>Dicekup bersama bukan mahram
>
MELAKA: Keseronokan sepasang kekasih berusia 19 dan 22 tahun menjadikan bilik sebuah pangsapuri di Bandar Hilir, dekat sini, sebagai tempat memuaskan nafsu berakhir apabila ia diserbu sepasukan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 tengah malami, semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani berkata, berdasarkan aduan yang diterima sejak beberapa hari lalu sepasukan anggotanya menyerbu rumah disewa pekerja sebuah syarikat jualan langsung itu kerana dikatakan terdapat sepasang pasangan bukan mahram tinggal bersama di dalam satu bilik.
Katanya, ketika serbuan pihaknya menemui dua lelaki sedang tidur di ruang tamu dan pemeriksaan lanjut di sebuah bilik yang bertutup pintunya mendapati pasangan berkenaan sedang tidur dengan pakaian lengkap.
“Soal siasat dilakukan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan mahram dan mendapati lelaki berkenaan bukan Muslim dan kedua-duanya adalah rakan sekerja.
“Wanita itu adalah jurujual, manakala lelaki berkenaan pula penyelianya dan mereka mengakui mempunyai hubungan sebagai sepasang kekasih,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, siasatan lanjut mendapati pasangan terbabit mengakui sudah bermalam bersama dalam satu bilik sejak beberapa hari lalu.
Katanya, mereka juga baru berkenalan sejak empat bulan lalu apabila bekerja di tempat sama dan mengakui terlanjur beberapa kali.
“Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.“
Sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
March 26, 2011 at 7:35 am
>selamber je diorang ni. tak fikir halal haram dah. fikir nak seronok jepMiss Dill^^
March 26, 2011 at 8:04 am
>salam, sebab tak nampak dosa depan mata, tu sebab berani buat. mgucap.
March 26, 2011 at 8:09 am
>Assalamualaikum..begitulah manusia bila nafsu menguasai jiwa lantas akal yang dianugerah tidak bisa menilai mana dosa & pahala…:(
March 26, 2011 at 8:12 am
>nauzubillah..tak taulah apa nak jadi ngan bebudak ni..haihhh
March 26, 2011 at 8:47 am
>baru je kenal 4 bulan dah boleh terlanjur beberape kali…peh… senang nye…
March 26, 2011 at 9:29 am
>drg mana ada pikir. mungkin drg pikir drg tak buat apa2. jadi drg no hal …huhu..giloo
March 26, 2011 at 10:29 am
>ragam manusia macam-macm..
March 26, 2011 at 12:08 pm
>eerkk..dunia nk kiamat mcm2 bole jd
March 26, 2011 at 1:17 pm
>makin lama makin ramai citer org kena tangkap basah nih haishh..
March 26, 2011 at 2:42 pm
>haiyooo..hope tak tergolong la 😥 teruk…huhu…moga kakak2 aku n aku sekali terlindung ng dugaan n ujian cm ni…huh
March 26, 2011 at 4:09 pm
>bru 19 thn? muda lagi!
March 26, 2011 at 8:32 pm
>macam2 hal la skrg..xmalu ke diorang..adoiiii
March 27, 2011 at 2:24 am
>ika puk puk,tu la tu…mcm2 hal la pulak….yg dilarang tu la yang dibuatnya..
March 27, 2011 at 2:24 am
>dLa,muda lagi…
March 27, 2011 at 2:28 am
>Zaza,moga2 kita dijauhi semua yg tak baik tu…
March 27, 2011 at 2:28 am
>Kaseh,dunia akhir zaman, mcm ni laa…kak..:)
March 27, 2011 at 2:29 am
>hanim azhari,dunia yg sarat dengan kemungkaran….
March 27, 2011 at 2:30 am
>qucachahir,betul tu kak..mcm2 hal laa pulak..
March 27, 2011 at 2:30 am
>CintaZulaikha,kerana nafsu….akal dah tak berfungsi lagi..
March 27, 2011 at 2:31 am
>manueng,nipisnya iman…
March 27, 2011 at 2:32 am
>nurkass,syaitan pasti bertepuk gembira…
March 27, 2011 at 2:32 am
>Pn Kartini,betul tu puan..
March 27, 2011 at 2:33 am
>cik chinta,sangat malangnya…
March 27, 2011 at 2:34 am
>Miss Dill,dok fikir yg haram saja..mcm2 ragam…