>Gadis kelar tangan selepas dirogol

>

KUANTAN: Seorang gadis bertindak nekad menggelar pergelangan tangan menggunakan serpihan kaca selepas mendapati dia dirogol tiga rakannya, Isnin lalu.

Perbuatan gadis berusia 17 itu disedari bapa saudaranya yang mengesyaki sesuatu yang pelik selepas mendengar suara mangsa teresak-esak ketika bersendirian dalam biliknya di rumahnya.

Sebaik membuka pintu, bapa saudaranya terkejut melihat mangsa sedang memegang serpihan kaca sambil menggelar pergelangan tangannya.
Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya ketika keluar dengan tiga rakannya di sebuah kebun kelapa sawit di Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mangsa mendakwa dipelawa tiga rakannya melepak di sebuah kebun kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang.

“Sebaik tiba di pondok usang di kebun itu, tiga rakannya itu menawarkan sejenis minuman ‘Thai Song’ menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.

“Ketika mabuk, tiga rakannya itu mengambil kesempatan merogol mangsa bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah,” katanya.


Haris berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis pergi ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui beberapa tompokan air mani dan puntung rokok dalam pondok terbabit.

Katanya, polis kemudian menahan ketiga-tiga suspek terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan

sumber: berita harian 18hb Mac 2011

15 Responses to “>Gadis kelar tangan selepas dirogol”

  1. >adoii..membe jenis ape yg sggp merosakkan membe sendiri..huhu

  2. >emm macam2 zaman skang nie..

  3. >Apalah pergi kelar tangan, itu percubaan bunuh diri namanya, yang lepas tu lepaslah, akan datang lebih berhati-hati. lain kali ingat, anda tu pompuan bercampur pulak dengan lelaki berlainan jantina tentulah si lelaki ada 'plan something' kat pasangan yang berlawanan dengannya.

  4. >Semakin menjadi-jadi sekarang perbuatan hina itu di negara kita. Semakin dicegah/dipapar semakin menjadi pulak…

  5. >kesiannya.. at the 1st place, kenapalah ikut kawan lelaki gi lepak kat kebun lewat petang tue… hmm….

  6. >kawan makan kawan!susah nak percaya orang sekarang ni.

  7. >sekarang nih kekadang kengkawan pon kena tgk2 dlu. lebey lagi yg baru knal sehari dua.klu knl lama pon , kna tgk perangai..ntahlah, susah tol zaman skrg nih..ni ada anak pompuan ni jadi lg brtambah risau..huuh

  8. >nth.. pe la.. wat pe la ikut lelaki..kat kebun lak tu..adoi..

  9. >fuhh ! nasib baik kena tangkap !

  10. >haihh..nsib tak mati..saje je taknak cium bau syurga😉

  11. >pompuan ni xde rase syak wasangka lgsg ke kat kwn2 laki dia tu? dia sorg ppuan + 3 jantan + pondok usang kat kebun sawit + 6.30pm….x cukup mencurigakan ke ni? adoi la…dlm ape keadaan pun, seeloknye ppuan kene pastikan bilangan kaum dia (ppuan) mesti lg ramai drpd bilangan laki bila nak kua same or nak bjumpe…contohnye, 2org ppuan, 1 laki…tempat plak kene la yg ramai org…baru la slamat sket…nak lg elok, keluar tu bia ade muhrim teman

  12. >pelik nye la budak ni. 6.30 ptg g ikot laki masok kebun. mungkinkah dia x punye rasa segan? atau kemampuan menggunakan akal fikiran dengan waras? pelik3.

  13. >okeh akak sokong ckp manueng…

  14. >kak kaseh: time kasih…hehe;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: