>Mengenali Diri Seorang Wanita…sebelum mengambil dia menjadi seorang isteri.

>

1. Susunan badan anda sebagai wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak menyebabkan wanita itu berperasaan yang keras, mudah terpengaruh dengan peristiwa suka, duka, khuatir dan sebagainya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yang lebih kuat pada wanita adalah sesuai untuk mendidik anak-anak.
2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada kepala lelaki. Ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan sedangkan pada wanita lebih banyak kekecohan tidak menentu.

3. Perasaan wanita jauh lebih lemah dan mudah tersentuh, sensitif , jenis jiwa dan mahu dibelai dimanja.
4. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak. Dagingnya lemah, hujungan dagingnya lembut dan penghujung uratnya juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

5. Tulang wanita terutama tulang dada dan punggung adalah berlainan daripada lelaki. Kejadian tulang ini agak menyulitkan wanita berjalan mengakibatkan wanita berjalan dengan cara dan lenggok tertentu.
6. Angota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita didapati banyak mengandungi lemak dan lebih sejuk.
7. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya yang lebih subur.
8. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambutnya boleh tumbuh dengan panjang dan lebat sebagai pasangan kepada akalnya yang “pendek”
9. Wanita mempunyai sifat yang suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghias dirinya untuk mendapat pujian. Oleh itu wanita yang solehah adalah lebih baik dipilih menjadi bakal isteri agar sifat sifat ini hanya ditonjolkan kepada suaminya sahaja.
10. Wanita akan melakukan apa sahaja kerana perasaan sayangnya kepada suami dan anaknya. Perasaan ini biasanya perlu dinasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu memanjakan anak atau terlalu mengambil berat tentang hal ehwal suami yang membuatkan suami berasa kurang senang. Namun pihak suami kenalah faham bahawa semua yang dilakukan itu dilakukan atas perasaan sayang.

10 Responses to “>Mengenali Diri Seorang Wanita…sebelum mengambil dia menjadi seorang isteri.”

  1. fakta menarik. 🙂 thanks sekamar rindu

  2. Suka la n3 ni….

  3. salam,.SR,..dlm proses mngenali 'wanita' tu ekk,.hehe,.gdluck,.ilmu yg brmnfaat,.:)

  4. fahami dan sayangilah isteri anda..Pekerja KFC Pengotor

  5. mohon izin nak share 🙂

  6. ye eh??xpernah tahu plak sebelum ni..fakta ka ni??

  7. yang no 6 tu serious ke??even kte x makan byk halia pun??

  8. no 1 tu? cm kene kt diri sndri je. hehe

  9. Assalamualaikum.. Tertarik nak baca entri ini. Oh.. Baru tahu..terima kasih. Saya dah follow you back.=)

Leave a reply to Fikri Rais Cancel reply