>Siapakah yang menulis kata-kata yang begitu indah ini di entri saya..??

>

siapakah kamu..?
Siapakah yang menulis kata-kata yang begitu indah ini..? kata-kata di bahagian komen di entri saya…sungguh indah sekali, ternyata penulis kata-kata ini bukan calang-calang orang…hebat dalam tutur kata ..indah dalam menyusun bait-bait yang sesiapa saja boleh menggetarkan jiwa…
apapun terima kasih kepada yang menulis ini….walaupun saya tak tahu sesiapa penulisnya. sebagai membalas komen-komen dari penulis tanpa nama ini…saya ada puisi khas buat beliau..
” bahagiakah kamu…
ketika musim hujan tiba
ku bukakan payung untukmu
kita saksikan titisan-titisan air
berebut jatuh di hujungnya..

bahagiakah kamu..
ketika musim bunga tiba..
ku petik setangkai buatmu..
kelopak-kelopaknya bertaburan di antara jejemari kita..

terasa berada di gelombang laut..
arus membawa ke celah teluk..
ombaknya menjadi ombak bertaut
antara kita..

bahagiakah kamu…?
di entri “Sudah Menjadi Adat”
Tanpa Nama berkata…

yang tinggal biarlah hanya kita berdua menjadi penunggu setia bulan dan bintang di malam hari.

loveeeeee youu!

4 Mei 2011 4:10 PM
di entri dalam “Kamar Waktu Yang Tak Berpintu”
Tanpa Nama berkata…

cahaya dalam sekamar rindu akan selalu ada biar pun kabut selalu hadir menyimbah perjalanan hidup kita….

cahaya kasih kita di sekamar rindu pastinya syahdu…penuh cinta..

love you..

4 Mei 2011 4:16 PM

di entri “Kunikmati Detik-detik rindu petang ini”

Tanpa Nama berkata…

rintik yang merindu antara dedauan kasih kita..menjadi tanda bahawa hati kita gelora tiada taranya…

diam rindumu selalu..walau dalamku..

4 Mei 2011 4:23 PM

39 Responses to “>Siapakah yang menulis kata-kata yang begitu indah ini di entri saya..??”

  1. snggh puitis :)siapakh kmu ?

  2. rasa bahagia itu adabila kau payungi akudalam rintik cinta yang ceriahujan cinta semakin lebatmembasahi hati kitayang semakin rindu menggebudan pabila musim bunga mewangikau taburi aku dengan haruman kasihbunga di kalungan hatimenjadi tanda cinta terpatriantara kau dan akudalam sebuah kisah merdudi sekamar rindu..pastinya aku terharubersamamu kasihku..terima kasih kerana puisimu membahagiakan hatiku …hanya kau yang cukup indah di mata..juga di jiwa…love you..

  3. perghh…tuan punye blog ni ade admire la..hehe

  4. sape2 pun boleh jatuh hati kat SR.. semua entry SR menusuk kalbu..

  5. siapakah anda ? nice enty . love it .

  6. owh,nampaknya pembaca setia kamu dan boleh dikatakan secret admire kamu..see akhir kata ada word LOVE YOU…wah kagumnya…hehe =]

  7. siapa tu??🙂

  8. dari perkataan trun ke hati..hebat tu🙂

  9. seseorang yg istimewa dihati SR?😉

  10. wahh! indahnye..ish2..siapakah tanpa nama tue ye..hehe

  11. wahhh siapakah gerangan secret admire SR nih . . huuuu

  12. wahhh…SR ada admire…secret lagi tu…:)

  13. wah… ade y memerhati rupanya…

  14. gf u la tu.. fewwiiit!!

  15. moga bahagia keduanya bersama menyimpul rindubersama menyulam cinta….moga SR sentiasa bahagia

  16. SaLaM SR…WaH!~ MiSTeRi Ni… SeCReT aDMiRe KoT… JeNG3!~ (^_____^)V

  17. wow, best. who are you? come on, tell us! kami excited nak tau🙂

  18. waaahhh….malah dlm diam TH snd suka dgn entri SR.byk bkaitan dgn hujanterasa spt mengenali tanpa nama itu

  19. ehem2..so suwiit..puisi TN pn sungguh puitis..hee.xde 0rg ke nk adiahkn kite puisi,dahla hati terluka..hukhuk..

  20. dia pandai berbahasa..siapakah kamu??

  21. jumpa buku dengan ruas

  22. salam..aduh2..peminat misteri SR ke tuw??jelessnyaaa…uhukk(adekah dia telah mengetuk pintu hati sekamarrindu??))

  23. uish…dh mcm dlm novel🙂

  24. dah tentulah jantung hati SR..hehehe.. lagi mau tanya.. =P

  25. jeleesssss..boleh jatuh cinta!! aedeehh.. pengsan!

  26. Sumpah saya terpegun~ ^^

  27. Biasanya, jika ada pengomen yang guna nama samar-samar adalah orang yang dikenali rapat oleh pemilik blog.Jarang orang luar nak guna nama gini, kecuali orang yg pernah menjadi insan rapat pada SR sendiri.siapa agaknya? Ahaks!

  28. seronoknya SR ada secret admire..siapakah gerangan insan yg sdg berjiwa itu…jeng3x

  29. menarik….macam…nak …buat….cerpen….pasal….ni….erk..boleh ? hehe

  30. Wahhh! hebat, from the same person ke? And yeah! dia bagi another puisi lagi in the comment section above.🙂

  31. SAlam,Mungkin inilah dikatakan pertemuan antara dua hati yang merindu….Kadang sayang…kasih…cinta itu sukar diungkap scr terus terang dan bersemuka…kdg org hya berani sebut 'love you' scr sembunyi mcm Tanpa Nama krn kurang pd keyakinan diri utk perkenalkam diri sbb Shikin rasa org ini mmg rapat dgn SR dan sntiasa mengkuti perkemmbangan SR selama ini…tp mendiamkan diri…tp skrg sudah ada kbrabian utk brsuara…tunggulah SR nanti tk lama lagi SR akan bertemu dgn orgnya … Bersediakan SR mmbuka rung untuk Tanpa Nama??????

  32. ada peminat istimewa rupanya adik SR…🙂

  33. wah..sapakah gerangan tanpa nama tu yer.SR ada peminat misteri ker

  34. wahhhh..siapakah gerangan tuan empunya puisi tu ye..mmg best kata2 dlm puisi tu..SK sila siasat..:)

  35. berbalas2 puisi….sah secret admire ni..=)

  36. SR lagilah suspen kan. Wahai tanpa nama kalau benar SR impian kalbu, mengapa harus berlindung hingga membuat SR cemburu utk memburumu….

  37. duhai tanpa nama,munculkanlah dirimubiar hilang segala ragukamipun tidak tertunggu-tunggumungkinkah jodohmu bersama sekamar rindu…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: