>Tahniah..!! .Shaheizy Sam Bintang Paling Popular

>

GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi. Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Rosnani Jamil Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir Penyanyi Wanita Popular – Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Sixth Sense
Artis Nasyid Popular – Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Artis Komedi Wanita Popular – Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

12 Responses to “>Tahniah..!! .Shaheizy Sam Bintang Paling Popular”

  1. >hahaha.. macam mane la fasha boleh menang.. heh heh heh ^^.

  2. >yeahh suke2 !😀

  3. >tahniah shaheizy sam..time umum bintang paling polular ni..dah tertido, huhu

  4. >salam adik SR,oklah dia menang kan.. akak pun suka tengok lakonan dia… watak serius mahupon komedi memang menjadi🙂

  5. >mmg layak dia digelar bintang popular sbb lakonannya mendapat tempat di di hati penonton..

  6. >WAA..KAGUM..HE'S TALENTED!

  7. >tahniah bt shaheizy sam..:0agar lebh maju jaya dlm bidang ini:)minat kt die:)

  8. >Tahniah kpd pemenang!!!~Johan ngan Usop wilchar lawak gile mlm tu! ^_^

  9. >tq info details ni..kalau terjumpa rakaman abpbh mlm tadi especially yang part da nak habis tu tlg bgtau sy ye. sy terlelap smlam..

  10. >kembang laa idung sam pas ni hahah

  11. >kite suke le Shaheizy Sam….hehehe..lgpun name dia nk same dgn name hubby sy.. =)thanx yer follow blog kite… =)

  12. >tahniah pd abg Sam,.kih3,..dn pmnang lain,.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: