dia yg sebenarnya…

  14. >ape doakan bapak sendiri macam tu,, tah2 bapak dia senyap2 doakan yang terbaik untuk anak dia. masuk suratkabo plak. bangge pe? huh

  15. >anaknya berdendam.. tapi tak tau juga siapa yg betul.eh! lagu favorite kita sama ye :http://adzriel.blogspot.com/2011/03/ribaibaru-syahdu-betul.html

  16. >Adzriel AB,walauapaun..mendoakan agar ayah mati suatu perbuatan yg tidak baik..ya ke.?..lagu sama..good.

  17. >cik sakdi,walau apapun masalah..si anak tak patut buat mcm tu

  18. >kak Kaseh,betul…kita tak tahu…

  19. >Anis Adila Aris,hmmmmmm….

  20. >Cikbelog,ya..moga dapat diselesaikan segala kekusutan ini…

  21. >Cik Ika Toppo,moga dapat diselesaikan dgan cara baik..

  22. >dyg,betul..tanpa ayah..kita tak akan ada di dunia ini..

  23. >cokolatcinta,ya..dua2 salah tapi kesalahan si anak agak kurang elok…

  24. >tot tot kecik,memang kesian..tapi si anak perlu hormat kepada ayah..

  25. >solo molo,ya..berita ini banyak memberi pengajaran pada kita semua..

  26. >adan,dunia yang semakin hampir ke penghujungnya..mcm2 berlaku..

  27. >eyna azmi,betul tu puan eyna..saya setuju sangat..

  28. >heliantuse,dalam agama, kita ( lebih2 lagi si anak) perlu menunjukkan sifat yang baik..hormat pada ibu dan ayah..wp ayah kadang2 tak setuju dengan kita dalam beberapa perkara..

  29. >Princess MOMOY,ya..betul tu..berat mata yang memandang..berat lagi bahu yang memikul..

  30. >AZRUL AZMI,hmmmmmm…..:)

  31. >rase bersyukur sgt sebab ada keluarga yg aman & hepi.. xley nk bygkn kalau ade kat tmpt dia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: