>Isteri dipukul teruk oleh suami kerana lahirkan anak perempuan..

>

Emirates melaporkan seorang ekspatriat Arab di Arab Saudi menyerbu ke bahagian ginekologi di sebuah hospital, mengejutkan isterinya sebelum bertindak memukulnya kerana melahirkan seorang bayi perempuan.

Suami yang tidak dinyatakan namanya itu kemudian berjaya dihalang dan dibawa keluar oleh kakitangan dan pengawal keselamatan hospital yang letaknya di tengah-tengah kota Makkah.

Lelaki itu kemudiannya menuduh pihak hospital menukarkan bayi tersebut kerana isterinya sebelum itu memberitahunya bahawa x-ray menunjukkan bahawa dia hamil anak lelaki.

Doktor berusaha menerangkan kepada lelaki itu bahawa gambar x-ray tidak selalunya tepat dalam mengenal pasti jantina bayi.

P/s: Yang membuatkan kita marah bukan kerana lelaki ini mempersoal jantina anaknya, tetapi perbuatan tidak berperikemanuasiaan dan kejamnya yang membelasahj isteri yang baru sahaja bersalin. Memang dasar lelaki zaman jahiliah!

sumber: klik sini

40 Responses to “>Isteri dipukul teruk oleh suami kerana lahirkan anak perempuan..”

  1. >zalimnye laki dia

  2. >ishh bodonya…klu saya dah lama dah saya campak laki tu kat dlm lombong..apa igt dy seng ke nak lahirkan baby..50/50 je tau idop atau mati..Eeeeiii

  3. >haaaa….tu dia. lelaki ni gila agaknya

  4. >Salam Tuan;Macam mitologi orang cina jer…

  5. >laki ke pompuan ke, anak gak…ish…apela benak beno laki dia…

  6. >xbelajar sains la 2..laki yg menentukan jantina anak..pulak 2 sanggup pukul isteri yang susah payah mengandungkan anak dia..org mcm ni pn ade

  7. suami yang sememangnya kejam…kenapa kalau perempuan?? salah ker??? isshhhhh~!

  8. >Kezaliman semakain berleluasa..kejam..kejam

  9. >hmm..maseh da lagi yg amek kesah pasal jantina anak…scan tu hanya ramalan manusia..

  10. >Jika tidak dapat menerima qada dan qadar begini le jadinya.

  11. >Huh kalu saya, memang saya ceraikan dia kat situ jugak…!

  12. >mcm nie pnye org pn ade ek.

  13. >sah laki tu tak pernah belajar sains…

  14. >Yes! that true. Marah dgn perbuatannya yang melampau. Huh! ada ke patut isteri yg baru melahirkan anak dipukul. Hai… Macam2 lah manusia ni apabila gagal mengawal perasaan dan akal fikiran, beginilag gamaknya.

  15. >anak pompuan bawa sial.. ada org percaya lagi.. isk2.. kesian wife dia yg mengandung tu.. kesian gk kt baby tu, dh besar nanti pn ayah dia mesti x suka dia.. hmm..

  16. >adalah wajar lelaki tuh ditumbuk bertalu-talu tanpa had.. huh..

  17. banggang lah suami nie…..tak reti nak bersyukur dan beterima kasih….

  18. adoii..macam2 laa…

  19. tak kukuh langsung alasan tu sampai nak pukul2. haishh

  20. zahra pazim,sebijik spt zaman jahilliyah..ish

  21. Sabihah,mcm2 yg pelik…masih ada yg berfikiran sempit

  22. ZieSalikan,memang bangang…anak pompuan yg dikurniakan Allah..langsung tak dihargai..jenis apa laa..

  23. Ayie,memang patut pun..:)

  24. Fikri Rais,lelaki yg bangang je mcm tu….* mod geram..

  25. Fizalinolie,sangat melampau…

  26. zana,memang dah..yg tahu..nak pukul isteri je..apa jenis suami laa

  27. dLa,ada…memang mengejutkan././

  28. azieazah,:)) memang wajar..:)

  29. Kak Sam,yg marah sangat tu kenapa?hina sangat kah dapat anak perempuan..sedangkan isteri yg dia kwin tu pun perempuan juga..

  30. najihatussolehah,ada yg ambik kisah…

  31. ibh,memang kejam..

  32. NUR AYNIE,memang wajar ditumbuk2 pula…..suami tu..memang kejam.

  33. Salwani Zolkpli,memang tak belajar laaa tuu

  34. tuan Isa,leibih kurang la tuan..

  35. Tasha,memang gila….

  36. CintaZulaikha,memang patut tu puan…patut campak di lombong yg ada buaya..

  37. eyna azmi,sangat zalim..

  38. terima kasih sudi singgah komen di entri ini..sangat sedih ada lagi di zaman ini suami yg berperangai spt zaman jahilliyah..

  39. Moga entry in menjadi iktibar bg kaum2 suami dan bakal suami supaya sayangi isteri anda…apabila mereka tiada jgn menyesal dikemudian hari…

  40. With Julia,moga menjadi iktibar buat kita semua..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: