>IBU TUNGGAL DAN 3 ANAK DIROGOL BOMOH

>

ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.
“Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk ‘menurunkan’ ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.

“Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

“Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.

“Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.

Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa. –

sumber: Harian Metro

17 Responses to “>IBU TUNGGAL DAN 3 ANAK DIROGOL BOMOH”

  1. >ish, bodohnya.. dasar bomoh gila seks!p/s anda dijemput join my first GA http://syuwaistory.blogspot.com/2011/03/ga-lets-go-green-save-earth.html

  2. >jgn percaya bomoh.. pergi la kepada pengamal perubatan secara islam. tu la padahnya

  3. >kalau dah kene pukau,, mcm ne ek nak halang? adeh takot je kalu jadi mcm tu

  4. >subhanallah…kadangkala kita tak terfikir pu benda ini akan berlaku….

  5. >huhu..u g jahanam la bomoh..u takder akal ke?anak ko kena rogol baru tau…no masa depan laa…siot

  6. >ggrr..bomoh kuang ajo!! ni lah akibatnya klu percaya ngn bomoh huhu

  7. >takut ngan bomoh ..sebab dah kena tipu…

  8. >buat apalah nak jumpa bomoh segala…takut i…huhu!!

  9. >ini bukan binatang bomoh nie….teruk drp binatang!! laknat tul

  10. >cian, dh kena pukau x leh nk buat apa lah. dasar syaitan btol…

  11. >kita mulia.tapi boleh jadi hina. lebih teruk dari haiwan yang tak mempunyai akal.mana letaknya kita di sana nanti..alangkah malangnya..

  12. >euww…..bomoh tuu tak leh control nafsu….p kawen ja la….haish….

  13. >jahat btoi org skrg niee

  14. >bomoh bodo…so sesaper yg ank g berubat jgn pegi sendiri2..g pun tak payah percaya dengan bomoh..bukan betul pun..tak leh baik pun ..kalo sembuh pun penyakit tu mesti pakai makhluk halus..tak betul jugak kan..so g la cari ustaz..ustazah ker….

  15. >bomoh cuma nak ambik kesempatan… tak tahulah kenapa sesetengah orang kita sangat kuat kepercayaan terhadap bomoh😦

  16. >moralnya jgn percaya dgn bomoh2 nih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: