>Wanita mengaku gugurkan bayi 7 kali dalam masa 4 tahun

>

IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.
Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.
“Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.
“Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.
“Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.
“Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya.
Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.
“Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya ‘lekat’ mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.
“Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.
“Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.
“Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram,” katanya.



sumber: harian metro

57 Responses to “>Wanita mengaku gugurkan bayi 7 kali dalam masa 4 tahun”

  1. >masyaallah…tak serik lagi tu..tak skit ke

  2. >Astagfirullah..semoga dy ifsaf & x ulangi kesilapan..

  3. >eiii.. no komen la.. tak takut dosa ka..sy yg kawin 10 tahun pun baru 3 kali bersalin..

  4. >aduiiii,, boleh pulak sanggup tahan sakit semata2 nak buat dosa

  5. >salam, dua2 pon dah x reti nk pkir logik..susah nk cakap camni

  6. >Ini jenis beruratkan dawai berhatikan batu!

  7. >Ini jenis beruratkan dawai berhatikan batu!

  8. >apa nak jadi nie. terlalu lemah dengan godaan nafsu.Alahai Pondan

  9. >ya allah ape nak jdi ngn dunia sekrg nie..nauzubilah..cite nie kne bg satu pengajaran..

  10. >ermmm… dunia akhir zamanharap2 wanita tu insaf

  11. >dkt ipoh? ish3. da 7 kali? sian baby2 yg x berslh tu

  12. >moga wanita ini dapat sinar keimanan suatu hari nanti. Ya Allah kau lindungi dan kau turunkanlah hidayah kepada wanita ini dan juga kepada kami semua…

  13. >salam,ckgu,.=)ya Allah,smpai cmtu skali,.punyer la hebat penangan cinta seorg lelaki bg insn yg lemah mcm die,.bg sy,xperlu la nk mnagih ncta dn tlg kuatkn dri jgn mdh prcya pd lelaki,.bg org mcm die la,.hurrmm,.kesian sbnrnye.

  14. >apelah specialnye lelaki tu smpi pompuan tu sggp gugurkan ank yg xberdosa..haishh macam2 je la yg terjadi zmn sekarang ni huhu

  15. >org yang xboleh pregnant sampai berabes duit berubat nak anak.. ni boleh pregnant, gugur2kan pulak.. dah sedar tu dose and risiko, tapi buat jgk… haiah.. =.="

  16. >masyaallah …. semoga perempuan tu cepat sedar apa yang dah dia buat

  17. >masyaallah …. semoga perempuan tu cepat sedar apa yang dah dia buat

  18. >nauzubillah… bila nafsu menguasai hati, iman tolak ke tepi… itulah jadinya

  19. >mintak mintak dijauhkan lah

  20. >Assalamualaikum..trima ksih sbb follow blog has..anyway,i love your entry..memberi kesedaran pada diri has…

  21. >org yang susah nk dapat bb sampai berabes duit berubat nak anak.. tp pompuan ni senang pregnant, senang2 nk gugur2kan.. semoga pompuan tu sedar diri n kembali kepangkal jalan.

  22. >nih la namanye manusia B***H!da byk kali kene tipu pun still pecaye..sng2 jew dye gugurkan anak..da mcm permainan bg dye..owg yg nk sgt ank x dpt ank..dye yg sng2 bole dpt ank, sng2 jgk la men buang jew..1 ari nnti kalo da x bole ank lg camne?smpai 7 kali gugur mmg risiko! hope dye bnr2 insaf ngan perbuatannya..

  23. >seronok sekarang, esok lusa kalau tak kena tangkap pun dosa ini akan memakan hati dan perasaannya bila tua nanti. malah boleh memakan diri sendiri. jiwanya akan menangis tanpa henti bila keinsafan itu datang.

  24. >curi link entri ni tau.

  25. >bila manusia bertuhankan nafsu… macam nie lah jadinya…. semoga balqis insaf & kembali ke pangkal jalan, amin

  26. >Ya Allah! dasyat yer. Hurmmm, beginilah manusia yang lemah dgn godaan nafsu. Huh! Nauzubillah.

  27. >common issue….abortion n baby dumping semua….mcm xde rse brsalah diorg ni…satu word je nk describe org mcm ni "bodoh!"

  28. >masyaAllah….

  29. >fyna,ternyata perempuan tu menjadi mangsa nafsu serakak lelaki tu..malang betul..

  30. >Schubert Serenade,konon2 nya mahu buktikan cinta..akhirnya perempuan ini ditinggalkan..baru padan muka…

  31. >Fizalinolie,betul tu….inilah..penangan nafsu serakah..malang betul..

  32. >maira,wp perempuan ini tahu dia diperlatkan..berkali2 gugur kandungan..tapi masih lakukan lagi hal yg sama..malang sungguh..

  33. >Liza @ Adzriel AB,kak..ambillah..:)

  34. >Liza @ Adzriel AB,lelaki hanya mahu meratah tubuh dia saja…tak pikir ke? bodoh betul..

  35. >puan deqla manjew,memamng betul tu puan..entahlah..susan nak kata..bila nasfu bermaharaja lela..

  36. >hayatunfadzila,senang2 je gugurkan..berapa kali dia bunuh anak dia…

  37. >Hasfiyah Assan,terima kasih..singgah komen..

  38. >belogkiter,sama2 lah berdoa..

  39. >eyna azmi,cepat sedar dan bertaubat sebelum terlambat..

  40. >ohh ayu,tu la tu…memang tak patut..

  41. >hanim azhari,yg tu tak tahu laa nim..issh..yg pasti ppuan ni memang bodoh dan kejam..

  42. >::CIKNUURUL,akibat hawa nafsu yg menggila.

  43. >cacing,harap2 mcm tu..ppun tu moga diberi hidyah drp Allah..

  44. >dLa,sangat malang…..geram pun ada.membaca kisah ini

  45. >iwan de la roc,dunia akhir zaman yg penuh dengan maksiat..

  46. >Dekcik,moga menjadi pengajaran..

  47. >Puteri Bt Ahmad,terima kasih..singgah komen..

  48. >Cikgu Den,betul…tu cikgu.

  49. >mountdweller,betul tu..:)

  50. >cik chinta,itulah..bila nafsu menguasai diri..buta segalanya..

  51. >halila Ibrahim,jenis tak takut dosa la mcm ni..

  52. >sAsyA,itulah..moga diberi hidayah..

  53. >Miss Ran,takkan serik..selagi nafsu kuasai diri..

  54. >terima kasih atas komen2 sahabat2 di entri ni…saya sekali lagi ucap terima kasih.!

  55. budak tue x berdosa tapi menjadi mangsa org yang berdosa……

  56. ZieSalikan,bayi memang tak berdosa..yg berdosa dan penuh noda yg melakukan perkara yg terkutuk itu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: