>Dicekup bersama bukan mahram

>

MELAKA: Keseronokan sepasang kekasih berusia 19 dan 22 tahun menjadikan bilik sebuah pangsapuri di Bandar Hilir, dekat sini, sebagai tempat memuaskan nafsu berakhir apabila ia diserbu sepasukan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 tengah malami, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani berkata, berdasarkan aduan yang diterima sejak beberapa hari lalu sepasukan anggotanya menyerbu rumah disewa pekerja sebuah syarikat jualan langsung itu kerana dikatakan terdapat sepasang pasangan bukan mahram tinggal bersama di dalam satu bilik.

Katanya, ketika serbuan pihaknya menemui dua lelaki sedang tidur di ruang tamu dan pemeriksaan lanjut di sebuah bilik yang bertutup pintunya mendapati pasangan berkenaan sedang tidur dengan pakaian lengkap.

“Soal siasat dilakukan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan mahram dan mendapati lelaki berkenaan bukan Muslim dan kedua-duanya adalah rakan sekerja.

“Wanita itu adalah jurujual, manakala lelaki berkenaan pula penyelianya dan mereka mengakui mempunyai hubungan sebagai sepasang kekasih,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan lanjut mendapati pasangan terbabit mengakui sudah bermalam bersama dalam satu bilik sejak beberapa hari lalu.

Katanya, mereka juga baru berkenalan sejak empat bulan lalu apabila bekerja di tempat sama dan mengakui terlanjur beberapa kali.

“Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.“

Sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

sumber: Harian Metro 26hb Mac 2011

24 Responses to “>Dicekup bersama bukan mahram”

  1. >selamber je diorang ni. tak fikir halal haram dah. fikir nak seronok jepMiss Dill^^

  2. >salam, sebab tak nampak dosa depan mata, tu sebab berani buat. mgucap.

  3. >Assalamualaikum..begitulah manusia bila nafsu menguasai jiwa lantas akal yang dianugerah tidak bisa menilai mana dosa & pahala…:(

  4. >nauzubillah..tak taulah apa nak jadi ngan bebudak ni..haihhh

  5. >baru je kenal 4 bulan dah boleh terlanjur beberape kali…peh… senang nye…

  6. >drg mana ada pikir. mungkin drg pikir drg tak buat apa2. jadi drg no hal …huhu..giloo

  7. >ragam manusia macam-macm..

  8. >eerkk..dunia nk kiamat mcm2 bole jd

  9. >makin lama makin ramai citer org kena tangkap basah nih haishh..

  10. >haiyooo..hope tak tergolong la😥 teruk…huhu…moga kakak2 aku n aku sekali terlindung ng dugaan n ujian cm ni…huh

  11. >bru 19 thn? muda lagi!

  12. >macam2 hal la skrg..xmalu ke diorang..adoiiii

  13. >ika puk puk,tu la tu…mcm2 hal la pulak….yg dilarang tu la yang dibuatnya..

  14. >Zaza,moga2 kita dijauhi semua yg tak baik tu…

  15. >Kaseh,dunia akhir zaman, mcm ni laa…kak..:)

  16. >hanim azhari,dunia yg sarat dengan kemungkaran….

  17. >qucachahir,betul tu kak..mcm2 hal laa pulak..

  18. >CintaZulaikha,kerana nafsu….akal dah tak berfungsi lagi..

  19. >manueng,nipisnya iman…

  20. >nurkass,syaitan pasti bertepuk gembira…

  21. >Pn Kartini,betul tu puan..

  22. >cik chinta,sangat malangnya…

  23. >Miss Dill,dok fikir yg haram saja..mcm2 ragam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: