Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura 28hb Julai ini: : Masih adakah harapan?


Masih berkisar tentang kekalahan Bola Sepak 3-5 dengan Sigapura, Peluang Malaysia masih ada sebenarnya dalam Kelayakan Bola Sepak Piala Dunia 2014, Zon Asia seandainya Malaysia sekurang-kurangnya menang 2-0 ke atas Singapura pada 28hb Julai ini.
Jurulatih negara, Datuk K.Rajagobal perlulah membuat beberapa perubahan drastik bagi menjayakan hasrat Malaysia untuk menempah ke pusingan yang berikutnya:
antaranya:
  • Datuk K.Rajagobal perlu memantapkan lagi barisan pertahanan, barisan pertahanan kita terlalu banyak memberi ruang terlalu banyak kepada barisan penyerang Singapura, terutamanya penyerang berbisa Singapura, Aleksandar Duric dan Qiu Li
  • Kelonggaran pertahanan negara yang diketuai oleh Muslim Ahamd, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asaruddin Putera Omar, perlu dimantapkan lagi. Dalam perlawanan pertama baru-baru ini ternampak jelas betapa hilang fokus dan “kegagalan komunikasi” antara barisan pertahanan sehingga mudah “di ayam” kan oleh Aleksandar Duric. Gol yang ke 5 tersebut merupakan kegagalan Muslim Ahmad membaca gerak badan penyerang Singapura.
  • Menurunkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Gol-gol mudah yang dilepaskan oleh Sharbiniee sungguh mengecewakan peminat-peminat bola sepak tanah air.
  • Ketiadaan Shafiq Rahim ( ketua pasukan yang dikenakan kad merah kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain Singapura, Harris Harun) perlu difikirkan pemain yang sesuai bagi mengemudi bahagian tengah, jurulatih boleh meletakkan Ismail Faruqi sebagai penyerang ke dua di belakang Safee Sali yang akan mengisi tempat Safiq Rahim untuk bergandingan dengan Amar Rohidan di bahagian tengah.
  • Perlawanan 28hb Julai ini sangat penting, mental pemain perlu kuat menyerap tekanan Singapura. Berkemungkinan besar Singapura akan bermain secara bertahan untuk menafikan Malaysia mendapatkan gol. ( kelebihan 2 gol yang diperolehi pada pusingan pertama.) Hanya mereka yang mampu mengekalkan tahap ketahanan mental yang tinggi mampu mengatasi setiap rintangan.

11 Responses to “Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura 28hb Julai ini: : Masih adakah harapan?”

  1. huhu..insyAllah..hopefully we still hv d chance to move on to d next level..amin… >< go msia go! =)

  2. hye. done folo ur blog. jom singgah blog sy..=)

  3. harap sangat team Malaysia boleh menang nanti.🙂

  4. semoga malaysia berjaya…aminnn =)

  5. peluang tetap ada..masih lagi berfikiran positif..semoga pasukan kita mampu menebus kekalahan di tempat lawan..

  6. insyaallah boleh🙂

  7. harapan sentiasa akan ada selagi x berhenti mencuba :)_go rimau !excellence .

  8. MALAYSIA Boleh!!!!

  9. insyaAllah..masih ade harapan

  10. Hope team kita leh score ler 28 nanti.. hari tu S'pura cuma bernasib baik jer, sbb team kita masih dalam keadaan letih baru 2 3 hari lawan Chelsekan…Apapun jgn berpaling tadah dari menyokong team negara kita…

  11. SOKONG TETAP SOKONG!!^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: