>[ gambar ] budak yang mati lemas di Ulu Bendul yang diambil sebelum peristiwa tersebut…alfatihah buat arwah..

>

Abdul Azam mengangkat jenazah anak saudaranya dengan bantuan daripada orang ramai.


SEBAK…Wan Azleela tidak dapat menahan sedih ketika melihat jenazah dua anaknya


TINGGAL KENANGAN…gambar Nursyaza Alisa (kanan), Norshaza Azera (kiri) dan Nur Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian.

para penyelamat sedang mencari mangsa yang masih hilang

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yg memikul…saya sangat simpati kepada Puan Wan Azleea Wan Abdullah, yang kehilangan 3 orang anaknya akibat fenomena ‘kepala air ‘ di Ulu Bendul beberapa hari yang lalu.. ( 2 orang dah dijumpai, manakala Nurshaza Shakinah Said, 2 tahun masih lagi belum dijumpai sehingga sekarang.
KUALA PILAH: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.
Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.
Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.
Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.
Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.
“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.
“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.
Wan Azleela berkata, air matanya sudah kering menangisi pemergian tiga anaknya itu termasuk Nurshaza Alisa, 5, Nurshaza Azira, 4.
“Sejak anak-anak hilang, saya menyertai gerakan mencari tidak kira siang atau malam tanpa mempedulikan kesejukan air sungai.
“Namun, saya tahu mereka gembira dan riang di sana. “Apabila bersendirian, saya sentiasa melihat Shakinah tersenyum ke arah saya.
“Saya berdoa mereka dirahmati Allah. Saya juga berharap mereka mendoakan saya tabah menjalani hidup ini di dunia tanpa kehadiran mereka di sisi,” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata, seorang kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah ditugaskan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa supaya dapat menerima hakikat kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, pihaknya kini membahagikan kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) kepada dua kumpulan membabitkan kawasan sungai yang dalam dan tempat berkelah.


SR mengucapkan takziah kepada Puan Wan Azleela..harap beliau bersabar atas dugaan Allah SWT yang maha hebat ini….

36 Responses to “>[ gambar ] budak yang mati lemas di Ulu Bendul yang diambil sebelum peristiwa tersebut…alfatihah buat arwah..”

  1. Al-fatihah😦

  2. takziah kepada keluarga Puan Wan Azleela..YA ALLAH betapa kuat cabaran yang kau berikan pada hamba-hamba Mu ini..smga mereka tabah..

  3. sabar… satu hikmat yang tersembunyi yang sekarang mungkin puan tak nampak.anak-anak kecil ini akan membantu kita diakhirat nanti.

  4. itulah dugaan tuhan,kita tidak dapat menduga.

  5. semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA,,amin.

  6. alFatihah buat mereka .

  7. al-fatihah, apapun kenangan bersama mereka tetap abadi dan buat ibu mangsa moga tabah dengan dugaan yang tak diduga ini.

  8. SaLaM…MaSa MULa2 Baca BeRiTa Ni MGGu LePaS, RaSa SeDiH SaNGaT… BuDaK2 LaGi… Hmmmm…

  9. dari Allah kita datang, dari Allah jua kita kembali….moga keluarga ini tabah menghadapinya….

  10. ya Allah!!! sayu nye rasa hati…cepat2 jeling anak2 kat sebelah….wahai hati tabahlah engkau!!!

  11. yg bongsu masih juga belum dijumpai..moga keluarga ini tabah

  12. sedih bila kehilangan org yg trsyang skaligus,..ya Allah,Kau tabahknlah hati ibu dn klrga ini,.moga roh arwah d tmptkn dlm klangan roh org2 yg beriman,.

  13. alfatihah untuk arwah …sedihnye ..

  14. alfatihah..sebaknya …moga dia terus diberi ketabahan..'wahai puteri2.. moga kalian tenang disana… amin😦

  15. Kita hanya meminjam.. sampai masa perlu dipulangkan.. Al fatihah..

  16. sayunya..hilang anak serentak.semoga ibu tu tabah.

  17. Kecian, ALLAH lebih sayangkan mereka….Al-Fatihah…

  18. ya Allah…semuga ibu ini tabah…al fatihah buat anak2 kecil ini…

  19. Al Fatihah…dulu selalu lepak ulu bendul bawak fmly…skrg mcm dah x berani…

  20. walaupun dh baca berita ni..dn amik tau perkembangan dia..still naik bulu roma lagi..sayu sgttt

  21. takde pon dalam paper tulih…" si bapak meranduk sungai mencari anak yg bongsu" mane pegi laki dia? itula kasi si ibu..sanggup meranduk sungai demi mencari anak..kata pn azalea.biar mati berpusara..sayu sungguh tgk ibu cekal itu..

  22. semoga Pn. Wan Azleena tabah menghadapi ujian tuhan..smoga roh ketiga2 anaknya dicucuri rahmat..amin..sgt comel anak22 nye..

  23. takziah kepada keluarga Puan Wan Azleela..Semoga mereka tabah dengan dugaan Allah ni.

  24. al-fatihah..sedey sgt bila dgr kabar nih..minta2 la anak yg terakhir tu dijumpa dgn cpat..

  25. berat Allah menguji dia..tapi pasti besar ganjarannya…hikmah itu tersembunyi..kadang kita tak mengerti..

  26. Salam takziah..bagi ibu dan bapa pasti sangat terasa sgt sentap bila dengar berita2 macam ni.. Fenomena kepala air memang tak dapat dijangka..

  27. saat chinta membaca berita ni kat paper..tiba2 air mata jatuh..ase sayu je…x tahu la kalau kita ditempat mak dia…tabahlah wahai ibu..sesungguhnya anak2 mu menunggumu disana…Amin..

  28. Ya Allah, al fatihah buat arwah. Takziah diucpkan. Hrp tabah menghadapi ujian Allah s.w.t.

  29. Allah menduga hambanya yang kuat.. saya tak boleh bayangkan .. hanya sabar n kekuatan serta iman yang menguatkan diri .. hanya Allah yang tahu.. pasti ada himah sebaliknya…

  30. salam takziah..saat kehilangan seorang anak lelakiku pedihnya masih terasa sahingga kini..sangat rasa sakitnya jiwa puan azleela..semoga terus sabar dan tabah menerima ujian Allah..

  31. ya allah..kesian sgt…hmm….allah lbih sygkan depa…al fatihah

  32. al fatihah… Ya Allah mesty sebak sgt haty seorang ibu.. sy y bc niyh pon sebak sgt2😦

  33. dikkk sebabk dan bergenang air mata akak bila baca kisah ini ..x dpat bayangkan perasaan akak sekirannya akak di tempat dia .. kehilangan ketiga2 anak sekaligus .. ya allahhhh semoga kau berikan ibu ini kekuatan dlm ujian mu ini ..akak terbayangkan wajah anak2 akak bertiga juga .. semua masih kecil .. akak terlalu sayangkan mereka kerana akak dah x boleh mengandung lagi .. x dpt bayangkan kalau akak kehilangan mereka .. subhanallahh ..

  34. ya ampunnnnnn.sebak kejapp bc entry nii. al fatihah.

  35. al fatihah atas keluarga mangsa…cikgu…selamat hari guru, nanti ambil kad ucapan diblog ayu ya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: