>SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK…TAHNIAH. SEPAH.!

>

Persembahan yang menarik dan bersahaja, melayakkan kumpulan Sepah dijulang sebagai juara sulung Maharaja Lawak.Kumpulan yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati di sini malam ini.

Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Jozan yang turut memberikan persembahan mencuit hati sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi.Meskipun disebut-sebut akan memberikan saingan hebat pada pertandingan akhir itu, namun, Nabil hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga.

Namun begitu, juara Raja Lawak musim kedua itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi menjadi hak miliknya.Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 dan trofi.

Kesemua persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal itu telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus.Selebihnya adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas.

Maharaja Lawak merupakan program realiti yang julung kali diterbitkan dengan menghimpunkan bekas juara dan finalis program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.Lapan peserta lain yang telah tersingkir sebelum ini ialah kumpulan R2, Balas, Man, Amir, Alex, Jihan, Wai dan XN3.


TAHNIAH SEPAH………………

4 Responses to “>SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK…TAHNIAH. SEPAH.!”

  1. mesti best yea? xdpt tgk mlm smlm sbb xda astro😦 tgk kat youtube je

  2. sepah best.hehe. tapi dalam banyak2, nabil la untung. dia bolot sorang2 RM 150k. hehehe

  3. huhuhuhuhu..gelak guling2 tengok sepah..

  4. xpernh tgk pon maharaja lawak ni,huhu,.just tau gitu2 je la,.pape pon,tahniah sepah,.hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: