Archive for May, 2011

>"tulah..jangan bergaduh dengan isteri…."

Posted in "tulah..jangan bergaduh dengan isteri...." on May 31, 2011 by sekamarrindu2009

>

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.Pada suatu malam si suami telah menulis nota…“KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI” dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.

Keesokan harinya si suami terjaga daripada tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi.Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis…“BANG, BANGUN BANG SUDAH PUKUL 6.30 PAGI”

>Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis

Posted in Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis on May 31, 2011 by sekamarrindu2009

>

DHAKA: Seorang wanita yang bernama Monju Begum, berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.

wanita ini yang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak menjelaskan, lelaki itu yang bernama Mozammed haq Mazi telah menyerangnya. Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. “Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah,” kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer. – AFP


>‘Berdebar luar biasa’: Selamat Pengantin Baru Abang Jem…..

Posted in ‘Berdebar luar biasa’: Selamat Pengantin Baru Abang Jem..... on May 31, 2011 by sekamarrindu2009

>

SAAT BAHAGIA…Salih bersama isteri keempatnya, Emi.

KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

p/s>……abang jem memang lelaki yang hebat…

>bila ada orang yang teringat pada Anaklaut, hati saya jadi terharu …

Posted in ingat anaklaut on May 30, 2011 by sekamarrindu2009

>

sebenarnya pagi ni…seperti biasa dalam tengah dok membaca komen-komen sahabat di blog, saya tertarik satu komen, dari Faaein Talip Roy bila dia menyebut perkataan “Anaklaut” Hati kecil saya sekali lagi terusik.. Faaein adalah seorang blogger di blog saya Anaklaut.. di blog itulah banyak kenangan manis pahit terukir…dan yg paling pahit pun banyak..terima kasih Faaein ( atau Faarihin). .. atas perkara2 yang tak dapat dielakkan blog tersebut terpaksa dipadam…..
terima kasih pada sahabat2 yang masih ingat pada anaklaut..

Faaein Talip Roy berkata…

puisi anak laut memang best2 aje di baca… rindulah plak dengan blog itu..


>abang ingin menulis puisi…

Posted in abang ingin menulis puisi... on May 29, 2011 by sekamarrindu2009

>

sayang….ingin sekali abang menulis puisi di gelombang laut..
biar arus menghanyutkan ke tengah teluk
berombaknya menjadi ombak bertaut..


sayang….ingin sekali abang menulis puisi di kala hening..
biar malam melarutkan dalam lenamu..
menjadikannya mimpi indah..

ombak bertaut…yang kekal abadi..

>Isteri Minta Cerai Gara-Gara Alat Sulit Suami Patah

Posted in Isteri Minta Cerai Gara-Gara Alat Sulit Suami Patah on May 28, 2011 by sekamarrindu2009

>

Seorang lelaki dituntut cerai oleh isterinya setelah isterinya mendapati Mr.P suaminya palsu. Hal ini terbongkar ketika mereka sedang berhubungan seks. Si suami, Grigory Toporov (48), mengatakan bahawa dia tidak tahu seberapa besar Mr P yang diinginkan isterinya sehingga dia melakukan ‘sambungan’ Mr.P. Namun, isterinya terkejut dan ketakutan ketika Mr. P suaminya patah saat mereka sedang asyik melakukan aksi panas. Greg mengatakan akan melakukan extension Mr. P lagi, namun si isteri sudah tak kuasa di tipu dengan kegagalannya ketika di ranjang dan dia tetap minta cerai.

sangat kesian laa kat isteri……palsu rupanya...


sumber : klik sini


>cuti dah bermula…..selamat pengantin baru kepada yang akan melangsungkan perkahwinan….

Posted in cuti dah bermula.....selamat pengantin baru kepada yang akan melangsungkan perkahwinan.... on May 27, 2011 by sekamarrindu2009

>

cuti dah bermula….sekarang tengah bersiap2 untuk pergi ke Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan, di Dataran Rembau, Negeri Sembilan yg akan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, malam ini..
pastinya ramai yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa cuti nanti, kepada yg akan melangsungkan perkahwinan tu, selamat pengantin baru diucapkan, moga kekal bahagia hingga ke anak cucu..