Inilah Wajah Ibu yang cuba jual anaknya yang baru berusia 3 hari

VANCOUVER, Amerika Syarikat – Seorang wanita tidak berumah dituduh cuba menjual anak lelakinya yang berusia tiga hari di restoran Hazel Dell Taco Bell di sini pada harga di antara AS$500 (RM1,507) hingga AS$5,000 (RM15,074), lapor beberapa buah akhbar semalam.

Ibu itu, Heidi L. Knowles berumur 36 tahun bertindak menjual anaknya itu pada Khamis lalu.

Menurut dokumen mahkamah, seorang wanita menghubungi talian kecemasan 911 bagi membuat laporan bahawa Heidi membuat tawaran untuk menjual anaknya itu kepadanya.

Ibu itu kemudian ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah kelmarin.

Hakim mahkamah menetapkan wang ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM150,749) selepas mendapati dia mempunyai rekod jenayah termasuk keganasan rumah tangga dan dadah.

Ibu itu yang merupakan seorang janda dan kini ditahan di sebuah penjara akan dibicarakan pada 29 Julai depan.

Menurut dokumen mahkamah, Heidi yang menganggur memberitahu polis dia menginap di Motel Kay’s di Vancouver, Washington dengan anaknya itu buat sementara waktu sehingga menemui tempat tinggal yang sesuai.

Dia menyara kehidupan dengan wang bantuan kebajikan sebanyak AS$540 (RM1,628) sebulan dan penerima program bantuan makanan kebajikan.

Ibu itu memberitahu polis, dia berpindah dari Florida ke Vancouver, Washington tiga bulan lalu.

Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjarakan sehingga lima tahun. – Agensi

13 Responses to “Inilah Wajah Ibu yang cuba jual anaknya yang baru berusia 3 hari”

  1. menjual dgn membuang , mana lebih teruk ? membuang saya rasa . atleast bila dia jual, dia dapat pastikan anak sia berada di pihak yg selamat . entahla

  2. zaman skrg ni,mcm 2 kan…huhuhu

  3. apalah nak jual anak. duit yang ada kebajikan yang ada beli dadah ke? Haih, manusia akhir zaman. Nauzubillah.

  4. sib baik dia jual..kalau buang..lagi keji..

  5. pelikk.masih ade seorng ibu y sggup menjual anaknya hmm

  6. senang2 je dia nak jual kan….

  7. ziarah n follow..salam perkenalan

  8. mujur jauh. dapat dekat aku, aku sembelih je mak dia tu. haha😀http://salwaismail.blogspot.com

  9. dr dok jual, baik bagi saya ja~~

  10. org mcm ni lbh baik tembak ngan senapang gajah…huhu

  11. duit hasil jual anak 2 takkan buat die hidup senang pon.lagi merana ada la.

  12. This is a portrait of poverty. Usually occur in developing countries. Local authorities should be prudent in addressing this problem.

  13. org xde ank,nak anak,.ape la die ni,.senget!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: