>[ panas ] jawapan pihak lelaki dan pihak wanita pasal hantaran kahwin..

>

Di sini di berikan beberapa tips dalam urusan menentukan belanja hantaran. Sekarang ini ramai yang mengeluh mempertikaikan belanja hantaran perkahwinan semakin mahal dan tinggi harganya, kalau nak murah boleh juga… senang saja, katil almari meja solek buat sendiri kekekekeke…

Kat sini SR nyatakan ada beberapa sebab/alasan kenapa zaman sekarang ni hantaran kahwin semakin mahal.

Sebab dan Alasan;

1. Anak pompuan sorang tu saja, kenalah buat secara besaran.


2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat, banyak dah belanja pelajaran dah di habiskan.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post
5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Anak pompuan yang tastenya… berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompuan yang rasa dirinya… lengkap segala-galanya
9. Bapak pompuan tauke kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
10. Untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknya yang high-maintainence.
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni selalu dok mengumpat antara family lelaki saja)

1. Eh!!!! ni nak meniaga anak ke apa? Kadang tu mak bapak ok jer… si anak pulak lebih-lebih.
2. Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je..
3. Camni bilang kat dia orang simpan anak tu dalam store buat perhiasan laaa
4. Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpa jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je.
5. Apa diorang ingat kita sedara Bill Gates ke?
6. Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.


Ini pula kata2 dari pihak sebelah pompuan yang lelaki teringin sangat nak dengar;


1. Ikut suka hatilah. Berapa yang pihak lelaki nak kasi…, kita ambik je,,,. member tak cerewet.

2. Takpelah… Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.

3. Jangan bimbang. Hangpa cuma adakan hantaran je…. Duit majlis semua kita sponsor.

4. Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Hangpa cuma kasi 10% je.

5. Berapa nak bagi, bagilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompuan kita ramai lagi.

6. Apakata kalau hangpa ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin lagi…

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded kekayaan 7 keturunan tak habis punya, jawapannya :-


1. Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler….

2. Ehh… sikit benar!!! Camni tak nak lah…. Tak sama standard dengan kita punya expectation.

3. Ni… hantaran kira Rupiah ke Sin. dollars..? Kita cuma simpan American dollars je.

4. Kita tak biasa pakai cash laaa… pilihlah nak AMEX ke… Diners ke… boleh kata semua kredit kad kami ada la…

5. Sebagai hadiah upacara masuk meminang ni.. kami ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kami tengah parking kat bawah tu.

6. Ni… dia orang mintak hantaran ke… mintak duit nak belikan dia baju tiduq… Murahnya…?

Doa Untuk Mendapat Jodoh..

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah….

Jika dia tidak berjodoh denganku,
Maka jadikanlah kami jodoh…

Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku…

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku…

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku….
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan
Kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku
..

p/s….jgn diamalkan doa ni ya…..sr tak akan bertanggungjwab..

28 Responses to “>[ panas ] jawapan pihak lelaki dan pihak wanita pasal hantaran kahwin..”

  1. Biar betul..doa tu..buat Shikin gelak sampai senak perut nih..aduh janganlah doa macam tu..Tapi post ni sangat bagus nak bagi kesedaran..Syukur Shikin dah kahwinkan kakak dan tiga orang adik Shikin semuanya ikut kemampuan..jgn sampai berhutang…adik lelaki ada soranng lagi dah simpan duit nak kahwin..tapi yg penting semua kena temuduga dulu..takpandai Quran kena reject awal2..hehehe adik ipar perempuanlah..kakak n adik Shikin dua2 oversea graduate kahwin ngan org biasa je dan tak delah hantaran berpuluh ribu..Kalau ikut adat sampai bilapun masyarakat akan tertekan..yang penting HUKUMdan Syarat NIKAH penuh mengikut syariat…

  2. hahhahhahhahha…haduhh..mmg gitulah gamaknya zaman skrg nih. jgn diharaplah nak murah2..klu dapat yg murah, tu mungkin laki tu dapat tuah terpijak lah~~huhu.ada ke pepatah g2??

  3. salam,.=))ya Allah,mse bce doa tu kan,ehh,nape doa ni cmni,.rpenyer doa org yg taksub sgt ngan psngan die,.haiss,mne bley gitu,.hehe,.sy lpas pnglman dlu,hati ni brserah je dgn tkdir,.Allah dh tetapkn yg trbaik buat kite kan,.soal hntran pe sume tuh,ermm,.ntah la,.no komen,.hehe,.amik je ape diorg nk bg,.kang xbg lgsung,mau ngange!,.haha,.nice info ckgu,hehehehhe,.adoii la,trkjut sy,.

  4. hahaahhaha..doa tu nak-nak jugak..tak tahan..hahahhaha..gelak guling2..

  5. Hahhahahaha…Doa tu..Cepattt…ada sapa belum kawen..sila hafal doa tu..kikikikikiii

  6. Sue mohon share ya..

  7. zaman skang semua zaman duit,nk kawen pun hantaran tggi la.haha tp berpada2 ikut kemampuan la kan..

  8. pendek kta la kn hehehedunia sudah berubah..zaman sudah maju..hehehenk letak murah2 payah…nk letak mahal pown payah..nk plih sderhana..pew lak kta haihhh..mcm2 herba kn hehehedoakan yg tbaik jew hehe

  9. doa tu gempak la..nak share boleh?gtaw kat shout sya ea.. ^^

  10. errr…sr..pnh bc doa gtu ke?

  11. seb baek saya budak bawah umur lagi, tak yah fikir2 pasal antaran dalam masa sepuluh tahun akan dtg;D

  12. macam kejam je doa tu..😄

  13. harga barangkan dah naik.. jadi kenalah naik kan wang hantaran tu.. hehehe… errr.. doa tu memang sgt bahaya.. tapi doa tu jugalah yang SR suka letak kan?.. hehehe.. =P

  14. Kelakar gila entry ni. hehehe.. doa tu yg tak tahan tuh….

  15. punyalah panjang doa tu…rupanya buat lawak…^__^

  16. adoyaiii,,baru nak hafal doa tu,hehe ,tapi bleh gak amalkan tuk pojaan hati ku,,hehe,,ermm bab hantaran tu kene sehati sejiwa la,,jgn di ungkit2 plak kemudian nant

  17. mengarut je doa cam 2..hahaha

  18. syoknye yang ade kete lembogini tu sr! haha

  19. ini la yg jd bila adat dilebihkan dr agama..dlm agama hanya mas kawin yg wajib tp orng kita melebihkan wang hantaran…sy pompuan tp sy tak setuju dgn hataran yg melampau2 sekarang ni..lepas tu nanti yg nak kawin buat pinjaman sbb hantaran tinggi sgt..dapat anak 3 tak tentu duit pinjam tu dah abis bayar…ini la reality sekarang..orng sekarang lebih kan adat n nak menunjuk sesama yg lain jer…lagi grand lg dorng bangga lepas kenduri sendiri mau ingt la..mak bapak kopek..pengantin dikelilingi hutang..salah satu fakto penceraian tinggi skrng ni tu la ekonomi yg tak leh nak stabil pasal bebanan utang yg dah dibuat..

  20. aduhai.. haha.. macam2 option mak bapak cakap kan? haha.. lucu jek..amboi2.. doa tu cam pelik je.. rupanye sekamar rindu yang buat. cis, haha.. baru nak amal nak carik jodoh😛

  21. salam SR,hahahaha… mengancam doa tu

  22. aduh, pening klu pikir bab kawen2 ni, huhu

  23. takut pulak tengok doa tu, brutal sungguh, kahkah!

  24. TIBA2 TAK SABAR NAK KAWEN LEPAS BACA ENTRY NI😄

  25. nak share doa tu..lawak ler..mesti MY LURVE akan suka..mohon share ya tuan tanah

  26. ikut kamampuan dan jgn sampai membebankan…

  27. hahaha…nsib baik bg amaran..kalo x mang da lame sy amalkan..hehe..nice topik

  28. hahaha…nsib baik bg amaran..kalo x mang da lame sy amalkan..hehe..nice topik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: