>Yusry Sah Bercinta dengan Lisa Surihani

>

KOTA BHARU: “Saya doakan (Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani bertemu jodoh). Jika mereka ada jodoh, Alhamdulillah,” kata penyanyi dan pelakon, Erra Fazira.

Erra berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Yusry yang dilamun cinta dengan Lisa.

Baru-baru ini akhbar melaporkan, selepas berteka-teki dan sering memberi jawapan selamat hubungan mereka, akhirnya Yusry membuka mulut menyatakan hubungan mereka adalah ‘satu hubungan matang kerana ia lebih daripada seorang kawan’.

Malah, kedua-duanya mengaku kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan dalam bahasa mudah, mereka dilamun cinta.

Menurutnya, bukan haknya untuk mengulas hubungan bekas suaminya dengan Lisa, tetapi sebagai individu yang pernah rapat dengan Yusry dan Lisa, dia mendoakan yang terbaik untuk mereka.

“Semestinya bukan hak saya untuk mengulas hubungan mereka, tetapi sebagai individu yang pernah rapat, mengapa tidak jika mereka ada jodoh. Saya juga pernah bekerjasama dengan Lisa dan dia menarik dan baik.

“Saya kini bahagia dengan kehidupan saya dan diharapkan mereka juga sama,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan galeri tudung dan batik Desa Murni Batik Sdn Bhd (Desa Murni Batik) cawangan Kota Bharu, di sini, semalam.

Erra adalah duta Desa Murni Batik. Turut hadir, Pengarah Urusan Desa Murni Batik, Suhaimi Embong dan pemilik galeri tudung dan batik Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu, Bibi Ramjani Illias Khan.

Sementara itu, Erra yang kelihatan manis bertudung mengakui mengimpikan untuk bertudung satu hari nanti.

“Mungkin ini latihan untuk saya (memakai tudung sebagai duta Desa Murni Batik). Insya-Allah, itu impian saya (memakai tudung),” katanya.

p/s:..sr mendoakan agar mereka ini bahagia…..amin..!

12 Responses to “>Yusry Sah Bercinta dengan Lisa Surihani”

  1. sweet je lisa tp lg sweet kalo brlitup,.eh!hehe,.smoga mereka dipnjgkn jodoh,amin,.

  2. aa…sweet je lisa tuhmoga2 berkekalan la jodoh mereka berdua ye

  3. emmmm…ada jodoh tak kemana..doakan terbaik untuk mereka..

  4. untongla dpt abam kayeeeee

  5. semoga jodoh berkekalan. ramai la lelaki yg frust pasni.. huhuHanna

  6. dah tak larat nak baca kisah cinta artis ni..tp kdg kesian ka diorg takde privacy…semua orag tahu huhu

  7. sah bercinta ek. terleps i ;P hehe

  8. biarlah depa bercinta…smoga berkekalan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: