>Al-Quran, kain ela tidak hangus dalam kebakaran yang meragut nyawa seorang ibu demi selamatkan 3 orang anaknya

>

RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI – Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

“Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,” cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.

Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

p/s:….ibu sanggup berkorban nyawa demi anak….

35 Responses to “>Al-Quran, kain ela tidak hangus dalam kebakaran yang meragut nyawa seorang ibu demi selamatkan 3 orang anaknya”

  1. sedey..ajaib betoi kuasa Allah nih…

  2. rasanya mati rentung adalah husnul khatimah..kalau x silap la sbb pernah terbaca..

  3. kuasa tuhan yg esa..allahuakbar..

  4. CintaZulaikha,memang sedih…:)

  5. irene_shane,,tq singgah komen sini…

  6. Eyrique Ettiqazz.,yaa….moga roh arwah dicucuri rahmat, amin

  7. miss frog,kita hambanya perlu redha…

  8. cinta Ibu dan cinta Allah mengatasi segalanya. Moga rohnya ditempatkan dengan orang yang beriman. Amin.

  9. Insaf bila baca entri ni

  10. subhanallah..kekuasaan Allah s.w.t..lagipun kain tu tak sempat nak dijahit. mungkin sudah niat ibunya utk memakai namun tak kesampaian…

  11. ibu sanggup berkorban. tu la kuasa Allah.kain n al quran x hangus n x terbakar pon.

  12. Baru baca dah menyayat hati..Berat lagi kita yang membacaBerat lagi mereka yang memikul nyaPadaNya kita berharap mereka dipermudahkan dalam meneruskan kehidupan seterusnya..Semua terjadi menunjukkan betapa Allah swt itu wujud bagi yang semakin alpa denganNyaTuju untuk diri ini..

  13. sedih betul cerita ni….mak die selamat kan anak2 tapi mak yang terkorban….

  14. kuasa Allah~

  15. kuasa Allah SWT buat pengajaran pada yang masih hidup kt dunia ni…

  16. Kehilangan ibu di waktu org lain menyambut hari ibu..Semoga mereka tabah..

  17. subhanallah…kuasa Tuhan🙂

  18. sedih la … tapi dah takdirkan..

  19. suhanallah….. kuasa Allah amat besar kan… buktinya ada dimana2…kesian kat ank2 yg ditiggalkan..😦

  20. sedihnya….. kuasa Allah

  21. sedih… semoga rohnya dicucuri rahmat…

  22. sangat menyedihkan..inilah pengorbanan ibu..semoga roh beliau disisi orang2 yang beriman./amin

  23. memang 1 kisah yang menyayat hati…kesian anaknya yang masih kecil…

  24. siannye diorg,..isk,isk,isk,.

  25. demi anak anak sanggup korban nyawa😦

  26. pergorbanan terbsar sorg ibu

  27. sedihnya…kuasa Tuhan mengatasi segalanya…

  28. Hanya ALLAH yg Maha Mengehtahui segala2nya..Sebagai umat, redha dgn ketentuanNYA, harus tabah & cekal dlm menghadapi pelbagai ujian

  29. Subhanallah.Ibu selalu bkorban utk anak²nya.Tp pengorbanan anak utk si ibu kita susa nak nampak.

  30. hebatnya kasih ibu

  31. Allahuakbar ! semua tu kuasa tuhan. hmm memang sedih baca cerita ni. ibu sanggup berkorban utk kita. jangan lah sia2 kan ibu kita.

  32. subhanallah..

  33. terharu dngn citer ni, menitis air mata, ibu sanggup bergadai nyawa demi anak2..alfatihah untuk arwah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: