>SEGMEN APA KATA CINTA….

>

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Blogger Di Blog Kisah Gadis Semasa dan Blogger Cik Sakdi kerana dua orang sekaligus telah meng Tag saya.. saya terima dua tag … so….terpaksa jawab jugalah untuk dua-dua sekali…dalam SEGMEN APA ITU CINTA?? Yang Dianjurkan oleh Blog Pilihan Hati ( Al-Hakim)


Sebenarnya segmen APA KATA CINTA?.. agak berat untuk dikupas. namun saya akan jelaskan dari sudut pandangan saya, apa itu cinta….
Definisi cinta sebenarnya sangat luas..dan Allah SWT telah memberi rahmat serta cintaNya kepada seluruh alam ini, kepada semua benda yang ada di alam fana ini berkait rapat dengan Cinta-Nya..Berfokus kepada kita sebagaai manusia pula, Cinta ialah tiada batasanya. Saling memiliki tanpa syarat selagi ianya tidak keluar dari lunas-lunas agama serta hukum hakam agama islam yang suci itu.
Sebelum dikupaskan secara lebih medalam berkaitan dengan cinta, saya ingin menjelaskan beberapa jenis-jenis cinta..


  • Cinta Romantik—–> biasanya aspek fizikal diutamakan, cinta pandang pertamalah konon-kononnya. Selalunya cinta dalam kategori ini adalah percampuran emosi, keasyikan dan dan sensitifviti yang kuat antara pasangan.
  • Cinta Suka-Suka—–> Selalunya digayakan oleh individu yang tidak mahu ada komitmen apa-apa, Individu jenis ini bercinta hanya sekadar untuk suka-suka, ingin melepaskan boring saja..konon-kononya..dan langsung tidak mempunyai perancangan jangka masa panjang dengan pasangan ( perlu berhati-hati jangan terjebak dengan orang yang jenis ini.)
  • Cinta Sahabat——–> Individu dalam jenis ini, lebih menumpukan kepada perkongsian aktiviti berbanding emosi. Mereka yang berada dalam kategori ini biasanya sangat jarang merajuk..( sebab dia tahu..kalau merajuk pun tak akan ada yang nak pujuk2 pun..), juga jarang ada perasaan cemburu. ( sahabat baik la katakan. dan jika berlaku apa2 perpisahan, cinta jenis ini tidaklah memberi kesan besar sangat kepada pasangan yang terlibat..
  • Cinta Gila——-> Individu jenis ini berada dalam suasana yang terlampau-lampau dalam bercinta., cemburu buta dan selalu mengongkong pasangan.
  • Cinta Logika ( bukan magika filem tu ek)——–> Cirinya praktikal dan realistik. Individu yang bercinta dalam kategori ini sering memikirkan keuntungan peribadi. Mereka selalunya mahu pasangannya sama taraf dengannya..
  • Cinta Terkorban—–> Selalunya individu yang berada dalam kelas ini, tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada insan yang dicintainya, sedia memaafkannya. Mereka dalam golongan ini selalu inginkan kebahagiaan pasangannya berbanding diri sendiri.. Contoh.Suami sanggup kerja lebih masa, untuk dapatkan duit bagi membeli hadiah rantai emas buat isterinya..
Begitulah beberapa jenis-jenis cinta yang selalu ada dalam masyarakt kita, yang mendatangkan kebahagiaan atau kesengsaraan bagi sesiapa yang mengalaminya. Semua adalah pilihan masing-masing. Tetapi kadang-kadang tertanya pula di manakah cinta sejati yang menjanjikan kebahagiaan itu?.. Selagi anda masiih disebut sebagai insan yang jauh daripada kesempurnaan, maka kita semua pasti tidak akan memiliki yang terbaik, melainkan di syurga Allah SWT di mana Kekasih-Kekasih Allah SWT yang diciptakan untuk ahli syurga adalah pilihan yang sempurna

Cinta yang paling best ialah cinta dua insan apabila telah disatukan melalui ikatan perkahwinan. dan kita sebagai hambanya perlu selalu mengharapkan rahmat Allah SWT, agar cinta kedua-dua pasangan tersebut sentiasa mekar dan subur. Kerana apa?? kerana hanya rahmatNya sajalah yang menyatukan dua hati, menjaga dan melindungi daripada kejahatan makhluk? Siapakah yang melembutakan hati suami bagi menahan sabar saaat menghadapi kerenah seorang isteri jika bukan Allah SWT, Siapa pula yang meruntuhkan ego isteri ketika merajuk kalau bukan sentuhan rahmatNya.
Persoalan yang belum dijelaskan ialah Apakah maksud Cinta yang sebenarnya??? Cinta ialah terlalu abstrak untuk diperjelaskan. setiap orang mungkin ada definisi yang tersendiri.,..Ada sestengah orang sanggup mati kerana cinta.. Cinta juga sebuah legenda…legenda yang tak pernah selesai sehingga ke hari kiamat…dan cinta juga rumit serta dalam maknya… Cinta juga adalah pengorbanan, keredhaan.. kadang2 sesetengah individu mengandaikan cinta umpama pelangi.. Sangat cantik pelangi, penuh warna warni, tetapi terkadang2 kecantikan itu tak semua orang boleh memilikinya.. itulah alam yang indah di bumi Tuhan ini mengajar kita erti kecewa,..
mungkin ada yang kurang faham lagi kan??.,,memang susah nak dijelaskan sebab makna cinta ini sangat luas sekali…
Kita tidak perlukan definisi cinta yang sedalam-dalamnya untuk menghuraikan sedalamnya cinta…seperti jugalah kita tidak perlu penjelasan keterikan cahaya mentari yang kita rasakan teriknya…terasa panasnya…
saya akhiri segmen ini dengan puisi berikut :

Bahagia ada di kalungan bunga

Dipetik pujangga puisi

Dirangkai menjadi kata

Dijual di pasar cinta


Bunga bahagia dibeli pemuja cinta

Diselit di rambut kesuma dewi


Harum bunga

Disebar pawana malam

Rohnya dihirup pencari hati

Yang tersesat di antara pasar cinta dan keramaian

Pujangga puisi, pemuja jiwa dan pencari hati

Mereka merangkul bahagia

Pada malam keramaian

Di pasar cinta


sr….
saya dengan ini mengtag dua orang:
Kak Kaseh dan Blog Keluargaku Syurgaku

48 Responses to “>SEGMEN APA KATA CINTA….”

  1. 😡 apa kata cinta… akak rasanya tiada cinta dalam hidup akak sekarang nih.. tapi insyaALLAH nati akak buat tag ni ya..thanx SR…

  2. 😡 apa kata cinta… akak rasanya tiada cinta dalam hidup akak sekarang nih.. tapi insyaALLAH nati akak buat tag ni ya..thanx SR…

  3. >apa kata cinta? cinta ckp : cinta itu buta~lalalala~ hehehe

  4. >apa kata cinta? cinta ckp : cinta itu buta~lalalala~ hehehe

  5. >apa kata cinta? cinta ckp : cinta itu buta~lalalala~ hehehe

  6. >apa kata cinta? cinta ckp : cinta itu buta~lalalala~ hehehe

  7. >panjang pengertian cinta anda

  8. >panjang pengertian cinta anda

  9. >yeay saya sangat suke jawapan ilmiah cikgu. i like.. itulah yang saya cube kupaskan tapi xtau macam mane,, hehehe

  10. >yeay saya sangat suke jawapan ilmiah cikgu. i like.. itulah yang saya cube kupaskan tapi xtau macam mane,, hehehe

  11. >Tiada cinta dalam jiwa.lalala~

  12. >Tiada cinta dalam jiwa.lalala~

  13. >cinta bersamamu..

  14. >cinta bersamamu..

  15. >suka bila cikgu kongsi definasi cinta…ayu tergolong dalam cinta sahabat…tapi dalam blog jer…

  16. >suka bila cikgu kongsi definasi cinta…ayu tergolong dalam cinta sahabat…tapi dalam blog jer…

  17. >wah pnjgnya..sy pun join jugak setelah ditag pd saat akhir.hehe gud luck

  18. >wah pnjgnya..sy pun join jugak setelah ditag pd saat akhir.hehe gud luck

  19. >CINTA ade 3 bahagian iaitu:1. Cinta itu hadir dari 2 hati yg tulus ikhlas dtgnya dari Allah SWT2. Cinta itu hadir dari org ketiga iaitu syaitan.3. Cinta itu hadir dari org ketiga iaitu jin. jadi.. no berapa kah cinta kita skg nie berade yer..??? renung2kan & selamat beramal..hehehehe😉

  20. >CINTA ade 3 bahagian iaitu:1. Cinta itu hadir dari 2 hati yg tulus ikhlas dtgnya dari Allah SWT2. Cinta itu hadir dari org ketiga iaitu syaitan.3. Cinta itu hadir dari org ketiga iaitu jin. jadi.. no berapa kah cinta kita skg nie berade yer..??? renung2kan & selamat beramal..hehehehe😉

  21. >wah..nice2..cinta pun bnyak jenis kan

  22. >wah..nice2..cinta pun bnyak jenis kan

  23. >cinta suci murni….abadi..erkk

  24. >cinta suci murni….abadi..erkk

  25. >Cik Ika Toppo,memang abadi…selama2nya..

  26. >Cik Ika Toppo,memang abadi…selama2nya..

  27. >al_hakim,ya boleh dikelaskan dalam beberapa ketogeri..

  28. >al_hakim,ya boleh dikelaskan dalam beberapa ketogeri..

  29. >cujie,entahlah di no bape..:))

  30. >cujie,entahlah di no bape..:))

  31. >Puan Kutu,ya…puan pun join juga..:) good..nanti baca…:)

  32. >Puan Kutu,ya…puan pun join juga..:) good..nanti baca…:)

  33. >Citarasa Rinduan,terima kasih….:)

  34. >Citarasa Rinduan,terima kasih….:)

  35. >salam..tanpa nama,':))) bersamamu..selamanya..

  36. >salam..tanpa nama,':))) bersamamu..selamanya..

  37. >Norhayati Rostam,nape cinta tidak ada dalam jiwa??

  38. >Norhayati Rostam,nape cinta tidak ada dalam jiwa??

  39. >cik sakdi,terima kasih..:)

  40. >cik sakdi,terima kasih..:)

  41. >Miss Ran,pengertian cinta yang tiada definisnya…:)

  42. >Miss Ran,pengertian cinta yang tiada definisnya…:)

  43. >hanim azhari,ya…cinta memang buta…buta kah aku?

  44. >hanim azhari,ya…cinta memang buta…buta kah aku?

  45. >kak Kaseh,sabarlah kak…:)

  46. >kak Kaseh,sabarlah kak…:)

  47. >Sebab jiwa tak mengharapkan cinta.

  48. >cinta adalah perbuatan, yang menyokong perkataan..nice..thnx join segmen ni..all the best ye..-juri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: