Archive for June, 2011

>cerita pasal ayah

Posted in cerita pasal ayah on June 29, 2011 by sekamarrindu2009

>

petang ini…tiba-tiba ayah mengadu pening kepala…
sejak ayah hidap stroke…atau angin ahmar
semua rutin ku dah berubah…
rutin yg tak pernah tinggal ialah skrg dah jadi tukang urut ayah.
dalam semimggu 4 kali urut ayah…nak harapkan pada siapa., kalau
bukan pada anak dia..bukan?…tulah rutin saya..
segala urusan perubatan ayah menjadi tanggungjwab ku..
balik sekolah, kalau tidak ada apa2 urusan rasmi
pasti dok luangkan masa dengan ayah..kami borak apa saja..
satu moment yg cukup menggembirakan tatkala lihat ayah tersenyum

Advertisements

>Kajol Penyanyi Dikir Barat Glamour Kelantan disiasat jabatan agama kerana mengaku bukan Islam

Posted in Kajol Penyanyi Dikir Barat Glamour Kelantan disiasat jabatan agama kerana mengaku bukan Islam on June 29, 2011 by sekamarrindu2009

>

KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.
Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.
“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.
“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.
Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.
Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.
Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.
Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.
Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.
“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.
Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.
Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.
Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.
“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.
“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album.

sumber: harian metro

>Mahasiswi Di Universiti China Diminta Siapkan Assignemnt Pamerkan Seluar Dalam Untuk Tugasan Mereka..[ ada ke patut..ishh..ishh]

Posted in Mahasiswi Di Universiti China Diminta Siapkan Assignemnt Pamerkan Seluar Dalam Untuk Tugasan Mereka.. on June 28, 2011 by sekamarrindu2009

>

TEMPO Interaktif, Pengumuman itu ditampal di asrama mahasiswa di Wuhan, Hubei, China. Bunyinya: “Yi Ci, jurusan ilmu filem, sedang mengumpulkan bekas pakaian dalam untuk pameran tugas akhir.

Yi Ci juga menulis, “Saya berharap kamu boleh menyumbangkan bekas pakaian dalam anda ke dalam kotak di bilik mandi umum. Sumbangan anda akan menjadi sebuah karya seni yang besar. Ayuh, bergabung dengan saya!

Dalam beberapa minggu, Yi Ci berhasil mengumpulkan ratusan bekas seluar dalam . Keinginan mahasiswi senior di Hubei Institute of Fine Arts akhirnya terwujud. Dia menggelar pameran bekas seluar dalam dengan tajuk “Privacy.”

>Wanita ni selamba berjalan tanpa pakaian

Posted in Wanita ni selamba berjalan tanpa pakaian on June 28, 2011 by sekamarrindu2009

>

GUANGZHOU – Seorang perempuan muda membikinkan orang ramai kelam kabut di jalanan di Guangzhou, China Selatan. Perempuan tersebut berjalan kaki dengan tanpa pakaian sehelai pun.

Perempuan yang dalam likungan 20 tahunan tersebut terakam kamera CCTV sedang berjalan kaki di sisi-sisi jalan daerah Ghuang Zhou.

Perempuan tersebut tidak berhenti melangkahkan kakinya hingga dia memasuki sebuah hospital bernama Zhongshan. Di sana seorang jrurawat memberikannya pakaian.

Hingga berita ini dikutip dari Orange, polis masih menyiasat perempuan tersebut.

p/s….mungkin ada masalah kesihatan kot….

>Lelaki kena tipu,kekasihnya yang berjilbab rupanya seorang lelaki

Posted in kekasihnya yang berjilbab rupanya seorang lelaki, Lelaki kena tipu on June 28, 2011 by sekamarrindu2009

>

REPUBLIKA.CO.ID, MADINAH – Di Arab Saudi, seorang pemuda mengaku sangat terkejut setelah mendapati kekasihnya yang selama ini selalu dibalut pakaian hitam dan berjilbab adalah seorang pria.

Pemuda yang disembunyikan identitasnya itu mengenal sang ‘kekasih’ melalui jejaring sosial. Berkasih adalah hal terlarang di Arab Saudi, dan keduanya membangun hubungan dengan chatting atau saling berkirim surat elektronik.

Suatu hari, keduanya sepakat untuk bertemu di sebuah restoran di Madinah. Sang pemuda memandu sejauh 800 km untuk menemui belahan jiwanya di sebuah restoran makanan segera gaya Amerika, yang agak longgar peraturannya, sehingga keduanya boleh bertemu di dalamnya.

Sang ‘gadis’ datang bersama rakannya, sama-sama berjilbab menutup muka. Ketika mula makan, si pemuda meminta dia untuk membuka penutup mukanya sedikit, hingga ia boleh melihat wajahnya. Alangkah terkejutnya, ia menemukan sang kekasih adalah seorang lelaki; walau suaranya lembut, namun ada bekas cambang dan kumis yang tak tercukur rapi.

Menurut laporan Al Wathan, kini keduanya meringkuk di tahanan: sang pemuda untuk tuduhan berkhalwat (berdua dengan lain jenis di tempat tersembunyi) dan sang ‘kekasih’ untuk tuduhan penipuan.

>ku ingin dikau tahu

Posted in ku ingin kau tahu on June 25, 2011 by sekamarrindu2009

>

blue sunset di Korea Selatan
ku ingin
dikau tahu
walaupun ku
jauh
dikau
ada
selalu
di hatiku.

>SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK…TAHNIAH. SEPAH.!

Posted in Uncategorized on June 25, 2011 by sekamarrindu2009

>

Persembahan yang menarik dan bersahaja, melayakkan kumpulan Sepah dijulang sebagai juara sulung Maharaja Lawak.Kumpulan yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati di sini malam ini.

Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Jozan yang turut memberikan persembahan mencuit hati sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi.Meskipun disebut-sebut akan memberikan saingan hebat pada pertandingan akhir itu, namun, Nabil hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga.

Namun begitu, juara Raja Lawak musim kedua itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi menjadi hak miliknya.Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 dan trofi.

Kesemua persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal itu telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus.Selebihnya adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas.

Maharaja Lawak merupakan program realiti yang julung kali diterbitkan dengan menghimpunkan bekas juara dan finalis program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.Lapan peserta lain yang telah tersingkir sebelum ini ialah kumpulan R2, Balas, Man, Amir, Alex, Jihan, Wai dan XN3.


TAHNIAH SEPAH………………