>Suami cekik isteri kerana Isteri tegur jumpa kekasih

>

gambar hiasan

GOMBAK: Akibat tidak tahan leteran isteri, seorang suami mencekik dan menampar muka isterinya ketika bertengkar di rumah mereka di Kampung Selayang Indah, di sini, pagi kelmarin.

Lebih kejam apabila lelaki berusia 30-an terbabit melepaskan geram terhadap anak lelaki mereka berusia lima tahun dengan menolak kanak-kanak itu hingga dahinya terhentak di lantai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an menegur suaminya itu supaya tidak keluar rumah untuk berjumpa wanita lain.

Menurut sumber polis, suami mangsa yang bengang dengan teguran serta leteran isterinya itu tetap mahu keluar berjumpa teman wanitanya.

“Tindakan itu mengundang pertengkaran selama beberapa minit sebelum lelaki terbabit mencekik leher dan menampar muka isterinya.

“Anak lelaki mereka yang melihat pertengkaran itu menangis sebelum menghampiri ayahnya. Ini menyebabkan lelaki itu menolak anaknya hingga terjatuh ke lantai.

“Kanak-kanak itu lebam di dahi,” katanya di sini, semalam.

Katanya, selepas kejadian itu, lelaki terbabit keluar rumah.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya membuat laporan di Balai Polis Selayang, kira-kira jam 12 tengah hari semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan laporan mangsa dan siasatan lanjut dijalankan.

sumber: harian metro 14hb April 2011

68 Responses to “>Suami cekik isteri kerana Isteri tegur jumpa kekasih”

  1. Ya Allah, kejam nya. Begitulah manusia apabila tidak mampu menahan marah. Apalah nak jadi dgn masyarakat kita hari ni. Kenapa time kawin dulu senang sangat menabur janji… Lepas kawin, semua pergi. Ya Allah moga2 dijauhi daripada sifat sebegini. Memang sahlah lelaki tu bermain kayu tiga. Kalau tiada kenapa leh marah sampai begitu sekali. Hurmmm, macam2 lah manusia ni.

  2. kejammmnyeeee….lagu b/g ni sad je bunyiknye tp best🙂 bila saya baca belog ni pagi2 cam waktu skrg rasa tenang sangat🙂

  3. eeee tah pape je lelaki tu. dia yang salah lepas tu nak ngamuk2. tarak betol punya orang.

  4. macam2 la.. teruk betul la perangai suami wanita tersebut.. benda kalau belum sah mmg sayangnya lebih.. cuba dh dapat esok2.. kekasih tu pun nasibnya sama je mcm isteri lelaki tersebut.. Lelaki kalau sekali memukul akan mjadi kebiasaan..

  5. ggrr..kejam gile laki dia..rase cam nk bako je hahaha

  6. Tu pasal nabi banyak kali pesan, Laa Taghdhob.

  7. subhanallah..bapa dan suami jenis ape begitu..bukankah suami sepatutnya melindungi keluarga..anak turut menjadi mangsa..haihhhh

  8. ish, mental betoi la…minta2 la benda2 gini tak jadi kat saya..

  9. emm kejam2..malas nk komen,byk sgt kejadian cmnie berlaku dlm masyarakat kita.isteri bukan utk dipukul, utk disayangi dan dibelai ok..huhu

  10. memang kejam.. simpati pada si isteri dan anak lelaki dia.. tergamak seorang ayah buat macam tu pada anak dia yang masih kecil tu… semoga suatu hari nanti lelaki itu akan menyesal dgn segala perbuatan dia..mohonlah dijauhkan..

  11. ni nama nya ba alif nga nga

  12. ngeri je dgr keganasan umh tangga skrang..semoga dijauhkan dari ada sifat begini..

  13. habis madu sepah dibuang…..

  14. CAM NE LA DUNIA SKANG NILELAKI YANG DIHARAPKAN JADI PELINDUNGDIE LAK YANG AMBIL KESEMPATANISK GERAM TUL LA

  15. pernah jd kat kawan sy..suami dia cekik dia kak..sian..kesnye tak sedia makan malam selepas penat balik dari kelas..suami dia sambung belajar..pastu anak plak duk melalak nak tido..sudahnye depa bertengkar & dia cekik kawan sy tu…mmg panas baran laaaa ish..takut nauzubillah jd kat kita….

  16. nila lelaki… marah jer… tampar bini… geram jer… sepak anak… nasib baik tak semua cam tu….

  17. meh sini..nak cekik ngan lempang dia balik…pd org pompuan jgn biarkandiri kita di buli sewenang2nya!!sila belajar tekwando!!!!huhu

  18. Tulah dia kannnn yg sah di tinggalkan yg haram tu jugak di cari… nilah jenis suami yg tak sedar diri… tak sayang dan kasihan ke pd anak dan isteri ?

  19. sngt kejam. .marah adalah sifat syaitansowie dear i "tertag" u yg gorjes sbb i tgk u i rase lapa rasa nk mkn sila terjah http://ladolcemucux.blogspot.com/2011/04/gugu-gaga-1st-giveaway.html

  20. bikin gua takot nk tawen

  21. ish,apalah nak jadi..bercinta sampai lupa anak bini…yg pompuan pun,takkanlah tahu suami orang kan…ish ish

  22. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya😉

  23. Simpati nasib wanita ini. Kasihan si anak . Tentu membesar dgn pengalaman yg tak dpt dilupakan.

  24. Simpati nasib wanita ini. Kasihan si anak . Tentu membesar dgn pengalaman yg tak dpt dilupakan.

  25. Sabar sebahagian dari imantiada kesabaran, marah dan dendam menjadi teman, renung2kanlah…..

  26. kes nie mmg selalu sgt berlaku sobab ada suami x mau ditegur dan x boleh ditegur..susah mcm nie,tu sobabnye Ego mereka sesgtlh tinggi,tp jgn lupe kite isteri pun ade tempatnya nak mengadu nasib kalo suami tu melampau sgt,dan ada cara penyelesaian yg sebaiknya.Alah org tgh bercinta kononnya,mcm dia ngan isteri dia mula2 dulu tp basi jugak lama2…baru kenal mmglah sayang2,dh lama2 nnt melayang dan nasib wanita yg tu pun sama jadinya ngan nasib si isteri td.

  27. begitulah jadinya bila nafsu syaitan dah menguasai diri…

  28. Nak buat mcm mana, dah lumrah hidup mcm tu..Siannya…

  29. kejamnye …. kot ya pun bergaduh jangan la sampai pukul memukul …tak suka lelaki kaki pukul

  30. bila tuhan makin dijauhi,, cmni la jadinya..

  31. ya ampuuun . serious kejam . tp , gmbar hiasan tu cite favourite ! adamaya !

  32. Memang lelaki ni lelaki dayus. Xbertnggungjwab, panas baran. Mintak2 la dijauhkan dengan lelaki macam ni.

  33. uit,tu area ghumah den tu.aishh,buat malu je.

  34. sekarang ni ape pun sanggup…..janji bagi dia , jalan yang di pilih utk terus bersama pasangan baru tercapai, tapi 1 hari nanti, dia pasti akan menyesal….Betapa kejamnya manusia seperti ni…….

  35. ikatankasihku,betul..sedih atas apa yg berlaku..kekejaman ke atas wanita..tak pernah abis cetenya..

  36. storyfromme,aaah..tu laaa…buat malu saja..ish

  37. Anitafasha,lelaki jenis mcm ni memang memberi pandangan yg sangat negetif ..memalukan..

  38. .syamim. sangat kejam..

  39. Fikri Rais,betul..setju dengan pendapat awak.:)

  40. eyna azmi,kedayusan terserelah bila pukul pompuan ni…ish

  41. l a l a , S h a h e i l a,sangat kesian..

  42. wahida,bila nafsu tak diurus dengan baik..mcm nilah jadinya..

  43. Lilyn,dalam setiap rumahtngga, adalah mustahil tak berlaku pergaduhan..biasalah suami isteri..tapi kalau dah sampai pukul, sepak terajang sangat memalukan berlaku..tapi ianya berlaku juga..

  44. Norsha,di pihak suami dan isteri perlulah saling tolak ansur..hormat menghormati..

  45. Nieda,ya sungguh simpati..

  46. Zuwairi Aiman,ya..dah singgah dan komen..:)

  47. Ila,dalam bercinta..semuanya indah..bila dah mcm ni sampai pukul memukul ni..sanagt tak setuju..

  48. Naddia,jgn lah ada rasa takut…

  49. muCux,saya kena tag ke..??

  50. CT NoArIzAh ArIs,entahlah..manusia yg tak berpegang dgn prinsip agama mcm ni laa

  51. ladyzamea,:)) suka baca komen awak.:)

  52. dwaty,moga menjadi pengajaran buat kita semua..

  53. rose –{@ ibuRafiq @},tak patut berlaku mcm tu…sedih mendengarnya..

  54. Axie04,nak jadi pelindung mcm mana kalau dah terlibat dengan pelbagai rencah dunia..contohnya terlibat dengan dadah..mesti rumahtangga jadi huru hara,,

  55. hayatunfadzila,memang tak mahu mcm tu…kalau boleh jgn jadi mcm tu..

  56. chinta,memang ngeri..tu baru tampar..bukan lagi yg lain2…

  57. s1t1 2uL41k4,betul..:)

  58. Faaein Himura,memang kejam..dan tak berhati perut langsung..suami jenis mcm ni.

  59. Puan Kutu,isteri bukan untuk dipukul..betul tu…apa guna ada suami kalau silap sikit tangan dan kaki naik ke muka..

  60. CintaZulaikha,memang mental dan menyedihkan..

  61. nurkass,sangat kejam perkara ini berlaku..

  62. Norhayati Rostam,tu la pasal..tak ikut apa yg nabi suruh..

  63. hanim azhari,betul…memang kejam..

  64. halila Ibrahim,memang tak patut suami dia buat mcm tu..di manakah letaknya kasih sayang sept mula2 kwin dulu..?

  65. Syazana Aziz,memang tak betul..

  66. alexa yussida,terima kasih..singgah komen..

  67. Fizalinolie,bila tahap kesabaran dah menipis..mcm ni lah..

  68. terima kasih atas komen2 sahabat di sini..semua komen sangt2 saya hargi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: