>6 tips melawan hantu……

>

Hari ini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda mengenai cara-cara mengawal hantu.

Tips ini saya perolehi melalui sumber-sumber lisan dengan beberapa pihak yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, tips ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Bukan untuk tujuan komersial untuk masuk ‘Seekers’

Tip 1: Hantu Pocong


Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun,selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip 2: Hantu Langsuir


Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak


Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Tip 4: Hantu Raya


Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah


Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi, Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung


Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk


Gitulah al-kisahnya… ada yang seram sejuk ker?


sumber: klik sini

32 Responses to “>6 tips melawan hantu……”

  1. hahaha… bagus btol tips2 ni ye…

  2. hahaha… bagus btol tips2 ni ye…

  3. alamak..betul ke tips ni..jangan bila berdepan tak buat pulak ye..hantu kak limah macam mana pulak?

  4. hahahhaa..kompom suma antu2 kalah🙂

  5. hadoiii….da la malam ni tgl sorg, dia wat post hantu la pla

  6. bukan setakat seram..dah terkencing nie..

  7. hahaah ! lawak la. tp masalahnye,sebeum bukak tali ke, tunjal kepale ke, beraye ke..saye rase saye da pengsan dulu dah =.= HAHHA

  8. salam sr, jom join sama2, saya da tagged awakhttp://missakalidaf.blogspot.com/2011/04/giveaway-from-moscow-by-miszlullaby.html

  9. hehe.. cube try dulu laa..

  10. erkk.. yg seram sejuknya bila baca entry nie tgh2 mlm camnie. haha🙂

  11. hantu kak limah tade???hehehe

  12. Assalamualaikum,Hu hu hu ingatkan leh mendatangkan SERAm kat sini😉

  13. urkssssss….hahahaha..aduyai tgl swg2 kt ruma nie,…

  14. HAHAHAHAHA.. kalau jumpa toyol..?? ajak dia main guli..??

  15. tips lawak….hehehe

  16. tak sempat nak buat semua kat ats tuh, terus pengsan..klu saya lah..minta dijauhkan la dari jpa entiti2 begitu…huhu

  17. CintaZulaikha,pengsan..?…:)

  18. katankasihku,:) saja menceriakan suasana,…

  19. Ayie,hahhhaa…cadangan yg baikkk tu..

  20. OKEdChokelaT,'oooopppss..sori……

  21. anyss,rupanya tak seram laa ek..:))

  22. umUMRA,tak ada….hahaha..tu kena tanya mamat khalid..:)

  23. :: Nonoy,janganlah seram….:))

  24. Erin Lutfi,hahhaa.cuba try dulu..ek>

  25. cik chinta,kena tag ke?..

  26. aQimie Ceplos,tu dah agak dah..kan? hahaha

  27. nurayunni,benar2 takut laaa ni..

  28. cik chinta,hahaha..jgn laa takut..

  29. MiSzy DiaN,haha..memang kalah kan?..

  30. Rozuan Ismail,tips yg lawak je zuan oooi…

  31. FaTin.FiRDaUs,memang bagus tips ni..:)

  32. terima kasih atas komen2 sahabat di entri ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: