>Gadis sembunyi baju dalam cuba tipu penguatkuasa..kena cekup bersama kekasih ..

>

GEORGETOWN: Dua pasangan kekasih termasuk seorang daripadanya yang cuba menyembunyikan bungkusan berisi pakaian dalam di sebalik pintu bilik hotel, ditahan dalam operasi cegah maksiat berasingan di Batu Ferringhi, di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 3.35 pagi Rabu lalu itu membabitkan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.

Khairul Azman berkata, sebuah bilik hotel diperiksa dan apabila pintunya diketuk sebelum dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berusia 20-an itu tidak memakai seluar dalam apabila tangannya masih lagi memegang seluar dalam miliknya dipercayai tidak sempat dipakai.

Katanya, pemeriksaan juga turut dilakukan ke atas suspek wanita berusia 20-an dan didapati dia juga hanya memakai baju dan seluar sedangkan colinya berada dalam beg plastik.

“Semua barangan berkenaan kemudian dirampas sebagai bahan bukti dan pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Khairul Azman berkata, dalam satu lagi pemeriksaan di sebuah bilik hotel kira-kira jam 4.50 pagi selepas pihaknya menerima maklumat awam berjaya menahan sepasang pasangan kekasih.

Menurutnya, sebaik pintu bilik dibuka didapati terdapat seorang wanita berpakaian lengkap, manakala lelaki bersembunyi di sebalik pintu hanya dengan bertuala tanpa baju.

Katanya, ketika pemeriksaan mereka gagal membuktikan dokumen pernikahan yang sah ketika diminta dan akhirnya mengaku masih belum berkahwin sebelum ditahan dan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.
sumber: metro ahad 10hb April 2011
[ cadangan : mereka yg ditangkap ini perlu dihukum sebat..buat mcm Acheh ]

29 Responses to “>Gadis sembunyi baju dalam cuba tipu penguatkuasa..kena cekup bersama kekasih ..”

  1. >hurm..memang betul..sepatutnye mereka kena sebat seperti hukum yang Allah tetapkan..tapi kenapa cuma kena bayar denda..hanya orang miskin je yang boleh merasai hukuman itu..sbb mereka tak mampu nk membayarnya..(~_~)

  2. >ish ish.. macam2

  3. >huhuhu.. macam2… seksaan akhirat lagi dasyat

  4. >btul2, kalo kene sebat bru la dieorg tkut kot. nie stkt denda je. x bg kesan kot.

  5. >tahniah JHEAIPP kerana membuat kerja.

  6. >alaihai …budak budak zaman sekarang …. kesian kat mak bapak diorang … kawin je la …jangan wat kerja macam tu

  7. >ikat je diorang kat pokok durian yang lebat buahnya, HAHA

  8. >muda nya lagi dah kena cekup..

  9. >buat operasi bnyk lgi,

  10. >sebat je die ckgu,.xreti2 lg mne halal mne haram,.=)

  11. >Mudah sgt terpedaya dgn syaitan laknatullah! Moga cepat2lah bertaubat.

  12. >ish3..da x thn sgt nikah jew la..sggp wat dosa maksiat drpd tunaikan slh 1 kewajipan dlm islam (nikah)…ape nk jd la…

  13. >astaghfirullah….. semoga diberikan petunjuk & hidayah olehNya…

  14. >humm…dah ramai sgt yg camni skrg…tak tau nak buat apa da~~

  15. >CintaZulaikha,yang haram juga dilakukan..dunia..dunia..

  16. >maira,ya kak..moga diberi petunjuk..mudah2an..

  17. >deqla manjew,sepatutnya mcm tu la puan…

  18. >Miss Mirror a.k.a Sam,ya..mudah sangat terpedaya…tu yg menyedihkan..

  19. >::CIKNUURUL,tu yg sepatutnya..

  20. >nurayunni,mog pihak berkuasa membuat serbuan dengan lebih kerap…dakwa ke muka pengadilan merka yg terlibat

  21. >MiSzy DiaN,muda lagi dah pandai bergelumbang dengan maksiat..

  22. >cik sakdi,hahaha…:)

  23. >eyna azmi.sangat kesian kak…sepatutnya tak buat hal yg memalukan tu

  24. >abu muaz,tahniah….juga dari saya…

  25. >dLa,sebat di khalayak org ramai..baru memberi pengajaran pada kita semua.

  26. >Gen2Merah,seksaaan di alhirat lebih pedih …

  27. >hoyahadis,sepatutnya mcm tu…

  28. >terima kasih atas komen sahabat2 saya…di entri ini..

  29. dunia semakin menuju ke pengakhiran…semakin banyak maksiat berleluasa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: