>Isteri Berubah Hati Kerana Facebook

>

SAYA tertarik membaca kisah Siti dalam ruangan ini bertajuk ‘Abai suami sendiri, rindu suami orang’ minggu lalu. Kisah ini hampir serupa dengan apa yang saya alami dua minggu lalu. Bezanya, mungkin saya tidak sebaik dan sesempurna suami beliau.

Banyak persamaan antara kisah saya dengan kisah Siti iaitu curang dengan teman lelaki lama berpunca daripada laman sosial facebook, berpura-pura dengan suami, bersayang-sayang dengan teman lelaki, cuma saya tak pasti ada perjumpaan rahsia atau tidak. Saya sangat memahami jika suami Siti sukar memaafkannya.

Kisahnya begini. Saya suami yang bekerja sendiri manakala isteri bekerja sebagai guru. Dalam perkahwinan kami selama 22 tahun banyak cabaran dihadapi, sama ada besar mahupun kecil.

Semuanya kami lalui dengan tabah walaupun sesetengah perkahwinan yang mengalami pengalaman seperti kami mungkin membawa kepada perceraian. Kami masih mampu bertahan, dengan izin Allah SWT.

Isteri mula mengenali facebook daripada kawan guru di sekolah. Apabila isteri menyebut mengenai facebook, saya awal-awal lagi tidak bersetuju dan memberikan beberapa kes kehancuran rumah tangga akibat facebook. Namun secara diam-diam, isteri membuka juga akaun facebook.

Mula-mula berkongsi kandungan facebook beliau dengan saya yang tak pandai guna facebook. Lama-lama beliau semakin bijak dan pandai menggunakan ciri-ciri dalam facebook.

Entah macam mana, satu hari saya terfikir untuk melihat kandungan facebook beliau dan saya dapati ada satu mesej yang isteri saya hantar kepada satu nama yang dijumpai, berbentuk pertanyaan adakah orang itu B yang belajar dengannya dulu? Hati saya hancur bila saya dapati B yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Lalu dengan sedikit pengetahuan mengenai facebook, saya membuka akaun dengan menggunakan nama hampir sama dengan nama B, lalu saya berpura-pura mencari isteri saya. Satu mesej dihantar, tidak lama, terus mendapat jawapan.

Saya dapat bayangkan betapa gembiranya hati isteri saya ketika itu, dan betapa remuknya hati saya pula. Namun, saya bertahan dan teruskan kerana ingin tahu sejauh mana isteri saya pergi. Daripada mesej isteri saya kepada saya yang menyamar menjadi B, ada mesej yang berbaur keluhan.

Kononnya saya sentiasa sibuk, tak ada banyak masa untuk dia. Dang Setia, saya hanya peruntukkan satu malam setiap minggu untuk membina kerjaya saya sehingga larut malam. Hari lain, selepas kerja, saya gunakan untuk keluarga. Namun syaitan memang begitu, membesar-besarkan sesuatu yang boleh merosakkan umat.

Setelah beberapa mesej saya terima, akhirnya saya tak dapat bertahan lalu saya dedahkan apa yang saya dapat daripada mesejnya. Dipendekkan cerita, isteri saya mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya maafkan. Hati saya sedikit lembut kerana beliau sebenarnya hanya dipermainkan oleh saya yang menyamar menjadi B.

Beberapa bulan lalu, saya rasa tidak selesa dan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui adakah isteri saya benar-benar insaf. Ini kerana, saya ternampak dalam bil telefonnya, satu nombor luar daerah yang mempunyai masa berbual agak lama.

Allah nak tunjuk agaknya, entah maca mana, satu hari saya terpandang telefon bimbitnya dengan satu nama lelaki di muka telefon.

Agaknya, dia lupa nak balik ke menu asal selepas membuat panggilan. Bila saya periksa nama dan nombor itu, ia sama seperti yang saya jumpa dalam bil. Berderau darah saya. Ketika saya sibuk di tingkat bawah, agaknya dia sibuk menghubungi lelaki itu. Saya namakan sebagai Z.

Ketika sarapan pagi, saya tanya isteri saya siapa Z? Dia kata tak kenal… hmm.. mustahil. Saya desak, baru dia kata, itu kawan lama ITM… saya musykil, mana ada ITM keluarkan doktor perubatan pada 1980-an? Macam-macam alasan isteri saya buat. Dia pujuk saya, dia kata kawan lama di ITM, tak ada apa-apa dan hanya berhubung sekali.

Selang beberapa minggu, hati saya tak sedap lalu saya periksa telefon bimbit isteri, ada satu panggilan keluar ke nombor Z, dan ada satu mesej daripada Z bertanyakan “naperrr…” Saya bukan bodoh, isteri saya kata dia tertekan nombor itu. Saya terima alasan itu tapi saya terfikir mengenai mesej “naper…” Isteri saya kata Z kawan lama dan hanya sekali mereka berhubung, tapi jawapan “naperr..” seperti itu biasanya untuk orang yang biasa berhubung dan mesra. Saya mula mengatur strategi. Dipendekkan cerita, siasat punya siasat, rupa-rupanya isteri menjalin hubungan sulit dengan Z.

Z juga teman lelaki lamanya yang dia jumpa semula dalam facebook. Namun isteri saya pandai, dia tak bercinta dalam facebook tapi membuka satu akaun e-mel baru dengan nama yang nampak macam e-mel kerja. Allah nak tunjuk, saya dibantu oleh sahabat yang pandai bidang IT, kami berjaya mengesan kata laluan facebook dan e-mel isteri saya.

Terkejut dan kecewanya saya. Kata laluan yang digunakan adalah kombinasi nama isteri saya dan nama Z. Ya Allah! Ini bukan hubungan biasa. Saya berjaya membaca e-mel mereka. Alangkah kecewanya saya bila membaca satu e-mel isteri saya kepada Z yang dimulai dengan lagu Maher Zain-Till The End Of My Life.

Hancur luluh hati saya. Dalam kesibukan isteri saya, dalam diam, dalam kepura-puraan, rupa-rupanya bercinta. Bila kisah ini berjaya saya bongkar, isteri saya merayu-rayu memohon ampun dan ingin bertaubat.

Bak kata Siti, walaupun suaminya memaafkan, masakan sama hati suaminya dulu dengan sekarang… itulah hati saya.

Air mata saya mengalir setiap kali mendengar lagu Maher Zain itu, terbayangkan bagaimana ia dinyanyikan oleh isteri saya di depan Z. Saya sangat kecewa dan sedih. Anak tempat saya mengubat hati sekarang ini.

Saya nasihatkan kepada mereka yang berkahwin dan sekarang bersosial dengan facebook, hentikanlah kalau ia digunakan untuk berhubung dengan bukan kaum sejenis, terutama dengan kenalan lama. Inikan pula teman lelaki lama. Percayalah, walaupun bilangan kes seperti saya ini kecil, tidak mustahil ia akan bertambah.

Bayangkan, dengan usia facebook yang baru setahun jagung, banyak rumah tangga retak dan musnah, tidak mustahil banyak lagi yang menunggu musnah. Yang sudah memulakan percintaan songsang, bertaubatlah!

AZAM
Shah Alam


dipetik : Ruangan Dang Setia Harian Metro
p/s:……

25 Responses to “>Isteri Berubah Hati Kerana Facebook”

  1. >emm..macam-macam jadik sekarang.kejujuran tu penting k0t.. walaupun xde pengalaman berumahtangga.. hee

  2. >inilah penangan facebook.. bahaya2… mohon dijauhkan

  3. >mujur masih terselamat dr perkara2 begini..niat kena betul bila melayari laman sosial begini..moga kita semua yang lain dilindungi..

  4. >macam2 hal tempias dek berfesbuk ni…

  5. >salam SR! susah nk berjumpa dgn psngn yg btul2 memahami & serasi dgn kite..belum tentu kite berkwin seribu kali kite akn jumpe psngn kite..Allahuakbar… minta jauh sume nie.. kite berpsngn utk mencri nikmat erti kebahagiaan bersama bukannye sementara & perpisahan yg diminta…

  6. >tulah fesbuk ade baik ade buruknye jugak

  7. >Nauzubillah…!!wahai para isteri dan suami, berkahwinlah kerana Allah, Al-Quran dan solat jangan diabaikan…sama-sama kita doakan rumahtangga encik Azam kembali pulih….ini dugaan dia, dia harus kuat untuk mengembalikan sinar dalam rumah tangganya…jangan berputus asa, sesungguhnya Allah Maha Penolong dan Maha Berkuasa..

  8. >Nauzubillah…!!wahai para isteri dan suami, berkahwinlah kerana Allah, Al-Quran dan solat jangan diabaikan…sama-sama kita doakan rumahtangga encik Azam kembali pulih….ini dugaan dia, dia harus kuat untuk mengembalikan sinar dalam rumah tangganya…jangan berputus asa, sesungguhnya Allah Maha Penolong dan Maha Berkuasa..

  9. >nauzubillah…hrp d jauhkn benda bgini.wlupun anna blm kwin.bru cple,BF lrg men fb..anna ikt..cz anna ssndri pn xmau dia rapat ngn sesapa trutama kaum yg blwanan jniss..(jeless lebih..haha)anna ikt demi kptingan hbgn e2 sndri..kini bru anna phm..;)

  10. >citer cam ni mmg salu kita dgr. jgn kata FB, sblom FB pon da jadi. yg pelik dah 20 thun kawen pon msih tiada perubahan..jadi saya sdri keliru, dan minta ia dijauhkan dari berlaku pada famili sdri. sy bermain FB dgn keizinan, begitu juga ngn suami.apapun yg pasti, jujur tu yg penting.

  11. >biasa jumpa macam nih.. normal..tapi sebenarnya mmg salah sgt2.. terpulang pada empunya badan utk pk mana baik mana tak….tapi nauzubillah..mintak dijauhkan diri kita dari buat menda2 tak elok macam nih..

  12. >sedihnye bce nie. bila suami setia, isteri pulak yg curang. hmm

  13. >dLa,sepatutnya hal2 mcm ni tak berlaku…

  14. >kak Kaseh,minta dijauhkan semua yg tak baik tu kak kaseh….

  15. >CintaZulaikha,minta dijauhkan hal2 yg tak baik ni kak…

  16. >..aq[daN]pUteraku..♪,kerana fb..rumahtangga jadi porak peranda..tak mahu mcm tu..

  17. >anaMuslimah,betul tu…berkahiwnlah kerana Allah…

  18. >Norhayati Rostam,sangat ngeri..memang negeri..minta dijauhkan..

  19. >hanim azhari,fb memang tak salah…org yg salah gunakan fb tu laa..yg salah..

  20. >cujie,setuju dengan anda..dalam rumahtangga jangka masa 10 tahun perkahwinan adalah satu jangka masa yg kritikal..moga dijauhkan benda2 yg tak baik ni..

  21. >Anne, yang penting kejujuran penting…

  22. >Cutiesifa,alhamdulillah..moga kita diselamatkan dengan hal2 yg tak baik tu..

  23. >Faaein Himura,memang bahaya….sangat bahaya.. berhati2 lah.

  24. >sharamli,betul tu sha..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: