>Parkir asmara pasangan curang di Kota Bharu

>

TAK SENONOH…rakaman CCTV menunjukkan adegan berahi pasangan dalam kereta di tempat parkir terbabit.

KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti ‘parkir asmara’ apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.

22 Responses to “>Parkir asmara pasangan curang di Kota Bharu”

  1. aper lar nak jadik kan? ..

  2. hancur sudah kita AL

  3. gamaknya ingatkan line clear tapi ada CCTV la pulak, haha!

  4. apa puncanya semua ini???

  5. dia buat pe tu ? kurang jelas la .😦

  6. eh eh..ada pulak cmtu

  7. tataw nak cakap ape dah….dunia akhir zaman…maksiat merata2..😦

  8. Astaghfirullah…. tak takut Allah..

  9. tak nak komen apa2…🙂 folow kamo dan salam perkenalan

  10. jimat kos… tak senonohnya

  11. benda terlarang memang suka org baut kan…huhuhu

  12. sbb hubungan terlarang cmni la mereka crik port yg 'strategik'..takut dikesan org lain..entah la, sampai biler nak insaf diorg ni..

  13. kat mana2 pun jadi la. semoga mereka cepat insaf dan mohon ampun pada Allah swt

  14. zaman sekarang, ramai yg dah tak hirau tu semua, semua main redah jer…cian kat mak ayah diaorg..malu bila ada anak mcm tu….

  15. Terima kasih sebab sudi ikut blog ku.. =)

  16. gilo.. =.=''

  17. la mcm ne leh kantoi ni? da kawen pon nak curang ke? adoiii

  18. astagfirullahalazim…mintak dijauhkan…

  19. Ish Isk . Tak malu ke???

  20. Camana tau suami isteri curang tu?huhu…kena tangkap ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: