Lelaki pecah cermin kereta kekasih sebelum perkosa

HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup merogol teman wanitanya selepas memujuk wanita itu yang berasal dari Sungai Petani, Kedah mengikutnya ke ibu kota.

Difahamkan, lelaki terbabit mengajak teman wanitanya yang berusia 22 tahun itu ke rumah salah seorang ahli keluarganya yang tinggal di Bukit Sentosa, di sini, Selasa lalu.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan suspek memandu kereta miliknya untuk ke rumah ahli keluarga lelaki itu.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 2 pagi, suspek bertindak memaksa mangsa masuk ke dalam rumah dan menyatakan hasratnya untuk mengadakan hubungan seks.

“Mangsa yang terkejut dengan permintaan suspek kemudian menolak permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keengganan mangsa, suspek dikatakan mengamuk dan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa sambil mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan itu.

“Selepas itu, mangsa yang ketakutan keluar dari keretanya sebelum ditarik suspek masuk ke dalam rumah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diperkosa dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum mangsa dibawa pulang semula ke rumahnya di Sungai Petani keesokannya.

Mangsa kemudian memaklumkan apa yang berlaku ke atasnya kepada bapanya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa dipercayai dirogol,” katanya.

sumber: harian metro 25hb Julai

6 Responses to “Lelaki pecah cermin kereta kekasih sebelum perkosa”

  1. kesan koyak?..hehe

  2. lelaki….kenpa semakin kurang yang indah tentang kamu…

  3. masyaallah……macam ni pun nama kekasih..adoii..parah..parah..

  4. ambik la iktibar..jangan senang kita keluar dengan lelaki walaupun dia adalah kekasih atsu teman rapat kita…

  5. jahatnya kekasih cam tue

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: