>gara-gara bawa lari anak gadis orang kahwin di Thailand, lelaki ini teruk dipukul.

>

SAKIT…Mohd Azhar mengalami cedera di mata, tangan dan anggota badan akibat dibelasah awal pagi, kelmarin.

SUNGAI PETANI: “Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,” kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Mohd Azhar yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.

Mohd Azhar yang juga seorang peniaga berkata, dalam kejadian itu sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar di sini, sebelum memecah masuk pagar dan pintu rumah.

Ketika itu, Mohd Azahar dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.

Dia kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda.

sumber: Harian Metro 21hb Mei 2011

Memang rasa terkilan dan sukar nak digambarkan seandainya perkara ini terjadi.. mengapa perlu membawa anak gadis orang kahwin ke Tahiland..?..dalam hal ini sepatutnya tidak berlaku kalau tidak mengambil tindakan terburu-buru..
perkahwinan adalah soal besar yang tidak boleh diambil mudah, dengan kata lain maruah keluarga sama ada lelaki dan perempuan perlu difikirkan juga…
semoga menjadi pengajaran kepada kita semua….

13 Responses to “>gara-gara bawa lari anak gadis orang kahwin di Thailand, lelaki ini teruk dipukul.”

  1. Segalanya berpunca dari nafsu tidak dapat dikawal. Baik yg kena pukul mahupun yg kena pukul.Oleh itu sebelum bertindak gunakanlah akal yg Allah beri utk kebaikan. Cari jln terbaik bukan melarikan gadis dan bukan memukul lelaki itu…

  2. assalamualaikum…hmm…pepagi lagi dh dpt cerita ni…menggerunkan betol la…benda boleh dibawa berbincang… patut x jd kes mcm ni

  3. masa bawak lari anak orang tak fikir ke apa yg akan dia kene… huh.. da kene baru sebok2 nk masuk paper lagi..

  4. bila nafsu menguasai akal, beginilah jadinya….moga jadi iktibar pada semua….

  5. Macam2 dunia sekarang…mengapa ambil jalan mudah, yang sudahnya akan menjadi payah. nauzubillah

  6. untung kawin lari dari terus buat mksiat..

  7. sape suruh bawa lari anak dara orang.padan muka.

  8. dua dua x pakai otak..tp sgt x ptut pukul smpai mcm tu skali, kesian pulak tgk..dia bkan bt jenayah..niat dia kawen even cara dia salah,dia bukan bt mksiat

  9. alahai kesian pulak..yg memukul pun ikut hati je..bawak-bawakla bincang dulu..mestila ade sebab kenape die p kawin kat siam…takkanla die suke2 je gatal nk p kawen kat sana tu..things happen for a reason la kan..

  10. oo,.takmo takmo kawen lari gitu,.penat je!,.baik duk diam2 kat umah,org dtg minang,setuju,.kih3,.xyah penat2 nk lari kn,.hehe,.

  11. 22 xleh pk pjg..somi isteri sme je..tang somi pulak..bwk la berbincng dgn family pompuan dlu..klau kne reject…pndai2 la..lme2 terima la tu..tang bini pulak..xpk family jugak..tggu la dlu..but scra baik..huhu

  12. Assalamualaikum … pernikahan Mohd Azhar Aziz dengan Safawati Shafie adalah tidak mengikut prosedur pernikahan pihak berkuasa Majlis Agama Islam Songkhla. Jam 12.32 tgh pada 12/6/2011, saya telah menghubungi Dr. Abdul Rahman Kaiyem, di Bangkok yang bertugas sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam Songkhla di talian +66815988093. Pernikahan tersebut berlaku di sebuah Masjid Klung Lapang, Sadao. Bertarikh 17 Mei 2011. Lebih kurang 3 KM dari sempadan Bukit Kayu Hitam Kedah. Pernikahan dengan mengguna wali Tahkim oleh orang yang tidak ditauliahkan oleh Majlis Agama. Pihak berkuasa Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tidak membenarkan sebarang pernikahan pasangan luar negara di luar pejabat Majlis Agama. Jika berlaku juga, pihak Majlis Agama tidak bertanggungjawab dan tidak akan mengeluarkan sebarang surat pengesahan nikah. Prosedur pernikahan di Thailand adalah seperti berikut:1. Mesti di Pejabat Majlis Agama Islam mana-mana wilayah.2. Menggunakan wali Am/wali Hakim.3. Melebihi 2 marhalah dari tempat wali sebenar tinggal.4. Perempuan yang sah dari syarak untuk dinikahi.5. Masuk menggunakan Passport/Borderpass.6. Dua hari proses untuk mendapatkan surat pengesahan Konsul Malaysia di Songkhla.7. Bagi yang tidak ada Passport/Borderpass perlu bawa surat akuan sumpah dari pesuruhjaya sumpah malaysia.8. Banyak lagi prosedur yang perlu mendapatkan informasi dari masa ke semasa dari Pejabat Komsul malaysia di Songkhla.* Maklumat temu bual saya dengan Safawati Shafie, beliau dibawa masuk ke Thailand dengan tidak menggunakan pas perjalanan yang sah. Beliaupun mulai rasa tertipu dan macam dipaksa secara halus sehingga beliau ikut tanpa bantahan.

  13. As salamAgak tidak adil untuk menghakimi orang lain sekiranya kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. Seperti yang di tulis oleh Tok Long Solleh, perkahwinan mereka adalah tidak sah dari segi hukum syarak mahupun undang2. Orang kampung mengambil tindakan sendiri kerana tiada tindakan dari pihak berkuasa setelah banyak laporan polis yang telah dibuat. Ini mungkin disebabkan kerana lelaki tersebut pernah menjadi polis tetapi telah tamat perkhidmatan. Bayangkan sekiranya seorang gadis yang periang tiba2 menyepi dan tidak lagi mahu memandang wajah ibu bapa sendiri. Sihir atau tidak anda sendirilah yang tentukan.Berita terbaru, lelaki terbabit sekali lagi telah melarikan gadis tersebut tanpa disedari ibu yang berada dirumah menjaganya. Sekali lagi sihir atau tidak anda sendirilah yang tentukan. Ini boleh diklasifikasikan sebagai kes culik kerana mereka tiada ikatan dan dibawa tanpa pengetahuan penjaga yang sah.Wallahuallam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: