>Polis Jerman Keluarkan Waran Tangkap Kepada Kambing Kerana Mengganggu Lalu Lintas…

>

Seorang polis di Jerman menangkap dan memenjarakan seekor kambing. Kambing bernama Billy The Kid, seperti nama penjahat terkenal Amerika Syarikat di masa lalu, terpaksa di tahan di dalam penjara atas tuduhan mengganggu lalu lintas. Billy ditangkap setelah berdiri di tengah jalan raya yang sedang sibuk di Kota Bremen.

Kambing “usil” tersebut cuba membuat kecoh kepada polis serta orang ramai yang berusaha menangkapnya. Hasil “kejar mengejar” antara kambing dengan polis membuat keadaan lalu lintas di Bremen semakin huru hara.

Setelah 3 jam bertungkus lumus, polis akhirnya berhasil menangkap kambing tersebut setelah beberapa orang polis lagi dikerahkan untuk membantu. Setelah melakukan penangkapan, polis berusaha keras mencari siapa pemilik haiwan tersebut. Meskipun di telinga kambing terdapat penanda pemilik, polis gagal mengembalikan kambing tersebut kepada tuannya.

Polisi akhirnya memutuskan memasukkan kambing ke penjara dengan waran tangkap dikeluarkan . Ketika ini haiwan tersebut masih dijaga seorang polis wanita di penjara. Bukan hanya mendapat tempat baru, kambing ini juga mendapatkan makanan seperti roti dan air.

Sumber: (faj)(jri)-Fajar Nugraha – Okezone.com /Dunix

p/s……..kalau buat kat Malaysia mcm mana??.. bukan saja kambing, malah lembu dan kerbau pun banyak yg masuk penjara…!

13 Responses to “>Polis Jerman Keluarkan Waran Tangkap Kepada Kambing Kerana Mengganggu Lalu Lintas…”

  1. >hehe klakar la~ ;p ngn kambing pun carik pasal.

  2. >hahaha…. apeda… cube la pasang pgar kat tepi jalan tu..ape ke namanya tu?.. hahaha…

  3. >siapakah kambeng yg sebenarnya..polis tersebut ataupun kambing yang sememangnya kambing..hahaha..

  4. >haha, apelah. boleh ke tangkap kambing kalau kat mesia ni? bersepah kat taman aku haa.

  5. >waran tangkap? perrrhh… lawak la pulak… xpe la, sekurang2nya ada makanan untuk kambing dalam kandang… hehehehe

  6. >kambing pun nak tangkap…lawak toi..hahaha

  7. >bley plak cmtu ek,.ade2 je polis ni,.hehe

  8. >wakakaka..kambing pon kne tgkp..agaknye da xde org kt ngre dia yg wat jahat kot

  9. >kambing dapat makan free..🙂

  10. >musti pasni kambing tu takmo jadi kambing agi, tapi jadi keldai…kihkihkih~~ merepek da ummi ikha~~

  11. >ksian kambeng tuu

  12. >tu la pasal…kalo kat malaysia, bukan setakat ganggu lalu lintas, siap tinggalkan 'cenderamata' lagi…haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: